Wednesday, January 29, 2014

Tips Penyediaan / Penulisan Laporan Latihan Industri.

Sejak kebelakangan ni, banyak pulak dapat komen ttg penulisan laporan latihan industri. Kebanyakan nya mintak benda yang sama, korang nak tengok cara penulisan laporan aku.

Mungkin musim student tengah berlatihan industri lah kan. 

Kenapa korang tak mintak dgn senior? Haha..Gurau. 

Ok.

Sebenarnya penulisan aku tak lah sehebat mana (tipu). Biasa sahaja, aku tak berniat nak total out kongsikan dalam laman blog ni, sebab pendapat aku, isi kandungan nya ada unsur-unsur rahsia syarikat dan laporan tu pun bukan untuk dikongsikan pada umum sangat, dia bukan macam tesis. Lebih-lebih lagi aku dapat Department yang penting. But the way isi kandungan aku pnya pun tak adalah berat sangat kan, just nice ikut apa yang aku buat masa praktikal tu lah. (Pandai-pandai lah korek maklumat-diam-diam buat)

Walaubagaimana-pun! aku masih sudi untuk berkongsi tips penulisan laporan aku dgn anda semua. (Suprise tak?). Tak adalah aku kedekut ilmu sgt, ada pengalaman yg sikit ni, apa salahnya kita kongsi untuk manfaat rakan yang laen jugak.

Tapi mungkin ada perbezaan sikit lar, cara penulisan aku dgn korang, mungkin aku ikut format lain, korang ikut format lain. Masing-masing IPT ada format/arahan tersendiri kan. So cuba baca dulu ok.

10 TIPS PENYEDIAAN / PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.

1. Tulis mengikut guardline yang ditetapkan oleh buku panduan penulisan Laporan praktikal ipt. Means dari segi justify, line spacing, keperluan utk setiap bab, isi kandung dsbnya. Ini basic lah.

2. Maksimumkan penggunaan untuk bab pengenalan. Kongsikan carta organisasi company tu, latar belakang, Ahli pelaburan mereka, nilai koprat, lagu rasmi company, bendera, logo dan apa sahaja yang dirasakan boleh dikongsi. Kerana bab ini adalah bab yang pertama, jadi maksimumkan penggunaan nya. For sure kebanyakan maklumat-maklumat ini boleh diambil dari laman web rasmi atau laporan tahunan company. Great sgt!

3. Jangan pernah miss untuk menulis diary harian / laporan harian apa shja yang anda lakukan semasa di pejabat. Setiap kerja perlulah ditulis (even fotostat sekalipun). tak kisah macam mana bentuk penulisan diary sekalipun, yang penting anda boleh faham, dan boleh huraikan serta mengolah kerja-kerja tersebut untuk dijadikan kepada 1 bab utama. Itu yang penting sbenarnya. 

Unuk point ni, bagi contoh sikit lah, ni simple bab. 

Anda tentu terjumpa dengan pelbagai bentuk mesin dan peralatan pejabat dan sering menggunakannya untuk tujuan kerja. Why not simpulkan kesemua penggunaan peralatan itu kepada 1 bab?

BAB 6 : PROSES PENGGUNAAN PERALATAN PEJABAT DAN PENGURUSAN DOKUMEN

6.1 Pengenalan
Susunan dokumen-dokumen dengan kemas dan teratur dapat membantu sesebuah organisasi dalam menguruskan kerja dengan lebih cekap, efisyen dan berkesan. Lantas ianya melancarkan urusan-urusan kerja di dalam sesebuah organisasi.

Begitulah juga dengan sistem pengurusan ***** yang senantiasa memastikan dokumen-dokumen urusan di dalam setiap Jabatan tersusun rapi, berjilid, dan mempunyai sistem rekod tersendiri bagi memudahkan urusan pencarian semula maklumat.

Di ***** khususnya, penulis turut ditugaskan dalam kerja-kerja menyusun, menjilid dan memfailkan dokumen-dokumen terpakai yang mempunyai nilai maklumat yang tinggi.

