Saturday, March 29, 2014

TUKAR KOS / TUKAR PROGRAM / TUKAR FAKULTI

Kepada mereka yang mempunyai pertanyaan dan persoalan berkaitan tajuk dia atas, sini ada beberapa tips atau langkah yang perlu diambil tahu dan diteliti sedalamnya. Semoga membantu ya. Oh contoh ini adalah bagi pelajar-pelajar di UKM sahaja. Dan perkongsian adalah berdasarkan pengalaman.

Ok, now..

Contohnya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, menawarkan 4 kos utama seperti 

1) Ekonomi
2) Pentadbiran Perniagaan
3) Perakaunan 
4) Keusahawanan dan Inovasi.

Sekarang mungkin anda berada di jurusan ekonomi, jadi anda mempunyai masalah dan ingin bertukar ke jurusan keusahawanan. Apa yang perlu dibuat adalah dengan mendapatkan borang pertukaran fakulti di SMP WEB dan PRINT "BORANG TUKAR PROGRAM" isi dengan lengkap dan ikut segala arahan yang diberi. Oh ya mungkin juga anda perlu baca dengan teliti "GARIS PANDUAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN" juga ada di web yang sama tadi. Bagitau juga yang surat sokongan itu juga perlu, "saya nak masuk kos usahawan sbb saya nak jadi usahawan berjaya suatu hari nanti"... bla bla. Contoh!

Selalunya lah pertukaran fakulti HANYA DILAYAN dalam minggu pertama dan kedua sesi perkuliahan sahaja. Jika sudah melebihi minggu pertama dan kedua, mungkin sedikit masalah kerana alasan yang kukuh untuk menolak permohonan anda adalah dengan ayat "PROSES PEMBELAJARAN SUDAH JAUH, AWAK SUDAH TERTINGGAL BANYAK!". Jadi disini, suka lah untuk diingatkan bahawa setiap tindakan dan pemikiran anda untuk membuat sebarang keputusan perlulah segera dan muktamad. Kerana ini melibatkan diri anda, masa, tenaga dan komitmen anda lah. Jangan stress, rileks saja.

Namun begitu, sekiranya anda rasa anda terlewat, jangan sedih, teruskan pengajian atau minta tangguh dan boleh cuba lagi untuk semester akan datang. Maksud disini ialah di Tahun1 lah ye. Tahun2 dan Tahun3 agak mustahil nak tukar program. Walaupun ada kes macam ini, tapi tak banyak. One of them is my frend lah.

Oh ya bagaimana pula dengan pertukaran dari Fakulti A ke Fakulti B?. Pindah rumah seperti ini juga memerlukan step yang sama macam di atas ini. Begini, selepas anda isi borang yang dimaksudkan tadi, hantarlah pada KEDEKANAN kemudian perbanyakkan lah soalan kepada kerani yang menguruskan kes anda ini kerana sebarang surat menyurat atau maklumat perlu alert sendiri dan kalau tidak, anda akan sering tertanya-tanya dan mungkin berlaku kemurungan! Jadi ambil lah no telefon kerani itu, kerap kali datang ke kaunter walaupun dia dah bosan dengan pertanyaan kita, sekurang-kurang nya dia ingat muka kita dan kes kita dia akan ingat sampai lah selesai.

Pun begitu diingatkan juga,

Kebenaran untuk menukar program/fakulti adalah tertakluk kepada perakuan Dekan Fakulti baru, kekosongan tempat yang ada dan pelajar memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan seterusnya Bahagian Pengurusan Akademik akan memaklumkan keputusan permohonan pertukaran selepas pertimbangan dibuat oleh Dekan Fakulti baru tadi. Keputusan ini akan dimaklumkan melalui surat atau panggilan telefon atau tanya sendiri di kaunter.

Pelajar tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran ke Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan boleh memohon pertukaran ke lain-lain program/fakulti di UKM.

Jelas ya, 

Terima Kasih.

31 comments:

  1. Sy ingin bertanya, adakah peraturan ini masih diguna pakai? Sebab saya telah pun di tawarkan program teknologi maklumat yang merupakan bukan pilihan pertama saya dan kedua ibu bapa saya pun berasa kurang setuju atas program yang telah saya perolehi. Tolong reply a.s.a.p. ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, peraturan ini masih valid di UKM. Dapat UKM juga ke? Tahniah. Untuk bertukar program inshaAllah tiada masalah jika bertindak awal.

