Monday, April 7, 2014

Harapan Abang.

Mempunyai seorang adik adalah satu keseronokkan, tambahan lagi si adik itu adik yang bongsu dalam keluarga. Apa sahaja kemahuannya, pasti akan dapat. Dan mungkin disebabkan adik bongsu tadi, hidup kita akan bertambah ceria, dan jauh di sudut pandang, dia lah harapan terakhir dalam keluarga. 

This is my litle sis.

Dilahirlan 2bulan awal. 7 bulan sahaja di dalam kandungan ibu dan semestinya dia lah yang amat special pada usia lahirnya. Dijaga rapi, disentuh pun tak boleh dan berbulan-bulan membesar di katil Hospital Kuala Lumpur. Sejarah ini mungkin manis jika dikenang semula. Selalunya bila ibu mula bercerita ttg kelahiran dia, yang mendengar akan terasa sayu dan hiba. 

Itulah istimewanya bayi yang lahir tidak cukup bulan. 

Sekarang dah pun besar, Tingkatan 1. Tapi badan kecil je. Sebagai seorang abang yang membesar dalam dunia pelajaran, teknologi canggih dan sebagainya, tentulah keseronokkan dan kesenangan ini ingin dikongsi bersama dengan adiknya. Macam tu lah aku. Jauh di sudut pandang, aku inginkan adik aku berjaya. Ibu dan Abah sudah berusia, banyak yang perlu difikirkan, kadang-kadang terlupa akan dia.

Setiap pagi ahad, dia akan ke kelas tuition. Alhamdulillah, ada kemajuan, minat untuk membaca, mentafsir, mengira dan mengkaji sudah mula timbul. Ini semua perancangan aku untuk dia. Aku gembira melihat keadaan macam ni. Inilah yang aku impikan. Namun aku masih belum yakin. Sebenarnya aku tak nak dia sekolah di sini. Mungkin dia perlu keluar dari kepompong kampung ni, pergi jauhhh melihat dunia luar. Bergaul dengan kawan-kawan luar dari kampung ini, berkawan dan bersaing dengan kawan-kawan yang pandai, dari situ aku yakin, dia akan lebih berani dan lebih kenal akan erti hidup.

Abah kata tingkatan 3 baru hantar ke sekolah lain. Di tengah kota, iaitu SMK (P) Puteri Wilayah, Kampung Baru. Itu pun sekolah harian, Ibu tak bagi dia hidup di asrama. Dia kecil dan jika dia tiada di rumah, maka hilang seri rumah ni. Aku tau yang ibu tak sanggup nak berpisah dgn dia.

1 yang aku harapkan. Dan aku dah cakap dengan dia depan-depan. "Balqis mesti belajar sampai masuk Universiti macam abang" Nak jadi doktor kena belajar pandai-pandai. Dan aku dah janji kat dia yang bila exam nanti, dapat 1A, aku akan bagi RM50. Dan bila dapat no1 dalam kelas, aku akan bagi hadiah misteri. Aku tak taulah apa reaksi hati dia. Aku harap itu dapat mengetuk hati dia untuk lebih berusaha dalam pelajaran dan aku harap dia faham apa yang aku impikan untuk dia.

Dia selalau refer kat aku untuk subjek sejarah, bm dan sains. Dia tahu abang dia ni master dalam 3 bidang tu. Kami berjaya habiskan 1 novel dalam tempoh 2minggu, baca sama-sama, fahamkan dan lakonkan semula watak yang ada. Ingat semula 3 peringkat zaman awal, Paleolitik, mesolitik dan kemudian bagaimana negeri Melaka diberi nama, pelanduk menendang anjing buruan parameswara dan hafal semua istilah-istilah sains, Jirim, jisim, sistem saraf dan sebagainya. Berulang kali aku cakap dengan dia, "Ini semua senang dan Balqis wajib dapat A"

Begitulah semangat dan akrab sekali hubungan kami.

Kerana aku tahu peranan aku. Bukan sahaja menjadi contoh, malah mendidik dan berperanan dalam mencorakkan masa depan dia. Apabila aku di univerisiti, aku dapat tengok kanak-kanak seawal usia sudah diasuh, diajar menjadi orang hebat, dengan memaksimumkan pembelajaran melalui pendekatan yang menyeluruh. Itu lah dia TunasPermata UKM, dan PERMATApintar. Jujur nya, aku cemburu melihat kanak-kanak ini di UKM, mereka membesar dengan ilmu orang dewasa. Sehingga tersemat dihati aku dimana pasti suatu hari nanti anak-anak aku akan berjaya kutempatkan di sini. 

Dan semoga impian aku untuk melihat adik aku melangkah ke Universiti dan menjadi orang yang berjaya dalam hidupnya, sekaligus mengilhamkan harapan ibu dan abah berhasil suatu hari nanti.


"Balqis kena jadi Doktor, Sebab apa? Sebab nanti boleh rawat ibu yang sakit, boleh bagi ubat dan boleh sembuhkan penyakit orang. Balqis tau, itu satu kerja yang mulia. So kena lah belajar pandai-pandai..."









  


3 comments:

  1. Semoga adik Abg Izzat akan menjadi seorang yang berjaya & dapat membalas jasa keluarga nanti . Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  2. terharu membaca... seoang abang yang sweet :) jgn marah aku like ye

    ReplyDelete