Dalam proses tersebut beberapa proses kerja tertentu perlu dilakukan dan secara tidak langsung memerlukan penggunaan peralatan-peralatan moden seperti Fotostat, Mesin Binding, Penebuk Lubang Besar, Stapler Elektrik, dan pelbagai lagi peralatan. 

Bla bla bla...

4. Selitkan gambar sekiranya perlu. (mmg perlu pun). Macam contoh point kat atas ni, boleh selitkan semua jenis peralatan yang ada kat seksyen tu, than capture kan dari segi fungsi (google je) penggunaan spesifik, cara penggunaan, saiz (heavy duty ke medium duty ke), dan banyak lagi lah sebenarnya yang boleh di goreng. Ikut logik lah ye. Jgn stapler kertas yang biasa pakai tu pun nak share jugak. Ambik lah yang mantop, especially kalau Li kat kilang, mesti dapat guna bnyk peralatan canggih manggih kan. 

5. Untuk bab kritikal. Maksudnya dari segi kerja yang agak terperinci, mugkin menggunakan software2 tertentu seperti accounting system, UBS, Autocad, dsbnya. Anda perlu tahu semua gerak kerja nya, susun penulisan dengan baik, huraikan step by step. Pasti penulisan tu akan jadi terbaik.

Contoh.

BAB 11 : KUNCI MASUK PERMOHONAN ******

11.1 Pengenalan 
Selaras dengan saranan pihak kerajaan supaya menjadikan budaya berjimat cermat sebagai satu amalan dalam semua aspek perbelanjaan, mengenal pasti dan mengambil langkah berjimat cermat dalam proses perancangan dan penyediaan bajet tahunan, maka adalah menjadi amalan pihak pengurusan untuk berbelanja secara berhemah iaitu selaras dengan konsep pengurusan kewangan yang efektif sebagai teras amalan pengurusan di *****

Permohonan bajet 2012 telahpun sampai ke peringkat pertengahan, iaitu bermula pada bulan september 2011, permohonan bajet 2012 akan dimuktamadkan  dan penyediaan slide pembentangan dan dokumen sokongan mula dijalankan untuk dibawa ke ***** bersama Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (TKPE).

Sebelum ke proses akhir ini, adalah menjadi tanggungjawab ***** untuk mengadakan mesyuarat, perbincangan, semakan akhir polisi Bajet 2012, mengenal pasti program kerja tambahan bagi setiap jabatan berdasarkan Pelan Bisnes 2012 dan semakan ini dilaksanakan secara keseluruhan bersama *****,*****,*****,*****, serta Fungsional yang lain dan hasil daripada semua perbincangan ini, keputusannya akan dikunci masuk ke dalam sistem data ****  untuk menghasilkan jadual permohoanan bajet 2012 yang hanya diperakui oleh ***** sahaja.

Nampak tak step dia? Lakar dulu di bahagian pengenalan, dan baru all out di bahagian-bahagian seterusnya. Mungkin lebih terperinci melibatkan penggunaan Print Scrin, gambar atau aliran proses. 

6. Sumber utama yang anda peroleh seperti dari PEKELILING atau LAPORAN TAHUNAN atau dari mana sumber sekalipun seharusnya perlu mendapat kebenaran syarikat terlebih dahulu. (Pandai-pandai lah ye)

7. Kongsikan graf atau carta alir atau apa sahaja drawing yang dirasakan perlu di attach bersama. Kalau graf tu bukan bersaiz A4, kalau besar, boleh lipat. Carta alir kerja sekurang-kurang nya perlu ada lah.

8. Bab kesimpulan atau ending, korang tulis lah dengan hasil penulisan yang mantop, ambil je penulisan dari laporan tahunan atau mana-mana sumber syarikat yang boleh di paste. Maksimumkan penggunaan dan info yang ada.

