Wednesday, July 30, 2014

Result,

Result dah keluar minggu lepas. Oleh kerana aku ada niat untuk update ttg result aku sebelum result keluar haritu, jadi malam ni aku cuba untuk dedicate dan tulis sesuatu mengenai nya. Aku cek pointer pakai sms je. senang. Dan hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa nak cek result tu, jantung aku bedegup kencang sangat, jadi aku baca Al-Fatihah, semoga aku terima apa sahaja result dgn tenang.

Aku sasarkan untuk dapat anugerah dekan, tapi sasaran tu tak mengena pulak. Tersasar tak lah jauh sangat, mungkin kalau subjek core yang B+ tu semua jadi A, mungkin boleh capai. Anugerah dekan kat UKM tak silap aku, 3.65 dan aku hanya dapat 3._9. Haha..yang buat aku bengang, kenapa lah angka 9 tu tak digenapkan je...

Dekat Wassapp group sume dah celebrating result, aku diam je. Aku tau result mereka sume hebat2 belaka. Ada yang maintain dekan award. Tahniah untuk semua.

Ade subjek yang aku target mati-mati dapat A, tapi diberi B+...3 subjek dapat B+, so itu lah yang buatkan aku sedikit kecewa. Tambah lagi BI aku pointer nya sangat lah down, kenapa jadi begitu entah, aku ingat nak apply double check result, tapi fikir balik tak perlu lah..

Evolusi pemikiran falsafah dan pentadbiran awam aku dapat A, ofkos lah kena dapat A sebab aku bemati matian untuk subjek ni, walaupun nota pun tak ada dan tak banyak, semua nya dari google dan buku2. Jadi perlulah aku rasa kepuasan bila tengok gred A tu.

Akhir sekali, 

Aku nak ucap terima kasih kepada orang tua aku, pensyarah, dan rakan-rakan yang banyak membantu aku dari 0 sampailah ke peringkat ini. Aku belajar bukan untuk mengejar kerja dan gaji tinggi semata-mata, tapi atas dasar minat dan cintakan ilmu, perjalanan hidup aku masih jauh lagi, jauh dan jauh. Jadi aku perlu bersaing untuk jadi yang terbaik, untuk diri aku, untuk keluarga dan yang pasti untuk masa depan.





Friday, July 11, 2014

Suprises,

When i open Ifolio..
I see someting new UPDATE in my data!!!
Tadaaaaaaaa....









Just some of it, not all......
Its oready register for u man!
Aduhhh...
Macam nak bunuh aku jee...
Keputusan tak keluar lagi kot..
#Cuak gilee

#13 Ramadhan 1435


My Mom,

My mom sometimes made us very delicious fresh breakfast food during sahur. Its going to be asam pedas, or myb sup sayur with extra fishball inside, steamed fish or myb gulai kuning ikan bawal and with side dish ikan bakar, telur dada, sotong goreng, rendang etc, and compulsory for ayam goreng and sayur goreng. Its very full of set. Sometime over than 6 until 9 of side dish. and 4 over 5 must be a freshly cooked and still hot. If not, its going to tak lalu nak makan. This is normal in my family..

What time does my mom wake up for cooks?

3 am.

Who wake my mom?

My brother. Sometime me and sometime alarm. Ya..sometime we didn't sleep because we are very excited watching football or playing games.

4.30 am,

My mom always stress me for angkat lauk and senduk nasi fast!!. And at he time, i must to wake up early and at the time also i got no energy and my face like zombie. Sigh,  I dono lah what the function i have sister..

This is the routine during sahur.

After finish sahur around 5am, my sis will clean all the plate. and i will going to continue my sleep rest while waiting for azan subuh. Sometime i eat kurma and take a lord of vitamin for support my body for whole day. i hope its giving me extra energy bcoz i always feeling thirsty around 3pm. Sound like very childish.

5.30 am,

My mom look very sleepy and tired. Sometime she still want to continue doing another work like wash a cloth, mop. Haisykkk... Just take a breake when azan is call.

6.30, 

Iman Hakim is coming!!..Imaaaan, imaaaan, imaaan, imaan....all are very excited at the time and going to kisses iman non stop. Sometime iman look like want to cry bcoz of damn kisses. My mom (Iman call "Nenda" its shot for Nenekanda. Bahasa Istana? Actualy my mom request for call like that. Im going to laf for the first time)...Hahaha..

7.00,

I must to stay wake up bcoz my mom want to going aerobic and yoga and dance with she's friends at taman. not too far from my home. And im going to take care iman for 1 hours!!! 

