Wednesday, July 9, 2014

Berjalan di kaki lima dan cerita yang tersangkut,

As Salamualaikum, selamat pagi dan salam ramadhan 11. Oh ye salam 7 - 1. Haha.

Agak lewat untuk pergi ke surau pagi tadi disebabkan oleh malas menonton perlawanan bola yang sangat best. Sebab Brazil tumbang dengan lawannya german 7-1. Ngam-ngam azan habis, bola pun habis. Maka aku terpaksa berlari laju kerana tak mahu tertinggal rakaat. Alhamdulillah sempat la juga walaupun baca Al-fatihah tercungap-cungap.

Usai berjemaah, sempat menyapa seorang kawan lama yang usia nya sezaman sahaja dengan aku, cuma mungkin dia dah berumah tangga dan agak tinggi, jadi beza dengan aku macam anak muda dengan seorang pak cik lah. Hahaha..Ajis, jangan marah, im joke sahaja.

Ajis telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Jadi sempat aku ucapkan tahniah dan kami berjalan pulang sambil berbual berkaitan hal ehwal kekeluargaan. Isterinya masih menunut di Universiti Utara, jadi aku sangat kagum dengan pemuda seperti dia. Semoga Allah merahmati mu sahabat.

Bila teringat balik zaman dibangku sekolah, antara ajis dan aku, sudah tentu lah ajis yang lebih diminati oleh ramai peminat berbanding aku yang tiada siapa ingin kenal.

Ya Tuhan, ini sangat comel dan klasik tahap babun.

*****

Yang kedua,

Selepas pulang dari musolla, macam biasa aku akan masuk balik ke dalam sarang. Tarik selimut dan mencapai sebuah buku yang sudah lama tidak kubaca. Sedih. Namun buku nya sangat hebat! "Hak Untuk Berbeza Pendapat" sebuah lakaran biografi Lim Kit Siang yang ditulis dengan begitu baik oleh Ooi Kee Beng. 

Dapat juga habiskan 4 helai muka surat yang amnya bercakap tentang Persuratan Malaysia. Khususnya tentang debat kebudayaan DAP - Gerakan di Auditorium MARA 24 November, 1968. It was amazing debate about BAHASA and CULTURE.

Kehebatan setiap cerita buatkan aku rasa tak boleh tidur sehingga sekarang. Ditambah lagi dengan insomnia yang telah sebati, ia bukan lah sesuatu yang menyeronok. Jadi aku tutup buku dan duduk di kerusi. 

Mungkin alunan Al-Quran lebih indah. Maaf its not going to mungkin, but must be.

*****

Yang ketiga, 

Bila buka facebook aku akan terhibur baca newfeed yang ada macam-macam kisah. Jadi aku akan senyum. Itu kelebihan jika kita ber kawan bukan sahaja dengan kawan se selimut kita, tapi kita berkawan dengan semua bangsa dan semua negara. Terima Kasih facebook. Er..

Selain dari cerita-cerita ttg meraikan 7-1, Prof Anuar Ahmad turut berkongsi bahawa..


























Semoga Allah selamatkan kita dari benca dan bala.

Dan aku telah tertarik dengan ayat "Tolak Bahasa Inggeris dan bangga dengan bahasa sendiri". This is what our University, UKM teach the student to be proud with Bahasa Melayu. Hahaha...Love UKM sangat. The Nation of Guardian.

*****

Terusnya,

Pagi yang menyedihkan dan menaikkan kemarahan umat Islam apabila diberitakan bahawa 23 syahid dan 122 cedera dalam operasi Israel dalam pembunuhan keatas umat Islam di Gazza. Disaat sestengah kita bergembira merayakan kemenangan pasukan bola kegemaran kita, disaat inilah israel membunuh umat Islam.

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita. Saya pasti umat Islam akan menangis dengan berita ini.

*****

Sebelum aku terlupa,

Pemilihan President Indonesia diantara Joko Widodo dan Prabowo Subianto. Pantas aku mengharapkan yang terbaik buat pemilihan kali ini kerana sudah pasti kini Indonesia membutuhkan seorang pemimpin sehebat Suharto, untuk membangunkan lagi Indonesia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan lebih maju? ya itu mungkin saja. (Actually "dignity" is always in words when u want to talk about Indonesia. Betul ke aku ni?) Buat sahabat politic dari Indonesia Andi dan Per, kamu akan disoal dengan kencang semasa buka semester nanti ya, pastikan kamu update ceritanya. Bhahaha..

Boleh tak atau is it ok if i tell the truth yang aku lebih memilih Joko Widodo untuk memimpin bangsa Indonesia yang lebih utuh? Salam 2 jari.


Rakyat IndONEesia yang akan nyoblos pagi ini, mengharapkan kamu pinteran sedikit ya. Mudah-mudahan moga bisa kamu nyoblos dengan aman. Dan pilih lah pemimpin yang dapat membawa kamu kepada perubahan yang baik, demi Indonesia yang seutuhnya Raya.

*****

Ok, cukup. Selamat terus Ber Ramadhan dan Semoga Dirahmati Allah.

Panjang pulak kaki lima ni..

#Ramadhan 11, 1435




No comments:

Post a Comment