9. Aku punya ada 15 BAB. Dan total ada 100+pg. Buat perlahan-lahan, rumuskan setiap kerja kepada sub topik kecil dan hurai ikut no. Ikut format, 1.1, 1.2, 1.3, 1.3.1, 1.3.2 bla bla bla. Tau kan format tu?

10. Good luck! Semoga apa yang di kongsi ni walau tak banyak pun, sikit lah, hopefully dapat mmbantu anda yang akan menjalani Li (persediaan), atau yang sedang menjalani Li. Macam aku cakap tadi, penulisan aku biasa saja, tak ada yang special. Laporan yang terhasil bergantung kepada usaha kita dan olahan dalam penulisan. 

Semoga Berjaya dunia akhirat.

cc : Anonymous-Anonymous yang bertanya.








Wednesday, January 22, 2014

Kita kawan. kan?

"Rindu nya kat kau amirrr..."

"Kalau boleh nak putar balik masa bersama-sama dan berjuang dengan kau"

"Nanti kirim salam kat family kau ye"

"Aku doakan kau berjaya dunia akhirat"

"Tahniah sebab dah habis sem1 kat UKM"

**********

Disebabkan insiden gatal tangan 2 bulan yang lepas, jadinya handphone aku kehilangan semua no telifon yang tersimpan dalam phone dan jugak dalam sim kad. Kesan nya bila apa-apa msg yang masuk, atau terima panggilan, aku tak tahu datang nya dari siapa. So dengan rendah hati aku memohon maaf pada mereka yang terpaksa aku tanya "Ni siapa?" maaf bla bla bla bla...."

Bila aku baca balik msg yang aku terima kat atas ni, aku rasa macam "amboi, touching nye ayat".. than aku tanya ni siapa. than dia tak nak bagitau, dia ckp boleh tak kita kenal tanpa mengenali sape2? baru best, ajaib". Pastu aku gelak.

Dan wassap tu terputus sbb dia minta diri nak solat maghrib. Sebelum tu dia ada bagi "klu" . Klu yang dia bagi ttg diri dia tu sampaikan buat aku terpaksa bukak fail-fail lama. Cari siapakah gerangan empunya diri. 

Dekat wassap tu dia tak letak gambar dia. sbb tu aku tak tau. Ok bila aku selongkar balik, ok aku dah tau, rupanya dia. Eh betul ke ni. Ok betul lah kot.

**********

Dunia ini akan terasa kecil sebab kita hanya duduk setakok di tempat kita sahaja. Tak tengok orang, tak peduli orang, tak kesah orang. Tersebut adalah diri aku sebelum aku mampu berdiri macam sekarang. 

Tapi bila habis SPM, kaki tu dah mampu untuk mencari jalan keluar dengan sendiri. Zaman perkembangan tu mula dari hujung tahun 2008 sehingga tahun 2010 mcm tu lah.

Bilamana membesar selama 3 tahun dekat politeknik, kalau suruh cerita balik kenangan yang telah tercipta, mungkin aku berjaya hasilkan novel tebal. Sememang nya aku tak mampu nak ingat semua kenangan,

Tapi bila aku tengok wajah kawan-kawan aku yang pernah menghasilkan kenangan dengan aku, aku rasa itu adalah satu anugerah. Watak mereka, lakonan mereka beri kesan dalam diri aku sebagai kawan kepada mereka. Sampai sekarang, sisa-sisa tu masih ada. Tak tahu sampai bila. 

Sebab bila aku berada di tempat baru macam sekarang, bilamana aku dah tak berjumpa lagi dengan watak-watak lama, semua nya watak baru, aku rasa kehilangan. Dan aku akan murung. bual hal sendiri.

Sebab tu ada ungkapan,

"Kita hanya akan menghargai sesuatu itu selepas ia tidak ada lagi di depan mata kita"

Ok habis metadologi karut bab 3.

Reply balik msg tadi.

**********

"Semoga berjaya jugak kau kat sana...Sihat sentiasa hendaknya"

"Tahniah sebab dapat jawatan kerja yang baik" Jawatan kau besar kan, so mungkin aku boleh praktikal kat office kau masa sem akhir nanti. Dengar tak?

