Monday, May 12, 2014

Tiada Rezeki :)

Baru sebentar tadi aku sangat lah terasa hati dengan pihak majlis eksekutif pelajar kolej kediaman aku di ukm ni. Hasrat aku teringin nak jadi pemudahcara untuk intake pelajar baru sem depan, sebab aku rasa ilmu dan pengalaman aku menguruskan sesi suai kenal pelajar masa zaman diploma mungkin dapat dikongsi masa intake pelajar di ukm ni nnti, tapi tak kesampaian. Dengan alasan aku tak aktif. Aku tak faham apa maksud dia. Aku tertanya-tanya, tak cukup ke dengan penglibatan aku masa karnival kolej sbagai setiausaha haritu? program yang aku pergi di janda baik atas nama kolej?. atau persoalan yang lebih besar, perlu ke menonjolkan diri and than baru layak jadi pemudahcara? jadi bagaimana dgn rakan2 lain? adakah mereka sangat baik dan hebat? 

Tak apalah, mungkin tak ada rezeki, mungkin hanya rezeki kepada kawan-kawan aku yg ada "geng" mereka sendiri. Tahniah kerana korang semua terpilih walau tak isi borang sekalipun..dan mereka kata kalau aku isi borang pun, aku tak akan dapat. Ye, sebab kau tak menonjolkan diri. Terima Kasih dekat roomate jugak sebab cerita kan benda ni dan sampaikan ke aku. Mungkin kau adalah yang terbaik. Aku harap bila kau dah dapat jawatan besar di kolej ni nanti, kau tak jadi mcm diorang yang berfikiran sempit dan tujuan berorganisasi untuk seronok semata-mata. Kau jgn jadi mcm tu tau, kau kena jadi pemimpin yang adil dan baik. Amanah tu besar.

Terima kasih semua. jasamu dikenang. 

Nota Kaki : Inilah sikap buruk kronisme dan nepotisme yang wujud dalam organisasi. Dijemput hadir ke kursus kepimpinan pelajar, di kuliah pula, belajar subjek pengurusan organisasi, bila bersembang idea melimpah ruah. Tapi sayang..tak pernah diaplikasikan dan sama sekali tidak mencuba untuk berlaku adil.


No comments:

Post a Comment