Monday, May 12, 2014

Tiada Rezeki :)

Baru sebentar tadi aku sangat lah terasa hati dengan pihak majlis eksekutif pelajar kolej kediaman aku di ukm ni. Hasrat aku teringin nak jadi pemudahcara untuk intake pelajar baru sem depan, sebab aku rasa ilmu dan pengalaman aku menguruskan sesi suai kenal pelajar masa zaman diploma mungkin dapat dikongsi masa intake pelajar di ukm ni nnti, tapi tak kesampaian. Dengan alasan aku tak aktif. Aku tak faham apa maksud dia. Aku tertanya-tanya, tak cukup ke dengan penglibatan aku masa karnival kolej sbagai setiausaha haritu? program yang aku pergi di janda baik atas nama kolej?. atau persoalan yang lebih besar, perlu ke menonjolkan diri and than baru layak jadi pemudahcara? jadi bagaimana dgn rakan2 lain? adakah mereka sangat baik dan hebat? 

Tak apalah, mungkin tak ada rezeki, mungkin hanya rezeki kepada kawan-kawan aku yg ada "geng" mereka sendiri. Tahniah kerana korang semua terpilih walau tak isi borang sekalipun..dan mereka kata kalau aku isi borang pun, aku tak akan dapat. Ye, sebab kau tak menonjolkan diri. Terima Kasih dekat roomate jugak sebab cerita kan benda ni dan sampaikan ke aku. Mungkin kau adalah yang terbaik. Aku harap bila kau dah dapat jawatan besar di kolej ni nanti, kau tak jadi mcm diorang yang berfikiran sempit dan tujuan berorganisasi untuk seronok semata-mata. Kau jgn jadi mcm tu tau, kau kena jadi pemimpin yang adil dan baik. Amanah tu besar.

Terima kasih semua. jasamu dikenang. 

Nota Kaki : Inilah sikap buruk kronisme dan nepotisme yang wujud dalam organisasi. Dijemput hadir ke kursus kepimpinan pelajar, di kuliah pula, belajar subjek pengurusan organisasi, bila bersembang idea melimpah ruah. Tapi sayang..tak pernah diaplikasikan dan sama sekali tidak mencuba untuk berlaku adil.


Saturday, May 10, 2014

Istimewa BuatMu Ibu.

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa..

Tersebut merupakan petikan lirik dari lagu "Buatmu Ibu" nyanyian adik Aeman.

Buatkan aku rasa sedih sekali bila mendengar lirik dan alunan lagu ni. Alhamdulillah...hari ini Ibu masih dipanjangkan umur dan sentiasa dekat dengan aku..dan sentiasa dalam pelukan.



Petang tadi aku call ibu..
Ibu cakap ingatkan dah lupa..(sebab dah petang)
Semalam kak long dan yg lain buat suprise...
Sampai nangis2...
Tapi amir tak ada..
Diorang pun terkejut sebab amir tak balik...

Ade kad ucapan besar...
Tapi dalam kad tu tak ada wish dari amir..
Sebab amir tak balik..

Ibu...

Amir tak pernah lupa ibu...
Amir tak balik sebab banyak asignment...
Tapi esok amir akan balik sekejap...(rasa bersalah)

Dan waktu tu aku menangis...
Tiada apa yang boleh ditahan lagi...
Pengorbanan dan jasa seorang ibu itu sangat besar...

***

Aku bersiap dan pergi cari sesuatu...
Esok amir balik...
Bawak sesuatu untuk ibu...























Istimewa buatmu Ibu...
Terima lah hadiah dari anakmu...
Tidaklah setimpal dan tidak pernah terbalas jasa-jasa ibu..
Maafkan amir dunia akhirat..

Nota kaki : Hari-hari hari Ibu. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah. Tidak mengikuti dan terikut-ikut budaya barat dan sambutan bukanlah pada hari-hari tertentu sahaja, tetapi sepanjang tahun.

UKM,10 mei 2014



Saturday, May 3, 2014

Hol-la

Assalamualaikum...

Hidup rasa terlampau sibuk, sampai aku terpaksa hadap laptop hampir lebih 12 jam dalam sehari. Dan menggunakan quota internet yang semaksimum mungkin. Facebook dan youtube sebagai teman rapat aku bila aku letih dan stress.

Kawan-kawan sebagai penyeri kesibukan. Mereka ada seribu macam perangai dan semuanya hero dalam hidup aku. 