"Jika dipanjang kan umur, pasti usaha untuk bertemu tak akan luntur, mungkin masa tu belum ada, kau tengok lah, kawan-kawan yang lain pun sibuk nya dah macam pm. Kita tengok siapa kahwin dulu, kat majlis perkahwinan tu mungkin kita boleh berjumpa" Muahahaha.

"Aku dekat UKM macam kena lambung ombak tau, bukan senang aku nak lawan ombak tu tau, saiz nya pun besar-besar macam kau, doakan lah aku ye, kau tau lah, aku ni macam mana kan. Mane tahu, mungkin doa kau tu, boleh bagi aku sebuah kapal yang baru, untuk aku terus melawan ombak-ombak tu" Hehehe. Ombak rindu.

"Aku pun rindu kau jugak...kita kawan kan?"

Aku tak reply mcm ni pon kat wasap tu.....aku reply kat sini supaya kalau tangan aku gatal lagi, msg-msg penting macam ni tak hilang dari handfone aku, dan aku boleh baca balik tahun 2058 nanti. Itu pun kalau aku ingat password.

**********

Notakaki : Dah lama aku tak tengok prezentation yang ending dia, berebut-rebut angkat tangan nak tanya soalan. Dari situ kita boleh tengok sejauh mane confident kawan tu nak jawab balik soalan yang ditanya. Geng-geng yang suka buat-buat ada soalan selalunya yang selalu datang lambat, pastu duduk kat belakang-belakang. HAHAHA. 

Ok ade soalan? 








Monday, January 20, 2014

Senibina sekitar Putrajaya.

Jumaat lepas pergi turun Putrajaya, main basikal dan bersenam satu taman botani. Tak da siapa nak diajak dan yang sudi ikut hanyalah my litle sister. Kami berdua bersuka ria, bergelak tawa macam sweet couple, berpeluh-peluh lawan push up dan aku menang 15-10. Sebab taman tu terlalu besar, kami decide untuk buat apa saja yang kau rasa nak buat. janji matlamat kita, peluh keluar dan segarkan badan. 

Macam biasa, imeginasi aku tak akan duduk diam bila tengok sesuatu sudut tempat, dari segi rakyat nya, budaya nya mahupun persekitaran. Pasti tersangkut cerita di kaki lima. Walhal semua ni cerita lama. 

**********
Mukadimah.

Pembinaan Putrajaya diilhamkan oleh Mahathir dan reka bentuk jalan utama nya itu "ditiru" ilham dari sebuah kota dari Perancis iaitu, Paris. Dan lokasi yang diambil "tiru" ialah Champs Elysees



Actually aku baru nak merangkak baca buku berkaitan freemason. Art of Deception. Jerry D Gray. Buku lama, Penulis tu dulu tentera Amerika but now dia dah islam. Katenyerr..Tapi aku bagitau, buku tu sangat menakutkan dan kadang-kadang macam ajak aku tidur. 

Ok, ade kaitan buku tu dengan apa yang aku nak cerita ni. Gerakan Freemason dan kisah-kisah illuminati.

**********

Aku sempat singgah solat asar dekat Masjid Putrajaya tu. Masuk haritu, 4x aku solat kat situ. Masha Allah....sangat lah cantik senibina parsi dia. Cuma hamba-Nya saja yang kurang cantik sebab seluar dia paras-paras lutut waktu itu. Almaklum pegi besenam. Tak jadi masalah sebab secantik-cantik masjid, kain pelikat pasti tak lekang. So aku solat asar kat situ dan my litle sis tinggal dekat kereta. 


**********
Gerakan Freemason dan illuminati kaitan-nya dengan senibina disekitar Putrajaya. 


Gambar kat atas ni, Which is belah kiri tu Vatican city. Tempat pusat terbesar Gereja Kristian Katolik. Dan belah kanan is Putrajaya. Pandangan dari arah utara tu, Masjid yang aku cakap tadi, dan belah timur tu bangunan pentadbiran utama, Bangunan Putra nama dia.

