Monday, June 30, 2014

Awal Ramadhan, Gossip lama & memo

Salamualaikum..

Hari ini masuk hari ke dua bulan ramadhan. Indah sekali bulan ramadhan itu sehingga lapar dan dahaga mana pun, kita masih ada tenaga untuk lakukan kerja dan urusan-urusan kita dengan cool je. Mungkin kalau hari hari biasa tu, kalau pukul 2 masih belom makan, mesti dah rasa nak pitam nak marah-marah tak de mood kan. Hahaha actually i talk to my self ke ni?















Rasanya cuti semester ni berlanjutan sampai 2 bulan. Eh lama tu. kalau ada short sem seronok nya. tapi tak ada. sedih kan. so terpaksa lah melangut je kat rumah layan FIFA sampai 3 4 pagi and than terus sahur, dan waktu siang nya qada' tidur (jangan tiru gaya ini). Ada juga rasa nak mencari kerja sementara, tapi fikir balik risau pulak waktu solat tarawih nanti pasti terlepas kalau kerja yang tak menentu waktu ni. Tak tahu lagi. tengok lah macam mana. InshaAllah.

Cuti cuti jugak, buku still kena baca. sebagai seorang pelajar, ilmu perlu lah berterusan dan sentiasa ambil tahu hal ehwal semasa. Lagi-lagi rasa lama dah tak baca surat khabar sebab sibuk sgt exam haritu. Bila kenang balik semua subjek sem lepas, huh rasa macam legend dan bersyukur dan tahniah untuk diri sendiri sebab dapat ending dengan baik. Walaupun keputusan belom keluar, tapi tak salah nak raikan diri sendiri, sebab kita sendiri tahu setinggi mana usaha yang kita dah berikan untuk diri kita, jadi patut memberi ganjaran untuk raikan diri. 


Looking back.

Aku menangis bila mana asingment yang aku siapkan dalam tempoh 1bulan kene reject dan buat semula. Sebab apa kena reject? sebab plagiat lebih 40%. Defend lah macam mana pun, kalau dah sistem tu kata mcm tu, tepkasa lah aku mengaku. Aku rasa letih dan susah nya kerja ni. Ini bukan main-main, ini betol-betol. 10 buku rujukan untuk dirujuk. Dan aku buat semula di saat-saat genting nak exam. Aku dah re-submit, semoga lecturer terima dan tak gagal kan aku. Aku attach untuk dikongsi ilmu yang dikaji, moga ada manfaat :


Dan masa exam baru baru ni aku tak perform 100% pun. Biasalah tu. Tapi sedih jugak, baca banyak, tapi masa menulis, 45% je yg all out. mana selebihnya? itu orang panggil "aku blank". Tapi aku seronok dan sungguh kagum dengan kawan-kawan aku yang lain yang daya ingatan mereka hebat dan menulis juga pantas. Kami hanya diberi masa 2jam untuk menulis 2 buah soalan esei. Walaupun 1 soalan tiada syarat berapa patah perkataan, namun dikalangan kami 1 soalan mesti mencecah 1 buku. dan 1 buku bersamaan 6-8 page. Jadi memang speed sangat tulisannya, tiada istilah buat rangka dulu, mula je exam, terus speed selaju-laju nya sebab yakin masa sangat singkat. Belum tengok soalannya lagi. Kadang-kadang semuanya dari idea dan pengetahuan sendiri. Sebab tu perlunya kita banyak membaca. Maka aku pun tulis apa yang pernah didebatkan dalam kuliah, dibincang dan diulas oleh pensyarah..Laju jugak aku tulis, lintang pukang tulisan aku. Mungkin dah biasa bagi kawan-kawan lain, tapi tidak bagi aku. Pengalaman pertama dan aku rasa jari kelingking lebam lepas 2 paper. Masa nak ikat tali paper, semua tangan menggigil, waktu tu aku gelak tengok gelagat masing-masing. Sempatlah aku buat note kat kertas terakhir tulisan aku 

"Maaf Dr, tulisan buruk sikit, saya kejar masa" ^^!

(-5 markah, menulis ayat berunsur rasuah) Ok gurau je.

