I told my mom that i wanted to sleep lahhh...but she didn't answer me and just ignore. 

No choice, i must to sit with iman and play with her. Sometime i hear the background music for the aerobic dance and also hear the teacher angry at the student. Myb make a wrong step. i dono and not interested nak pergi intai. i just waiting the time. I cant sleep bcoz iman is very hyperactive. 

8.00,

Mom is back!!!!! i pass iman to my mom. Many question she will ask me. Iman cry or not? Why iman didnt sleep? how about the susu finish or not? blah blah blah blah..The sweat still not dried at  the time.

8.05,

Zzzz....zzz...zz...














My mom also lah...but she is better than u!

#Ramadhan 12, 1435





Wednesday, July 9, 2014

Berjalan di kaki lima dan cerita yang tersangkut,

As Salamualaikum, selamat pagi dan salam ramadhan 11. Oh ye salam 7 - 1. Haha.

Agak lewat untuk pergi ke surau pagi tadi disebabkan oleh malas menonton perlawanan bola yang sangat best. Sebab Brazil tumbang dengan lawannya german 7-1. Ngam-ngam azan habis, bola pun habis. Maka aku terpaksa berlari laju kerana tak mahu tertinggal rakaat. Alhamdulillah sempat la juga walaupun baca Al-fatihah tercungap-cungap.

Usai berjemaah, sempat menyapa seorang kawan lama yang usia nya sezaman sahaja dengan aku, cuma mungkin dia dah berumah tangga dan agak tinggi, jadi beza dengan aku macam anak muda dengan seorang pak cik lah. Hahaha..Ajis, jangan marah, im joke sahaja.

Ajis telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Jadi sempat aku ucapkan tahniah dan kami berjalan pulang sambil berbual berkaitan hal ehwal kekeluargaan. Isterinya masih menunut di Universiti Utara, jadi aku sangat kagum dengan pemuda seperti dia. Semoga Allah merahmati mu sahabat.

Bila teringat balik zaman dibangku sekolah, antara ajis dan aku, sudah tentu lah ajis yang lebih diminati oleh ramai peminat berbanding aku yang tiada siapa ingin kenal.

Ya Tuhan, ini sangat comel dan klasik tahap babun.

*****

Yang kedua,

Selepas pulang dari musolla, macam biasa aku akan masuk balik ke dalam sarang. Tarik selimut dan mencapai sebuah buku yang sudah lama tidak kubaca. Sedih. Namun buku nya sangat hebat! "Hak Untuk Berbeza Pendapat" sebuah lakaran biografi Lim Kit Siang yang ditulis dengan begitu baik oleh Ooi Kee Beng. 

Dapat juga habiskan 4 helai muka surat yang amnya bercakap tentang Persuratan Malaysia. Khususnya tentang debat kebudayaan DAP - Gerakan di Auditorium MARA 24 November, 1968. It was amazing debate about BAHASA and CULTURE.

Kehebatan setiap cerita buatkan aku rasa tak boleh tidur sehingga sekarang. Ditambah lagi dengan insomnia yang telah sebati, ia bukan lah sesuatu yang menyeronok. Jadi aku tutup buku dan duduk di kerusi. 

Mungkin alunan Al-Quran lebih indah. Maaf its not going to mungkin, but must be.

*****

Yang ketiga, 

Bila buka facebook aku akan terhibur baca newfeed yang ada macam-macam kisah. Jadi aku akan senyum. Itu kelebihan jika kita ber kawan bukan sahaja dengan kawan se selimut kita, tapi kita berkawan dengan semua bangsa dan semua negara. Terima Kasih facebook. Er..

Selain dari cerita-cerita ttg meraikan 7-1, Prof Anuar Ahmad turut berkongsi bahawa..


























Semoga Allah selamatkan kita dari benca dan bala.

Dan aku telah tertarik dengan ayat "Tolak Bahasa Inggeris dan bangga dengan bahasa sendiri". This is what our University, UKM teach the student to be proud with Bahasa Melayu. Hahaha...Love UKM sangat. The Nation of Guardian.

*****

Terusnya,

Pagi yang menyedihkan dan menaikkan kemarahan umat Islam apabila diberitakan bahawa 23 syahid dan 122 cedera dalam operasi Israel dalam pembunuhan keatas umat Islam di Gazza. Disaat sestengah kita bergembira merayakan kemenangan pasukan bola kegemaran kita, disaat inilah israel membunuh umat Islam.

