Saturday, May 3, 2014

Hol-la

Assalamualaikum...

Hidup rasa terlampau sibuk, sampai aku terpaksa hadap laptop hampir lebih 12 jam dalam sehari. Dan menggunakan quota internet yang semaksimum mungkin. Facebook dan youtube sebagai teman rapat aku bila aku letih dan stress.

Kawan-kawan sebagai penyeri kesibukan. Mereka ada seribu macam perangai dan semuanya hero dalam hidup aku. 

Berminggu-minggu yang lepas aku dah tunaikan impian aku untuk berkongsi ilmu ttg kewangan islam kepada semua geng-geng pesepsi di simposium jebat. Alahmdulillah, walaupun benda tu diusahakan dalam masa yang sangat singkat, aku akhirnya berjaya laksanakan cabaran itu. Semoga mereka memahami apa itu Riba dan isu-isu kewangan islam yang lain. Terima Kasih pada rakan2 yang support dan soal jawab serta perkongsian ilmu yang sangat baik.

Dan minggu lepas juga berkesempatan untuk hadir ke dialog bersama Kementerian tenaga teknologi hijau dan air, under subjek Pentadbiran awam. Seronok sebab dapat pergi putrajaya dan masuk ke dalam pejabat menteri. Hihihi...juga 1 perkongsian idea dan dialogue yang sangat mantop! "u all semua mcm ahli parlimen yang sangat hebat"..

Girls always conker semua tempat. so boys duduk lah ceruk-ceruk blakang. mungkin dekat parilmen pun macam ni suatu hari nanti. teruk,

Sidang tengah berlangsung dan kami sedang ber...Ape salahnya, najib dan obama selfie ok je. Pejam celik pejam celik dialogue tak habes-habes lagi. Dan soalan-soalan pedas dan panas dah banyak terkeluar dari tadi, dan dari aku 2 soalan pun mereka tak jawab dengan baik. Behave.

YB yang hebat akan semyum dengan nampak gigi. Itu tanda ikhlas yang lahir dari hati. Bhahaha. Ong sangat hensem kat depan tu. Mereka ini semua mempunyai kesedaran politik yang amat tinggi dan cukup baik sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kelihatan ada pegawai polis, anak YB dari Indonesia, Juara debat UKM, President pelajar China UKM, and so on. Yes mereka Hebat!

Lawatan yang diadakan ini diharapkan agar dapat membuka mata rakan-rakan semua bagaimana kerjaan bekerja dan membuat sesuatu dasar. do not simply nak buruk-buruk kan kerajaan dengan macam-macam tomahan tanpa mengetahui perjalanan sebenar. Seronok dapat tgok muka menteri dgn live dan begambar 1 kelas.. :) selebet.

Dan sejak 2 menjak ini akurasa asyik berselfie je. Siapa yang ajar? helmi yang ajar. dia punya iphone yg selalu jadi kamera. dan baru2 ni dari UKM ke PWTC..lagi mcm org tak pernah pergi KL pun ade. Dan bila kuiz kitorang dapat 19/20...maka lagi bertambah riang. Tak perasan yang aku dah menjerit dlm kawasan perpustakaan. Dan waktu tu, aku rasa kembali menjadi muda. Hisykk.. 

Ini gambar meraikan kemenangan kuiz 19/20..Nampak tak sampai din keluarkan buku tu? dan Tq dekat Narasimha sebab menjadi pencetus 1920. Dan balik tu kami makan nasi ayam + hati with ais krim dlm bekas yg dibelanja oleh aku tapi tak habes dan cair akhirnya. Bazir duit je blanje korang ni.

Dan ini ialah orang-orang kampung yang hadir ke pesta buku pwtc utk borong buku. Actually kami ber7, anak-anak lain hilang dari radar. Biasalah tak pernah tengok tempat cantik. Sabar jelah nak.

Masa dan waktu terus berputar, terkejar-kejar mengejar masa, sampai satu saat aku rasa macam dah jauh sudah aku berjalan (macam je). Oh ya sebulan lagi nak final exam tau. Tapi tugasan masih keliling pingang, entah bila nak stop entah. Pembentangan tak habis-habis lagi. Ambil lah sebagai satu cabaran amir, sbb rasanya zaman paling gembira adalah zaman masa di Universiti. Eh yeke? tak tau pulak...umur dah brapa? 

Hm, sebenarnya aku tulis blog ni just nak ambik mood buat asgnment sains sosial jerr. Tak ada apa yang menarik sebenarnya cuma aku suka untuk look back dan menghargai sesuatu yang telah berlaku, dan aku sedar dia cuma sementara dan pengalaman ni tidak akan datang kali ke dua. Hiburan dunia semata-mata sob sob =')

Nota kaki : Suka dengan ayat "kembalilah menjadi muda" (jangan panggil abg amir)



2 comments:

  1. HAHA . Saya nak panggil Abang Amir juga . HAHA . Seronoknya , tak sabar nak sambung Degree :D

    ReplyDelete
  2. haha...sukehatilah...skrg dah sem berapa? nnti sambung lah dekat ukm. btw, degree sgt taf tau..susah gile.haha

    ReplyDelete