Wednesday, July 30, 2014

Result,

Result dah keluar minggu lepas. Oleh kerana aku ada niat untuk update ttg result aku sebelum result keluar haritu, jadi malam ni aku cuba untuk dedicate dan tulis sesuatu mengenai nya. Aku cek pointer pakai sms je. senang. Dan hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa nak cek result tu, jantung aku bedegup kencang sangat, jadi aku baca Al-Fatihah, semoga aku terima apa sahaja result dgn tenang.

Aku sasarkan untuk dapat anugerah dekan, tapi sasaran tu tak mengena pulak. Tersasar tak lah jauh sangat, mungkin kalau subjek core yang B+ tu semua jadi A, mungkin boleh capai. Anugerah dekan kat UKM tak silap aku, 3.65 dan aku hanya dapat 3._9. Haha..yang buat aku bengang, kenapa lah angka 9 tu tak digenapkan je...

Dekat Wassapp group sume dah celebrating result, aku diam je. Aku tau result mereka sume hebat2 belaka. Ada yang maintain dekan award. Tahniah untuk semua.

Ade subjek yang aku target mati-mati dapat A, tapi diberi B+...3 subjek dapat B+, so itu lah yang buatkan aku sedikit kecewa. Tambah lagi BI aku pointer nya sangat lah down, kenapa jadi begitu entah, aku ingat nak apply double check result, tapi fikir balik tak perlu lah..

Evolusi pemikiran falsafah dan pentadbiran awam aku dapat A, ofkos lah kena dapat A sebab aku bemati matian untuk subjek ni, walaupun nota pun tak ada dan tak banyak, semua nya dari google dan buku2. Jadi perlulah aku rasa kepuasan bila tengok gred A tu.

Akhir sekali, 

Aku nak ucap terima kasih kepada orang tua aku, pensyarah, dan rakan-rakan yang banyak membantu aku dari 0 sampailah ke peringkat ini. Aku belajar bukan untuk mengejar kerja dan gaji tinggi semata-mata, tapi atas dasar minat dan cintakan ilmu, perjalanan hidup aku masih jauh lagi, jauh dan jauh. Jadi aku perlu bersaing untuk jadi yang terbaik, untuk diri aku, untuk keluarga dan yang pasti untuk masa depan.





No comments:

Post a Comment