Tengok dekat tengah-tengah tu ada point yang dikaitkan dengan freemason, dajal bermata satu. Tak pandai nak kritik seni bina dia, sebab tak ada ilmu. Cuma perhatikan dan berfikir apa yang sama antara dua seni bina ini. Kritik la jugak tu kan?

Aku nak sharing yang lokasi point bulat warna putih tu kan, petang-petang saaaangaat hapening dengan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain kereta control, basikal, belun, dan macam-macam lah dan kat situ lah tempat aku tinggal kan adik aku sementara aku pergi belah utara untuk ke masjid. Dan lepas solat, aku pusing-pusing dekat kawasan point putih tu. 

Tak timbul pulak perasaan yang aku sedang berpusing dekat mata satu....choi.

Di sekitar Putrajaya jugak ade Obelisk, atau tiang. So,

Nampak Obelisk tak? 


Yang ni obelisk utama kat putrajaya, yang kecoh-kecoh persoal tentang motif pembinaan tiang ni. Apa yang aku baca, Obelisk dibina bagi melambangkan tuhan Matahari yang disembah oleh orang mesir kuno, dan digunakan juga oleh iluminati sebagai mercu tanda mereka. Btw, iluminati menjadikan hari ahad sebagai hari suci mereka. Mungkin kalau org kristian, hari ahad masa untuk mereka ke gereja?

(SUN DAY) ?

Ok, tapi kenapa perlu dibina sebegini di Putrajaya. Bagi aku, sangat pelik pemandangan macam ni. Seperti simbol sesuatu yang telah dirancang dan ade maksud yang sama. 


Sebenarnya! ramai jugak tak perasan tiang obelisk mcm ni  ada bersembunyi lagi di sebuah taman di sekitar Putrajaya? Aku main basikal dekat Taman Botani, so taman tu lah yang aku maksudkan. Kami berdua gigih mendaki 1 per 1 anak tangga yang mencuram ke atas bukit, tinggi...dan jalan ke puncak nya....sehingga berjumpalah kamu dengan...


Naik bulu roma aku tengok benda ni kat puncak bukit tu. Serius nampak mengerikan. Lokasi nya pun rahsia dan berada di atas bukit. Kami lawan push up betol2 kat belakang tiang ni. Sempat lagi.

Habis cerita tiang misteri.

Ok dan aku pun nak balik dah.....aku mengaku yang aku sesat time nak balik tu sebab tak fokus. Sampailah aku terserempak dengan bangunan, yang turut di isukan sebagai simbol freemason.

Alamanda Putrajaya? susah nak ke sini tau, bagi yang pertama kali pergi, dia akan sesat. Dan bepusing-pusing cari alamanda....Disebalik nya....bentuk bangunan shoping mall ni seakan-akan simbol compass freemason. Lihat...


Sama kan? seni bina bangunan alamanda yang di bina hampir sama dengan simbol freemason tu. Perjalanan terus menuju ke Kuala Lumpur dan dari jauh nampak pulak PICC...


Ok yang ini sangat serius. Yang ni PICC nama dia. Design dia unik, cantik...rupanya bersimbol jelas bentuk mata pula. Dalam buku art of deception tak henti-henti penulis tu kaitkan simbol macam ni dengan gerakan freemason dan iluminati yang seni bina sebegini banyak juga di negara2 lain dan tak silap ada 1 di beijing. Senibina stadium. Pernah tengok simbol piramid bermata satu tu (simbol illuminati)? hah. itulah yang dimaksudkan. (Pegi tgok sendiri simbol tu)

Pening-pening cari jalan, dan aku sampai juga akhirnya kat rumah. Dah Maghrib.

**********

New World Order.

Golongan iluminati mengatakan bahawa dunia akan dikuasai oleh sebuah kelompok elit yang akan memerintah dunia dengan cara pemerintahan yang........aku tak jelas masksud dia. Yang ni yang buat aku menguap-nguap ni. Myb yang tersendiri lah kan. Humanisme, Liberal mcm tu agaknya.