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita. Saya pasti umat Islam akan menangis dengan berita ini.

*****

Sebelum aku terlupa,

Pemilihan President Indonesia diantara Joko Widodo dan Prabowo Subianto. Pantas aku mengharapkan yang terbaik buat pemilihan kali ini kerana sudah pasti kini Indonesia membutuhkan seorang pemimpin sehebat Suharto, untuk membangunkan lagi Indonesia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan lebih maju? ya itu mungkin saja. (Actually "dignity" is always in words when u want to talk about Indonesia. Betul ke aku ni?) Buat sahabat politic dari Indonesia Andi dan Per, kamu akan disoal dengan kencang semasa buka semester nanti ya, pastikan kamu update ceritanya. Bhahaha..

Boleh tak atau is it ok if i tell the truth yang aku lebih memilih Joko Widodo untuk memimpin bangsa Indonesia yang lebih utuh? Salam 2 jari.


Rakyat IndONEesia yang akan nyoblos pagi ini, mengharapkan kamu pinteran sedikit ya. Mudah-mudahan moga bisa kamu nyoblos dengan aman. Dan pilih lah pemimpin yang dapat membawa kamu kepada perubahan yang baik, demi Indonesia yang seutuhnya Raya.

*****

Ok, cukup. Selamat terus Ber Ramadhan dan Semoga Dirahmati Allah.

Panjang pulak kaki lima ni..

#Ramadhan 11, 1435




Tuesday, July 8, 2014

Small Garden, to remember.

Bukan selalu dapat tengok aku malas rajin. Jarang-jarang. Kadang-kadang. Entry for today, i think its very speciall lah for those yang love gardening or planting or even landscaping design and small garden (over dah,) sbb aku nak share garden yang aku create sejak aku di bangku sekolah rendah sampai sekarang. Ia sesuatu yang sangat klasik, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata kerana pokok yang hidup subur di taman mini ini ada yang umurnya telah mencecah 10 tahun dan ada yang lebih. Dan banyak juga yang telah mati dek kerana aku yang sibuk belajar. Dan lebih mengejutkan ia sebuah taman kecil yang terbentuk di sebuah flat 4 tingkat! Omg! ...surprise kan? than u will ask me, where u get the space for gardening?

Tak ramai yang tahu minat aku dari kecil adalah bercucuk tanam, pertanian dan perladangan sebab aku tak pernah kongsi minat ini pada yang lain. Tsk..tsk..it will be a secret admire.

If i tell u that i always watching the gardening channel during my chilhood, korang akan ketawa. HAHA..Nak apply UPM, tapi im not from pure science. Oh ya! dont ever criticize someone because of their hobby, u never know how much the hobby might mean to them or what its carried them through....

Special for today... My Garden's. Pasang lagu dan enjoy lah..




Just put a simple signboard, for make it real..haha..welcome :)














Burung dan ayam. Kita tak boleh nak bela yg real macam orang yang duduk di kampung tu, than kita beli sahaja yang patung pun its look ok dan "hidup"..

Drop yang simple, tapi smart..DIY.














Dia hanya mampu statik je.. tsk tsk..

Welcome to My Garden..Tak de gazebo pon, kolam pun tak de..pokok sahaja :) 









Di dalam sebuah kebun kecil, di hadapan rumah, beranika jenis tumbuhan ditanam, ada yang tumbuh meliar, ada yang terjaga rapi, dipagar dengan besi dan kayu kayu kering. Bila ditiup angin, semua daun melambai-lambai, Ya, ia adalah tentang sebuah taman kecil bertuan seorang lelaki muda. Semoga pokok-pokok ini mendoakan kesejahteraan tuannya.


Pokok Deduit, tak ingat nama latin dia. Tanam lah dirumah anda kerana ia sangat baik untuk "ekonomi" keluarga.. chinese say ada "ong"..haha..bila CNY, aku sangkut lah 2 3 sampul raya merah kat batang dia. ;)





Ladang Aloe Vera / Lidah buaya. atau nama latin dia Crocodile Tongue..haha...original dia mudah beranak dengan banyak dan cepat. Dulu my sister rajin petik dan potong untuk sapu ke muka..mungkin masa tu dia dah tak ada duit. 

Cactus. Banyak yang dah mati sebab tak jaga dengan baik. Cactus cepat merajuk dan "gatal".Eh im not going to teaching!

Teka?