Banyak kali aku nasihat diri aku untuk yakin pada diri dan jangan malas. 2 perkara yang aku usahakan untuk selalu diamalkan bila kita yakin, kita tak akan mudah kecewa. Bila asgnment kena reject, yakin itu adalah ujian dan mungkin ada hikmahnya walaupun dalam hati dah cakap macam-macam kan. Dan yakin jugak kerja-kerja kita adalah yang terbaik. Biarkan orang lain punya segempak mana, yakin dengan diri dan hasil kerja kita sendiri. 2nd, mestilah jangan malas! Aku bukan ulat buku, tapi bidang aku memaksa aku untuk menjadi orang yang rajin membuat asgnment walaupun bunyi dia sangat boring dan sedih dan membaca dan mencari bahan-bahan ilmiah. Jangan malas disini bukan dalam konteks belajar sahaja, tapi termasuklah beribadah dan kerja-kerja lain. Syukur dengan segala nikmat, itu adalah lebih baik rasanya. Kadang-kadang orang lain teringin nak hidup macam kita, tapi kita pula tak bersyukur dengan diri sendiri. kan dah kena ceramah.

Oh semoga Ramadhan kali ini memberi aku nafas yang baru dan lebih bersemangat! Hoga hoga..tertanya-tanya pada diri sendiri, ramadhan lepas apa misi visi aku eh? 

Alhamdulillah, dah masuk hari ke2 ramadhan dapatlah disempurnakan solat sunat tarawih 20 rakaat. Bak kata imam tadi, berebutlah kita melakukan amal ibadah di dalam bulan ramadhan dan bilamana kita buat 20 rakaat, diakhir solat itu nanti pasti kita akan merasai kemanisannya. Tsk Tsk...imam tu sebak. Habis saje taraweh sempat lah minum kopi secawan dengan kawan-kawan lama. Kedua-duanya dikhabarkan akan berkonvo bulan 11 nanti. Alhamdulillah, terpancar wajah keseronokan. Semoga gigih mencari hala tuju ye. Aku lagi 2 tahun..kejap je tu...Maka 2 tahun kejap je tu, diiringi pula dengan ketawa kuat sambil tutup mulut. Tsk..Tsk..T.T

















Memo untuk diri :

Kepada Amir,

Jangan lah dikenang lagi kesilapan-kesilapan mu yang lepas,
Maju dan jangan berundur,
Tidak mengapa engkau lambat, asal masih bergerak dan meneroka,
Teruslah berusaha meningkatkan diri mu dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat,
Masa yang ada ini jangan lah engkau sia-siakan,
Awasi tingkah laku mu agar tidak dibalas buruk oleh Tuhan,
Lihat sekelilingmu, kamu tidak sendiri,
Oleh itu jadi lah insan yang berguna buat Ibu dan Abah, Masyarakat dan Negara.

Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.



#2 Ramadhan 1435







Saturday, June 28, 2014

Speech

Usai sudah semester II. Semestinya ruang yang ada ini seikhlas hati untuk mengucapkan terima kasih kepada..

Ibu dan Abah. Pengorabananmu tidak ternilai.

Kakak dan adik beradik. Penyeri kehdupan.

Pensyarah-pensayarah yang akan ku senarai kesemuanya :

Madam Azizah untuk Pembangunan Diri 2
Dr. Arena untuk Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesianalisme
Dr. Russle untuk Falsafah Politik
Dr. Jamalul lail untuk Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
Dr. Clarence (Sir) untuk Sains Sosial
Dr. Mahzan untuk Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
Assoc Prof Dr. Sity Daud untuk Pentadbiran Awam
Cik Kartini untuk Ketrampilan Berbahasa dan Berkomunikasi
Dr. Zubaidah untuk Evolusi Pemikiran dan Falsafah
Dr. Sarmila & Dr. Fiona untuk Asas Keusahawanan dan Inovasi
Dr. Wong untuk Bahasa Inggeris untuk Sains Sosial

(Dengan harapan akan memberi gred yang baik kepada saya dan terima kasih atas segala curahan ilmu - sungguh berharga)

Dan tidak lah dilupakan rakan seperjuangan. Tanpa mu, senyuman tidak terukir.

Kejayaan - kejayaan indah sepanjang semester. Projek dan tugasan ter'hebat pernah dibuat.

Patung Spongebob yang setia memegang notes "Amir!Please No Facebook!!!" agar study ku lebih fokus kononya, dan dia semakin garang menjelang study week.

3 ekor ikan laga yang berenang-renang mengibarkan ekor mu yang cantik. Indah sekali pemandangan itu.

Lega.

Tutup 1 buku tebal yang mengandungi banyak cerita di dalam nya.
























Tiada istilah sunyi hati. 

Ayuh terus maju kehadapan.

Ketepikan semua halangan.

Doa dan terus berjalan.

Kerana ini semua untuk kejayaan suatu hari nanti.

Yakin diri.