Para anggota Illuminati mempercayai bahwa anti-kristus (Dajjal) akan datang ke bumi dan akan memerintah selamanya. Dan musuh terbesar Illuminati adalah Islam, sebab nyer, dalam Al-Quran tertulis bahwa Anti-Kristus (Dajjal)  akan dikalahkan oleh Imam Mahdi. ok.

Apa tujuan ILLUMINATI ?

1. Menghapus semua agama dan Kepercayaan.
2. Menghapus sistem keluarga.
3. Mengubah sistem politik dunia.
4. Selalu bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia dan merosakkan kehidupan politik, ekonomi, dan sosial negara-negara non-Yahudi atau Goyim (sebutan dari bangsa lain di luar Yahudi)
5.menguasai dunia yg dipimpin oleh si mata satu. Ok. seram.

Illuminati masuk kedalam segala urusan kehidupan manusia untuk menyampaikan pesan2 mereka melalui setiap sudut, sebab tu bila aku baca buku art of deception, aku cakap benda tu sangat psiko dan telah dirancang terutama sekali yang jelas nyata ialah seni bina bangunan, filem, simbol2 tertentu dan aktor pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat.

Pernah tengoh siri The Arival? Aku ade je simpan dalam laptop ni, tersimpan lama...cuma tak berani nak tengok 1per 1 episod dia. Psiko nanti. Kalau anda ada, cuba lah hayati 1 per 1 episod dia, kalau rajin. Ada juga tersiar semua episod di utube. Aku tak berani. Cukup lah aku termenung tgok tiang obelisk kat puncak bukit taman tu.......


Habes cerita, ini bukan kes dilema melayu moden tau, ini berkaitan tentang aspek agama dan kehidupan..ok..Hidup lah dengan berilmu, beriman dan berakal, macam cogan kata sekolah tu#





Tuesday, January 14, 2014

Ada apa dengan kajian.

Telah di izinkan oleh Allah untuk menuntut ilmu/sedang dan membesar di 2 buah institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia, izin kan aku berkongsi sebuah kajian yang buatkan aku terfikir jauh disudut pandang....Dalam bilangan peratusan tersebut, dalam masa sekarang, ataupun masa akan datang dimana agaknya aku berada?

Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesimpulan terhadap hasil kajian, 76% graduan Politeknik diterima bekerja selepas menamatkan pengajian dan bakinya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kajian yang hampir setiap tahun dilakukan ini mendapati, secara puratanya graduan dari Politeknik mudah diterima bekerja.

Kajian Pengesanan Graduan UKM 2012

Sebagai satu perbandingan, pada 2011, kadar graduan yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian di UKM ialah 62.21%. malangnya, kadar ini menurun pada 2012 kepada hanya 58.58%. Dan jika ditolak pelajar siswazah (PhD dan sarjana), peratus pra-siswazah yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas graduan jauh lebih rendah iaitu hanya 50.56%.

Maknanya, hanya separuh sahaja graduan prasiswazah UKM yang bergraduan pada 2012 telah bekerja selepas enam bulan tamat pengajian, dan peratus graduan prasiswazah wanita yang  tidak bekerja jauh lebih besar  berbanding graduan lelaki.

Jika kita tolak graduan bidang pengajian kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, kadar yang telah bekerja dari bidang sains sosial, pendidikan, sains, teknikal dan teknologi maklumat jauh lebih rendah lagi.

Satu perkara yang agak unik ialah bila diteliti status responden yang telah bekerja dengan tahap pencapaian akademik (di mukasurat 24 laporan), kita akan dapati bilangan pelajar yang berpencapaian rendah (PNGK 2.00-2.49) lebih ramai yang telah bekerja berbanding yang berpencapaian tinggi (3.67-4.00) atau (73.94% berbanding 43.82%)!.

