Tuesday, January 14, 2014

Ada apa dengan kajian.

Telah di izinkan oleh Allah untuk menuntut ilmu/sedang dan membesar di 2 buah institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia, izin kan aku berkongsi sebuah kajian yang buatkan aku terfikir jauh disudut pandang....Dalam bilangan peratusan tersebut, dalam masa sekarang, ataupun masa akan datang dimana agaknya aku berada?

Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesimpulan terhadap hasil kajian, 76% graduan Politeknik diterima bekerja selepas menamatkan pengajian dan bakinya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kajian yang hampir setiap tahun dilakukan ini mendapati, secara puratanya graduan dari Politeknik mudah diterima bekerja.

Kajian Pengesanan Graduan UKM 2012

Sebagai satu perbandingan, pada 2011, kadar graduan yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian di UKM ialah 62.21%. malangnya, kadar ini menurun pada 2012 kepada hanya 58.58%. Dan jika ditolak pelajar siswazah (PhD dan sarjana), peratus pra-siswazah yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas graduan jauh lebih rendah iaitu hanya 50.56%.

Maknanya, hanya separuh sahaja graduan prasiswazah UKM yang bergraduan pada 2012 telah bekerja selepas enam bulan tamat pengajian, dan peratus graduan prasiswazah wanita yang  tidak bekerja jauh lebih besar  berbanding graduan lelaki.

Jika kita tolak graduan bidang pengajian kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, kadar yang telah bekerja dari bidang sains sosial, pendidikan, sains, teknikal dan teknologi maklumat jauh lebih rendah lagi.

Satu perkara yang agak unik ialah bila diteliti status responden yang telah bekerja dengan tahap pencapaian akademik (di mukasurat 24 laporan), kita akan dapati bilangan pelajar yang berpencapaian rendah (PNGK 2.00-2.49) lebih ramai yang telah bekerja berbanding yang berpencapaian tinggi (3.67-4.00) atau (73.94% berbanding 43.82%)!.

**********

Mungkin aku akan tersengih sorang-sorang sebab aktor yang sedang dikaji dan perhubungan antara variabel-variabel ini ialah aku! Sampel nya adalah aku jadi seharusnya aku sendiri-lah yang lebih mengetahui dimana letak nya aku dalam peratusan tersebut. 

But the way, ada apa dengan kajian eh? Sejauh mana koefisien kepercayaan dalam kajian ni.

Budak-budak ni pernah cakap,

"Kau tak apelah ada diploma poli, kalau nak cari kerja nanti boleh pakai dua-dua"

Hmm...sebelum ni,

Aku dah rasa susah senang nak mencari kerja, 
Gundah gulana nak tempuh temuduga,
 Terbelit lidah menyusun kata,
 Menghantar resume merata-rata,
 Mencari kerja tak ada yang mengena..

Allah nak tengok sejauh mana usaha kita.
Sebab,
Esok lusa, Allah nak beri sesuatu yang terbaik untuk kita,
dan dari situ kita akan tahu menghargainya.

Allah Maha Pemurah, Maha Mendengar.

Jadi tak perlu dipersoalkan lagi.

Pandai-pandai lah engaku membawa diri.

Pernah dengar lagu azfar?

"Rasa kecewa ada, bila kaki penat berlari, namun yakin ku kau kan ku temui..."








No comments:

Post a Comment