Berminggu-minggu yang lepas aku dah tunaikan impian aku untuk berkongsi ilmu ttg kewangan islam kepada semua geng-geng pesepsi di simposium jebat. Alahmdulillah, walaupun benda tu diusahakan dalam masa yang sangat singkat, aku akhirnya berjaya laksanakan cabaran itu. Semoga mereka memahami apa itu Riba dan isu-isu kewangan islam yang lain. Terima Kasih pada rakan2 yang support dan soal jawab serta perkongsian ilmu yang sangat baik.

Dan minggu lepas juga berkesempatan untuk hadir ke dialog bersama Kementerian tenaga teknologi hijau dan air, under subjek Pentadbiran awam. Seronok sebab dapat pergi putrajaya dan masuk ke dalam pejabat menteri. Hihihi...juga 1 perkongsian idea dan dialogue yang sangat mantop! "u all semua mcm ahli parlimen yang sangat hebat"..

Girls always conker semua tempat. so boys duduk lah ceruk-ceruk blakang. mungkin dekat parilmen pun macam ni suatu hari nanti. teruk,

Sidang tengah berlangsung dan kami sedang ber...Ape salahnya, najib dan obama selfie ok je. Pejam celik pejam celik dialogue tak habes-habes lagi. Dan soalan-soalan pedas dan panas dah banyak terkeluar dari tadi, dan dari aku 2 soalan pun mereka tak jawab dengan baik. Behave.

YB yang hebat akan semyum dengan nampak gigi. Itu tanda ikhlas yang lahir dari hati. Bhahaha. Ong sangat hensem kat depan tu. Mereka ini semua mempunyai kesedaran politik yang amat tinggi dan cukup baik sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kelihatan ada pegawai polis, anak YB dari Indonesia, Juara debat UKM, President pelajar China UKM, and so on. Yes mereka Hebat!

Lawatan yang diadakan ini diharapkan agar dapat membuka mata rakan-rakan semua bagaimana kerjaan bekerja dan membuat sesuatu dasar. do not simply nak buruk-buruk kan kerajaan dengan macam-macam tomahan tanpa mengetahui perjalanan sebenar. Seronok dapat tgok muka menteri dgn live dan begambar 1 kelas.. :) selebet.

Dan sejak 2 menjak ini akurasa asyik berselfie je. Siapa yang ajar? helmi yang ajar. dia punya iphone yg selalu jadi kamera. dan baru2 ni dari UKM ke PWTC..lagi mcm org tak pernah pergi KL pun ade. Dan bila kuiz kitorang dapat 19/20...maka lagi bertambah riang. Tak perasan yang aku dah menjerit dlm kawasan perpustakaan. Dan waktu tu, aku rasa kembali menjadi muda. Hisykk.. 

Ini gambar meraikan kemenangan kuiz 19/20..Nampak tak sampai din keluarkan buku tu? dan Tq dekat Narasimha sebab menjadi pencetus 1920. Dan balik tu kami makan nasi ayam + hati with ais krim dlm bekas yg dibelanja oleh aku tapi tak habes dan cair akhirnya. Bazir duit je blanje korang ni.

Dan ini ialah orang-orang kampung yang hadir ke pesta buku pwtc utk borong buku. Actually kami ber7, anak-anak lain hilang dari radar. Biasalah tak pernah tengok tempat cantik. Sabar jelah nak.

Masa dan waktu terus berputar, terkejar-kejar mengejar masa, sampai satu saat aku rasa macam dah jauh sudah aku berjalan (macam je). Oh ya sebulan lagi nak final exam tau. Tapi tugasan masih keliling pingang, entah bila nak stop entah. Pembentangan tak habis-habis lagi. Ambil lah sebagai satu cabaran amir, sbb rasanya zaman paling gembira adalah zaman masa di Universiti. Eh yeke? tak tau pulak...umur dah brapa? 

Hm, sebenarnya aku tulis blog ni just nak ambik mood buat asgnment sains sosial jerr. Tak ada apa yang menarik sebenarnya cuma aku suka untuk look back dan menghargai sesuatu yang telah berlaku, dan aku sedar dia cuma sementara dan pengalaman ni tidak akan datang kali ke dua. Hiburan dunia semata-mata sob sob =')

Nota kaki : Suka dengan ayat "kembalilah menjadi muda" (jangan panggil abg amir)