**********

Mungkin aku akan tersengih sorang-sorang sebab aktor yang sedang dikaji dan perhubungan antara variabel-variabel ini ialah aku! Sampel nya adalah aku jadi seharusnya aku sendiri-lah yang lebih mengetahui dimana letak nya aku dalam peratusan tersebut. 

But the way, ada apa dengan kajian eh? Sejauh mana koefisien kepercayaan dalam kajian ni.

Budak-budak ni pernah cakap,

"Kau tak apelah ada diploma poli, kalau nak cari kerja nanti boleh pakai dua-dua"

Hmm...sebelum ni,

Aku dah rasa susah senang nak mencari kerja, 
Gundah gulana nak tempuh temuduga,
 Terbelit lidah menyusun kata,
 Menghantar resume merata-rata,
 Mencari kerja tak ada yang mengena..

Allah nak tengok sejauh mana usaha kita.
Sebab,
Esok lusa, Allah nak beri sesuatu yang terbaik untuk kita,
dan dari situ kita akan tahu menghargainya.

Allah Maha Pemurah, Maha Mendengar.

Jadi tak perlu dipersoalkan lagi.

Pandai-pandai lah engaku membawa diri.

Pernah dengar lagu azfar?

"Rasa kecewa ada, bila kaki penat berlari, namun yakin ku kau kan ku temui..."








Monday, January 13, 2014

2014.

1. 13 hari sudah berlalu. 2013 dah nak masuk 2 minggu tinggalkan aku. dan aku rasa need to refresh myself. Bangga dengan diri sendiri. Kalau takut dilambong ombak, jangan berumah di tepi pantai. Guruh di langit, air di tempayan dicurah jangan.

2. Aku pandang belakang, aku ternampak lord of memory. Walaupun sebenarnya aku malas nak pandang semua itu.

3. Aku dapat kerja tahun 2013. After 20 set resume aku pos kan ke merata tempat semenanjung Malaysia. Kuala Selangor paling jauh resume tu pergi.

4. Aku konvokesyen tahun 2013. Selepas 3tahun aku berhempas pulas. Dan aku rindu kawan-kawan aku. Dan aku kagum dengan pencapaian rekod dunia aku ni.

5. Aku buat 2 kerja dalam 1 hari. Pun tahun 2013. Siang office, malam fast food. Aku dah berjaya tunaikan salah satu dari azam tahun 2013 aku. Siang malam aku kerja. Sampai menggigil-gigil kerja. tidur hanya 4 jam sehari. Mitos kate aku nak kawen.

6. Aku rasa aku kaya dengan hasil upah melakukan 2 kerja. Pun 2013. Yes. Hujung bulan je, akaun aku penuh dengan duit gaji. Sambil aku tersenyum sorang-sorang depan ATM mesin tengok gaji mencurah masuk.

7. Aku kenal ramai kawan. 2013. Sampai sekarang, mereka masih merindui aku. Dan aku hairan, apa yang aku telah buat sehingga nama aku kerap kali disebut-sebut.

8. Aku diterima masuk ke UKM. 2013. Universiti ke 269 terbaik dunia. Actually aku macam bermimpi. 1minggu yang lepas aku menangis bile tengok logo UKM, sebab aku cakap kat diri aku, Aku kat sini untuk membalas jasa ibu dan abah aku suatu hari nanti.

9. Aku dapat anak buah yang paling comel di semenanjung Malaysia. 5/12/2013. Muhammad Iman Hakim Mohd Saiful adalah baby paling sexy tahun lepas. Actually aku nak dia jadi ahli poltik besar nanti.

10. Kesimpulan dia. aku rasa aku dah semakin mem-besar. Dan aku bersyukur dengan pemberian usia yang panjang sebegini. Sementara aku rasa dunia semakin uzur, bumi semakin berkarat, manusia semakin gila, politik semakin kotor, pembangunan eco-system semakin kejam, ekonomi semakin kritikal, agama semakin terhakis, dan segala-galanya ini pasti akan berakhir. Percaya lah.