Friday, April 4, 2014

Aliran Falsafah Politik Konservatisme Dari Sudut Aliran Liberalisme

Fahami dulu konsep "Ideologi"

(Teuku May Rudy, 1993: 55) “ … adalah suatu perumusan yang tegas dan jelas mengenai asas-asas serta nilai-nilai dalam kehidupan yang diyakini bersama untuk penyelenggaraan kehidupan bernegara, berbangsa dan bermasyarakat.”

Ianya juga mendasari beberapa aspek penting seperti :


1. Etika bagi pelaksanaan kekuasaan/kewenangan Negara.
2. Dasar bagi kesatuan dan persatuan bangsa.
3. Asas yang harus ditaati dan dipatuhi dalam pelaksanaan pemerintahan serta hubungan-hubungan antara yang memerintah dengan yang yang diperintah (rakyat)

4. Pedoman bagi pilihan kebijakan dan kegiatan politik.

Apakah itu Falsafah Politik Konservatisme?

Konservatisme adalah sebuah falsafah yang mendukung "nilai tradisional"

Berasal dari bahasa latin iaitu “menjaga, memelihara dan mengamalkan”

Ia mengekalkan status quo atas keyakinan asas mereka bahawa yang sedia ada itu sudah cukup baik atau lebih terjamin berbanding dengan sesuatu yang baru.

Seseorang yang berfikiran konservatif suka supaya sesuatu amalan itu tidak berubah. Ia berpegang pada konsep, sekiranya sesuatu itu masih elok, ia tidak perlu ditukar! (Ditukar sekiranya perlu sahaja) Konsep ini adalah berlawanan dengan fikiran reformis atau pembaharuan. Negara negara menganut fahaman ini seperti Bulgaria, Denmark, Hongaria, Belanda.

Konservatisme Dilihat dari 2 aspek :

Sikap terhadap masyarakat
  • Masyarakat dan negara harus didahulukan daripada individu
  • Aliran ini yakin bahawa nilai masyarakat dan negara lebih unggul kerana ia warisan daripada pemikiran yang telah diuji oleh peredaran zaman
Falsafah tentang pemerintah terbaik

  • Menekankan soal "apa yang harus dipelihara" dan bagaimana cara memeliharanya
  • Menekankan peranan institusi masyarakat dan pemerintahan yang menentukan jawatan yang perlu diwujudkan

Tokoh Falsafah Politik Konservatisme

RUSSELL KIRK (19 Oktober 1918 - April 29, 1994)

Merupakan seorang ahli teori politik Amerika, ahli sejarah, pengkritik sosial, pengkritik sastera, dan penulis terkenal serta mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap konservatif Amerika pada abad ke-20. The conservative Mind memberikan bentuk gambaran kepada pasca-Perang Dunia II diamana melibatkan pergerakan konservatif yang amorfus (tanpa bentuk).Ia dikesan mempunyai perkembangan pemikiran konservatif dalam tradisi Anglo-Amerika, dan memberi kepentingan khas kepada idea-idea Edmund Burke (pelopor falsafah konservatis modern).

THOMAS HOBES 

Karyanya bertajuk “Leviathan” (1651) Memeberi fokus kepada sifat semulajadi manusia, kedaulatan,kewajipan politik & undang-undang Falsafah politik Hobbes dianggap sebagai memperlihatkan ciri-ciri aliran falsafah konservatisme dari segi sikapnya yang ingin mengekalkan status quo pada waktu itu iaitu pemerintahan Raja berkuasa mutlak.

EDMUND BURKE (1729 - 1797)

Gigih mengajukan argumen menentang Revolusi Perancis, juga bersimpati dengan sebagian dari tujuan-tujuan Revolusi Amerika. mempunyai alasan yang baik apabila beliau berkata: "Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia Tuhan dan mematuhi pemikiran/kemunasabahan”

lihat pula dari aspek LIBERALISME.

Berasal dari perkataan Latin Liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Bersetuju dengan prinsip-prinsip termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, undang-undang dan hak individu terhadap keatas harta persendirian dan pasaran bebas. Negara liberal moden awal ialah Amerika Syarikat.

Tokoh falsafah politik Liberalisme

JOHN LOCKE (1632-1704) 

Dalam penulisannya yang bertajuk “Two Treatises on Government”. Dua idea liberal yang penting ialah kebebasan ekonomi & kebebasan hati (freedom of conscience). Teori ‘Hak-hak semulajadi’ beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia.

JEAN-JACQUES ROUSSEAU

Rousseau membicarakan mengenai kontrak sosial iaitu satu perkara yang semulajadi & seseorang individu itu lebih tahu tantang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicarakan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti aristokrasi.


APA PANDANGAN KONSERVATISME TERHADAP LIBERALISME?

Memandang liberalisme sebagai satu fahaman yang bersifat terlalu individualistik. Masyarakat terdiri atas individu atau golongan individu. konservatisme, yang menganggap masyarakat  sebagai penjumlahan unsur kebahagiaan yang besar lebih daripada apa yang dapat diciptakan masyarakat secara individual. 

Percontohan
  • Edmund Burke (1729-1797) adalah ahli filsafat, sekaligus seorang konservatif (penganut fahaman konservatisme) dan politisi (ahli politik) dari Inggeris.
  • Isu yang berlaku tahun 1755
  • Majlis rendah (House of Commons) mengingatkan bahawa Inggeris Raya berhak memaksa untuk ikut kehendaknya pada Amerika sebagai negara jajahannya
  • Pernyataan ini berkaitan Edmund Burke yang bersimpati terhadap Revolusi Amerika bahkan turut mendesak parlimen untuk membatalkan semua undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak tahun 1763. 
  • Perkara ini ditentang penduduk Koloni di Amerika dan perkara ini membawa kepada pertimbangan fikiran sihat. 
  • Konservatisme berpandangan berikut masyarakat yang ideal adalah masyarakat yang berperwatakan baik.
**********

Selepas selesai membuat perbentangan yang agar panjang dan agak sukar untuk dibahaskan ini, soalan dan pandangan pensyarah menghujani aku. Soalan dari mereka ada yg memerangkap aku, "Dengan memberikan contoh sebuah negara islam, bagaimana melihatkan keperluan ideologi liberalisme dan konservatis itu wujud dan memerlukan.

Hujah2 aku ditepis oleh pensayarah, apatah lagi aku mengambil Malaysia sebagai negara islam. UMNO sebagai agent konservatis dan liberal itu segai actor yb KJ! Hm, nasib tak baik sikit lah,  kurang diyakini lagi-lagi Malaysia dijadikan contoh negara islam pulak nya..Walaupun Dr. Mahathir sendiri mengatakan negara kita negara islam, namun sebaliknya lah. Panjang huraian Dr

Islam tidak memerlukan liberalisme. Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.#



No comments:

Post a Comment