Pokok Buah Naga / Dragon fruit. Banyak dan menjalar everywhere. Tapi belum berbuah pon :( 4 years oready u know.. tsk tsk.. any tips? than u will say its not suitable to be planted in pots and flat 4 tingkat. kan? Tq,


I love this cute baby. Aku pernah tanam cactus depan rumah sewa dulu...sekarang dah besar, macam naget bentuk dia. lalala...dekat belakang rumah sewa pulak aku tanam kacang botol dan lengkuas putih dan ada satu ladang jagung yang tak naik sebab tanah tak sesuai. Kering. Whatever u do, must have a basic knowledge.













Mak dia dah mati dan sempat selamatkan anak dia. InshaAllah will growth. See? 3 cabang..nak ke mana tu,

Look at the baby, cute right? Moms, u like very unstable body, lol..






I dono how to caption this lah. Rumpot ke?



Tapak semaian anak2 aloe vera tadi. Taruk di tempat sedikit redup.




Menyorok. Macam periuk api...

Cactus yang curi air aloe vera atau aloe vera yang curi air cactus? Kadang-kadang tak ada masa nak siram..jadi lah macam ni. Haha..



Pokok ini sesuai untuk ternakan ikan laga :)


Slowly,, kita tangkap dia....


Panggil "Kiambang".. aku pernah bawa beberapa kuntum ke rumah sewa masa belajar dulu, dan letak dekat parit belakang rumah. Dan dia besar macam gergasi yang menakutkan. Kalah kobis. Sedikit informasi, air bertakung bersama kiambang jangan diminum, membahayakan kesihatan.


Siapa nak? boleh bagi free.. sebab dia mudah membiak dengan syarat matahari 100% memancar kat dia. Kalau dah banyak sangat orang akan buang je...Tsk Tsk...

Main dengan ikan yang selalu terselit celah kiambang. Ikan kecil perlu untuk kolam kecil mahupun takungan air pokok bagi mengelakkan kehadiran jentik-jentik.


Kalau ketuk tak dengar, selalu orang tarik bell ni..ais krim..ais krim..

Daun Kaduk. Masak gulai petik sini sahaja lah.

Serangga perosak.. sejenis ulat putih yang suka pada pokok berduri. i dono her name.

















Ready for semaian..tak rajin dah.




Lupa dah nama pokok ni. Ada 2 pasu, dah mula beranak, sampai dia dah bengkok. Malas Tak ada space nak transfer. Elok di tanam di permukaan rata, pokok hiasan yg sgt gojes.







Baja around 4ringgit 1 packt.








Broken duck..hilang kepala. Teka pokok apa?























Jarang orang nak tanam aloe vera sebgai pokok hiasan, sebab dia perlukan ruang yang luas. Lagi-lagi space kecik dia tak akan subur sangat. Tapi why not biarkan jelah dia pergi mana-mana walaupun space kecil. Yang penting rajin siram dan take care dia. Tanah sgt penting.






How to caption this dangerous cangkul.










Apa ini? Inkjet pum water for gardening. HAHA. Suke hati je bubuh nama..ni utk siram pokok le..

















Baby "Setawar", ini bukan semai, dia naik sendiri...Dulu pokok ni budak2 buat penanda buku, lepas tu dia hidup dalam buku tu..lol ingt tak? Nak tengok mak dia? sangat diva tau, menyorok belakang cactus dan aloe vera.









Tadaa....Diva tak?




Banyak anak dia tu hah...keliling pinggang. Bila sentuh, dia jatuh dan mula tumbuh dimana-mana. Sensitive.
















































Light up for every night :)









































Usianya lebih 15 tahun yang ini. Lupa nama dia.











Mini forest. Jadi tak? again, ini rumah tingkat 1. haha..


















Ting..tong..itu sahaja lah perkongsian mini gardening aku. Laman yang kecil ini lah yang menghidupkan hati, meredupkan laman rumah dan menenangkan jiwa. Siapa tahu, suatu hari nanti andai aku ada laman rumah yang besar, lanskap yang lebih menarik pasti akan ku bina dengan penuh kasih sayang...Dulu masa sekolah rendah rajin kira berapa pasu dan berapa jenis pokok semua nya? dan every morning siram, baja dan belai pokok 1 per 1. Cuma tak pakai topi dan tak bawak botol air je. Hobi yang nampak cool kan? haha...im not just your future member of parliment but also a good farmer. HAHA..Amin, nice to share :) by,


"Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian BIO, Kepelbagaian Bio merangkumi semua benda Hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini, kita semua adalah sebahagian dari jaringan dari kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain..."



Salam Ramadhan 10th, 1435