Saturday, March 29, 2014

TUKAR KOS / TUKAR PROGRAM / TUKAR FAKULTI

Kepada mereka yang mempunyai pertanyaan dan persoalan berkaitan tajuk dia atas, sini ada beberapa tips atau langkah yang perlu diambil tahu dan diteliti sedalamnya. Semoga membantu ya. Oh contoh ini adalah bagi pelajar-pelajar di UKM sahaja. Dan perkongsian adalah berdasarkan pengalaman.

Ok, now..

Contohnya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, menawarkan 4 kos utama seperti 

1) Ekonomi
2) Pentadbiran Perniagaan
3) Perakaunan 
4) Keusahawanan dan Inovasi.

Sekarang mungkin anda berada di jurusan ekonomi, jadi anda mempunyai masalah dan ingin bertukar ke jurusan keusahawanan. Apa yang perlu dibuat adalah dengan mendapatkan borang pertukaran fakulti di SMP WEB dan PRINT "BORANG TUKAR PROGRAM" isi dengan lengkap dan ikut segala arahan yang diberi. Oh ya mungkin juga anda perlu baca dengan teliti "GARIS PANDUAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN" juga ada di web yang sama tadi. Bagitau juga yang surat sokongan itu juga perlu, "saya nak masuk kos usahawan sbb saya nak jadi usahawan berjaya suatu hari nanti"... bla bla. Contoh!

Selalunya lah pertukaran fakulti HANYA DILAYAN dalam minggu pertama dan kedua sesi perkuliahan sahaja. Jika sudah melebihi minggu pertama dan kedua, mungkin sedikit masalah kerana alasan yang kukuh untuk menolak permohonan anda adalah dengan ayat "PROSES PEMBELAJARAN SUDAH JAUH, AWAK SUDAH TERTINGGAL BANYAK!". Jadi disini, suka lah untuk diingatkan bahawa setiap tindakan dan pemikiran anda untuk membuat sebarang keputusan perlulah segera dan muktamad. Kerana ini melibatkan diri anda, masa, tenaga dan komitmen anda lah. Jangan stress, rileks saja.

Namun begitu, sekiranya anda rasa anda terlewat, jangan sedih, teruskan pengajian atau minta tangguh dan boleh cuba lagi untuk semester akan datang. Maksud disini ialah di Tahun1 lah ye. Tahun2 dan Tahun3 agak mustahil nak tukar program. Walaupun ada kes macam ini, tapi tak banyak. One of them is my frend lah.

Oh ya bagaimana pula dengan pertukaran dari Fakulti A ke Fakulti B?. Pindah rumah seperti ini juga memerlukan step yang sama macam di atas ini. Begini, selepas anda isi borang yang dimaksudkan tadi, hantarlah pada KEDEKANAN kemudian perbanyakkan lah soalan kepada kerani yang menguruskan kes anda ini kerana sebarang surat menyurat atau maklumat perlu alert sendiri dan kalau tidak, anda akan sering tertanya-tanya dan mungkin berlaku kemurungan! Jadi ambil lah no telefon kerani itu, kerap kali datang ke kaunter walaupun dia dah bosan dengan pertanyaan kita, sekurang-kurang nya dia ingat muka kita dan kes kita dia akan ingat sampai lah selesai.

Pun begitu diingatkan juga,

Kebenaran untuk menukar program/fakulti adalah tertakluk kepada perakuan Dekan Fakulti baru, kekosongan tempat yang ada dan pelajar memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan seterusnya Bahagian Pengurusan Akademik akan memaklumkan keputusan permohonan pertukaran selepas pertimbangan dibuat oleh Dekan Fakulti baru tadi. Keputusan ini akan dimaklumkan melalui surat atau panggilan telefon atau tanya sendiri di kaunter.

Pelajar tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran ke Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan boleh memohon pertukaran ke lain-lain program/fakulti di UKM.

Jelas ya, 

Terima Kasih.