      Delete
  2. saya ingin bertanya...di manakah dan bilakah borang pertukaran program tu dikeluarkan ye?saye dah buka smp web ukm..tiade..mohon bantuan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fb saya : Amir 'Izzat
      awak perlu tggu hari orentasi dulu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ohh tgu orientasi..okey trime kaseh banyak:) sbb saye nk tukar program dalam 1 fakulti yang sama..btw x jumpelah fb nak add

      Delete
  3. Kalau tukar fakulti mesti lg susah berbanding tukar kos tp still dlm fakulti yg sama kan?saya dpt kos sains fizik tp nak tukar sains forensik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu tukar fakulti. Kalau ada rezeki, inshaAllah dan dia brgantung pada kekosongan dan surat2 sokongan dari awak utk bertukar. buat kputusan dgn cepat dan rajin kan diri tanya pada kedekanan nnti. but fikir lah dahulu masak2. atau masuk kelas dulu, mana tahu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. pertukaran ni selalunya dibuat minggu orientasi ataupun minggu selepas orientasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu pertama selepas orentasi means masuk kelas dulu tgok macam mana u punya feeling.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak banyak .post yang sangat membantu .saya nk tanya susah tak nak tukar fakulti and lama tak proses nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mohon minggu 1 atau 2 sesi perkuliahan, mgkin akan diterima pmohonan tu dgn cepat. btw based on kekosongan. kalau di ukm mostly boleh.

      Delete
  7. Thanks for the post. Tapi kalau nak tukar fakulti borang tu hanta kepaada kedekanan fakultii yang kita dapat or fakulti yg kita mohon tukar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 2. fakulti lama sahkan dan beri sokongan. fakulti baru nilai dan terima u.

      Delete
  8. bagaimana pula jika universiti lain nk tukar ke ukm kursus geografi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu awak perlu call UKM dibawah bahagian akademik atau Fakulti sains sosial/kedekanan.

      Delete
  9. salam saya nak tanya, okay saya buat keputusan agak lewat untuk tukar fakulti. saya dari FSSK saya ingin bertukar ke FEP. seperti yang dinyatakan oleh saudara psl minta tangguh. bagaimana ye saya boleh minta tangguh? adakah say perlu menghabiskan satu sem dahulu kemudian baru minta tangguh atau saya minta tangguh sekarang? mohon reply asap :) thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangguh semseter. bila2 masa je, tak perlu tggu hbes 1 sem pun. terpulang pada saudari. boleh rujuk kedekanan. tapi sebelum itu, pastikan urusan tukar fakulti berjaya terlebih dahulu sebelum minta tangguh. ok.

      Delete
  10. kalau nk tukar fakulti guna result spmu cmne?

    ReplyDelete
  11. Salam. I dari FUU tahun 1, and plan nak tukar ambil psikologi FSSK. So i should submit letter tu dekat fssk dulu or fuu dulu ? But right now nak dekat final sem 2 dah. So i should sit fr the paper or not ?

    ReplyDelete
  12. salam..saya dah bertukar program pengajian awal sem lepas..
    adakah itu bermaksud saya x boleh bertukar program pengajian lagi sekali..??atau ianya tertakluk kepada budi bicara dekan pusat pengajian..??

    ReplyDelete
  13. admin boleh dihubungi melalui wasap jika soalan urgent dan ingin bertanya pendapat: 012-2374025 tk

    ReplyDelete
  14. hai, contoh surat untuk tukar mod pengajian ada tak? hehe seperti part time kpd full time?

    ReplyDelete
  15. hai, contoh surat untuk tukar mod pengajian ada tak? hehe seperti part time kpd full time?

    ReplyDelete
  16. Salam. saya ingin bertanya, adakah peluang untuk saya menukar course dari teknologi kimia kepada course kimia tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dulu cik, selagi tak cuba kita tak tahu. dan fikir masak2 dulu. smoga berjaya.

      Delete
  17. Assalam saya dari progrm sains math di ukm tahun1..boleh lagi ke saya nak tukar kos nak ambil kos dietetik? Kalau boleh Sy kene mohon sekarng atau tnggu habis sem 1 dulu?

    ReplyDelete
  18. Kalau tesl tukar to law boleh tak? Ke ada syarat dia?

    ReplyDelete
  19. Assalam. Memang tak bole tukar ke fakulti farmasi ke, walaupun kelayakan mmg sangat layak? Daripada program dietetik (fakulti sc kesihatan) kepada fakulti farmasi. Sbb nak sangat farmasi, malangnya upu tak bole update dah.

    ReplyDelete