Saturday, November 30, 2013

30 Pesanan Imam Syafi'e

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

  1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

  1. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

  1. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.

  1. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

  1. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

  1. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

  1. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

  1. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

  1. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

  1. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

  1. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

  1. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

  1. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

  1. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

  1. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

  1. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

  1. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

  1. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

  1. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

  1. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

  1. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

  1. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

  1. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

InshaAllah...

Sunday, November 24, 2013

Tips Penjagaan Rapi Hamster Syrian

Dua minggu lepas beli cage baru untuk semua hamster. Sebelum ni ade 3 cage, dimana gender dan baka diasingkan sebab takut berlaku kehamilan diluar jangkaan (unplanning). So memang bertingkat-tingkat cage diorang belakang pintu tu. Ada rasa mcm banglo 3 tingkat.

For the new! aku baru beli cage baru untuk mereka...blink blink sangat smart. Dan harganya pun sangat smart jugakk.. Location? dekat The Scott Garden @ dekat Tesco Klang Lama. Kedai pets. Speciall dan gila best kot. Actualy dah masuk sebulan jugak aku beli. Ni hah rupe cage dia..


Tips Penjagaan Rapi Hamster Syrian

  • Hamster syrian merupakan spisis hamster yang bersaiz besar dan kuat makan. Saiz badan hamster ini boleh menjadi semakin besar sepanjang dan selebar tapak tangan kanak-kanak. Jadi mereka akan terus membesar bersama tuan nya, maka jagalah sebaik mungkin. Hobi membela mereka sangat cool.

  • Tidak menggigit tangan manusia. Kecuali berasa diri dalam keadaan cemas (biasanya waktu usia kecil) tapi jarang berlaku. So penjagaan yang rapi akan lebih mudah kerana syrian bukan penggigit!

  • Mempunyai 2 jenis iaitu. Berbulu pendek (Syrian Short hair) dan berbulu panjang (Syrian Long hair). Jarang kita bertemu dengan kedai pets yang menjual jenis long hair kerana spisis ini agak terhad lebih-lebih lagi untuk menghasilkan baka syrian yang berbulu panjang, perlu dikacukkan terlebih dahulu dan dijaga selama berbulan-bulan sebelum bulu yang panjang itu terhasil/kelihatan dengan cantik.

  • Kuaci dan kekacang sememangnya adalah makanan kegemaran hamster. namun semata-mata jika bergantung pada bijirin itu sahaja, nescaya hamster anda tidak hidup lama dan tidak cantik dari segi bulu dan mungkin mudah saja dijangkiti kuman, lembik dan kelihatan lesu.

  • Maka tambah-lah suplement untuk makanan harian mereka seperti campuran vitamin didalam air minum mereka, sayur-sayuran segar seperti karet, brokoli, kacang panjang dan buah-buahan segar. Belive me, makanan tambahan seperti ini amat penting untuk ketahanan body mereka.

  • Nutrient dan vitamin yang terhasil dalam pemakanan segar ini boleh menyihatkan lagi hamster anda, dan secara tidak langsung jauh dari sebarang penyakit. Btw, hamster aku bergaduh or begurau entah camane sampai kelopak mata dan telinga terkoyak. Oh! look very seksi. rrrr...

  • Pembersihan cage yang baik. Kuman mudah sahaja merebak di kawasan sangkar. Mata adalah organ yang paling mudah dijangkiti kuman. Apabila berlaku tanda-tanda keadaan ini (berkudis/nanah), segera bersihkan mata hamster dengan air yang dibasahkan pada tisu. biarkan kering dan titiskan eye-mo (berpenutup biru) / Ye, eye mo yang digunakan manusia itu boleh juga digunakan pada mata hamster yang berkudis @ diajngkiti kuman. Tititskan dengan baik mengikut keperluan, tapi jgn terlalu kerap/banyak. dan pastikan titisan eye mo diserap dengan baik pada biji mata hamster.

  • Kudis ataupun kulit kering / ringworm / fungus biasa terjadi apabila hamster syrian mencecah usia remaja. Ini akibat keadaan sangkar yang basah, suhu yang kurang baik, ruangan udara yang terhad akan mengakibatkan hamster dikeliling dengan udara yg ber bakteria. Kita memainkan peranan dalam mebersihakan badan hamster sama ada cara memandikan dengan menggunakan syampoo khusus atau mengelap badan mereka menggunakan celupan air bersih / semburan khusus. Terpulang. yang penting badan mereka sentiasa dibersihkan begitu juga sangkar.

  • Dan, apabila mereka pregnant? beranak? Ya....pastikan anda menjadi tuan yang hebat! kerana sedikit kesilapan atau lambat bertindak, maka akan matilah semua anak-anak hamster itu, dimakan atau tidak akan disusu oleh ibunya, mostly akan diamakan. Ingat dan ketahui bahawa syrian betina sangat dan teramat serius semasa preganancy. Tak berniat nak cerita tentang hal ehwal pregnant. Mungkin lain kali atau next post. Sebab aku punya pun tgh "tunggu masa".



Perkongsian tips-tips ini adalah dari pengalaman semata-mata, sekadar perkongsian.

Tengok hamster syrian kat atas ni? Terlalu lena tidur, sampai aku angkat bawak keluar pon dia tak sedar-sedar. For sure bukan mati ok! Tengok pulak berapa banyak serbuk kayu melekat-lekat kat bulu dia? Terpaksa lah tarik satu-satu. Ini antara syrian long hair yang terbaik aku ada. InshaAllah , mcm aku cakap tadi, tak lama lagi datang pula lah generasi baru. Aku "satukan" sejak beli cage baru..HAHA..tunggu dan lihat.

By..






Monday, November 18, 2013

Comel nya UKM.

Kalau di UKM itu emangnya popular dengan binatang liar. Terutama monkey. yang comel-comel. yang segak-segak. cuma nakal sikit, sebab mereka masuk bilik sister buat sepah. dan curik makanan. Dekat zaba' mereka aktif di blok sister. Lelaki jarang, dan rasanya tak pernah.

Cuma point dia dekat sini, aku teringat yang...

Aku pernah bela spesis mereka ini. 5 tahun bela monkey. Mesti awak tak percaya...haha. but serius lah, aku pernah bela...dan nama dia "comel".

Comel aku bela waktu dia kecil lagi. bulu pun belum tumbuh sepenuhnya. Pak cik aku jumpa comel di jalan. tercicir dari kantung mak nya. kutip dan waktu tu abah mintak, dan pakcik bagi kat abah.

Dipendekkan cerita, comel dah besar dan tak sesuai bela di dalam rumah. Agak rupa dah macam gorila. Maka dilepaskan di belakang Masjid Negara. Ada hutan belakang tu.

5 Tahun beb. dia kenal aku. aku kenal dia. bila panggil comel, dia jerit. bila suap buah, dia makan dengan bersungguh. Begitulah haiwan, mudah kenal dengan tuan nya. Tapi dia dah besar dan nampak mcm aku dera dia, bila aku kurung dia dalam sangkar kecik. dia ganas dan memberontak tiap malam.

Masa lepaskan dia dalam hutan tu, ade feeling macam.....ok. terima kenyataan. 

Sehingga sekarang, bila aku tengok monyet, aku rasa sayang dan rasa unik, sebab aku tahu A to Z tentang gelagat mereka. Comel!

Oh kembali balik ke UKM. Lepas aku research. rupanya kehadiran monyet yang melampau kat area kampus, ibu zain, belakang fssk, dan bnyk tempat lagi, rupanya disebabkan oleh pembangunan/ penerokaan kawasan hutan untuk dibangunkan dimana hutan-hutan itu merupakan tempat peninggalan mereka. 

Sumber makanan mungkin berkurangan, Lantas monyet-monyet ni terpaksa menyelogkar tong sampah, masuk bilik student dan berkeliaran di sekitar kampus akibat "rumah" mereka sudah diancam pembangunan moden. Wallahu'alam. Berkongsi lah kita mencari kehidupan di bumi Allah.

Kolej Pendeta Za'ba over the sunset...





Sunday, November 17, 2013

Rindu henfon lama.

Aku tak ingat dah tarikh gelap ni. tapi yang aku tau masa tu waktu petang dan aku tengah study kat bilik. Waktu tu wifi terlalu laju. Berbekalkan iphone yang sentiasa menjadi peneman hidup, tangan aku rasa gatal nak bukak seting, nak adjust sana, adjust sini. Well, manusia tak pernah puas. 

Updates.

Disebabkan ayat kat atas ni. aku buang hampir 80% aplication game, software or what so ever yang memberatkan iphone aku. buang semua untuk beri laluan dekat "Updates". ios7.0.

Dan.....update pon berjalan lancar.

Dan....bila selesai update. Dia blank! dia tak boleh on. dia gelap. dan aku tdo. dan esok dengan harapan dia on. tapi sebaliknya dia still tak boleh on. Aku tak senang duduk.

Aku bergegas pulang ke KL. Hantar kedai Ah Seng. Specialist iphone aku.

Disebabkan kecetekan ilmu, aku silap. dan hanfone tu "umpama" di format. maka kosong semua. tiada isi. hilang semua hampir 3000 gambar-gambar kenangan lama. Hilang semua 1000 no phone kenalan, pensyarah, sahabat. dan..its totaly change. Now its stand with IOS7.


Tak ada yang special pun. Tak taulah kalau aku ni bukan user iphone sejati. Yang penting aku dah merajuk dengan apple. Oh Dunia semua ni!

# Kadang ada orang msg/wasap/wechat. Than aku terpaksa reply, "Maaf siapa ni?"....lepastu diorang akan rasa mcm hina sangat sebab aku tak save no dia...haha. Sedih!

# Silapnya aku tak rujuk pada org yang pakar. Aku tak buat back-up sebelum update. Dan kini sudah menyesal, hm....Rindu dengan "Henfon lama"... mungkin ada hikmah? 


Saturday, November 9, 2013

Semoga Berjaya.

Susah betul nak update blog. Tangan dah tak ringan macam dulu, fikiran pun dah makin serabut dengan kerja sekolah, apetah, lagi 2 bulan nak hadap final exam. Sekarang sibuk pula dengan mid exam yang melulu-lulu datang, maka nak kena study dengan penuh semangat. Walaupun sebenarnya aku tak pernah semangat pun. Sbb ape? sbb aku tak faham apa yang dia ajar. Dan....melibatkan pengiraan dan formula yang dicipta oleh teori barat yang langsung aku tak kagum.

Makroekonomi 1 & Statistik untuk ekonomi.

Semoga diri ini berjaya melawan semua tekanan. Jumpa balik lepas exam nanti.

Berjaya jugak aku update blog.

But the way, takutnya tengok subject exam lyanna kamaludin...Seram.

Semoga berjaya,

ukm uum.