Sunday, July 28, 2013

Flashback.

Dah nak Raya. 
Dulu masa kecik-kecik,
Ibu bawak pegi shoping baju raya kat jalan TAR.
Kalau bab sepende, ibu bawak masuk Sogo.
Ibu cakap kat Sogo banyak pilihan.
Dari aksesori hujung rambut sampai hujung kaki.
Semua ibu belikan. Ibu sponser.
Merata-rata ibu bawak aku. Aku ikut je.
Kalau aku dah tak larat nak jalan, ibu dokong.
Kalau Ibu dah penat, ibu suruh aku jalan sendiri.
Even aku kene jalan sendiri,
Dia still pimpin tangan aku. 
Kuat-kuat tangan aku kene pegang.

Tapi,

Sekarang tak lagi...pandai-pandai lah kau hidup.
Dulu asal raya je, sepende baru. 
Sekarang dah berapa kali raya agaknye.
Bab tu, Tak pernah beli baru pun.
Yang lain tak yah cakap lah.

Ibu ada jugak tanya-tanya tentang aksesori raya aku tahun ni.
Aku senyum je.. 
Aku cakap tak payah lah semua tu bu..
Pakai je yang lepas-lepas.
Ye. Aku ikhlas jawab macam tu.

Tengok? zaman dulu Ibu design aku sampai hensem mcm ni rupa.
Aku tak pasti ibu guna software ape.
Kasut tu bila aku jalan ade lampu lip lap keluar.
Sangat power rangers aku rasa.

Hmm...Flashback zaman dulu,
Semuanya dirasakan klasik.
Tali pinggang senget macam tu pun dah dikira klasik.
Agaknyelah.
Sangat berharga semuanya.
Bertuah nya zaman kecik-kecik dulu.
Kan?

Zaman sekarang aku rasa aku makin selekeh.
Tengok lah malam ni,
Aku cuba mintak kat ibu software yang dia pakai,
Untuk kemas kan aku semula.

Ok, Selamat Hari Raya.


We Are Eleven


21 Julai 2013.
Huh...Mereka semua dah besar.
Punya macam-macam cerita.
Baru 8 Bulan b'pisah.
Sudah jadi pegawai semuanya.
Agaknyer...
Ape pula cerita 3 tahun akan datang eh?

"Kenapa 3 tahun, lamanya?"

"Sebab....ade org tu sambung belajar balik...
ambil masa 3 tahun..."

"Ohh...."

"Susah nak jangka masa depan..."

Hehehe..

Orang kata, bukan aku kata,
Sampai masa kita akan sedar sesuatu.
Sedar yang dunia ini sebenarnya berputar.


Angin..sampaikan salam pada mereka.


Friday, July 19, 2013

Tiap hari pun begitu.

Lepas taraweh, Ramadhan-10

Imam surau membaca doa dengan begitu khusyuk sekali. Nada semakin tersekat-sekat dek kerana sebak menahan air mata keinsafan dan nafas imam kedengaran disedut bersama hingus. Taubatan Nasuha disebut berulang kali dan berapa kali juga diulangi agar jauhkan kami dari api neraka. Panjang doa imam, indah sekali. Aku dengar 1 per 1. nyata ia satu doa yang penuh dengan keampunan dan harapan. Amin.

Jemaah yang lain termasuk aku semakin sebak. Air mata perlahan mengalir. Menitis sebutir dua.
 
Aku lap pakai tangan.

Selepas selesai doa, imam membaca niat berpuasa untuk keesokan harinya, lalu diikuti bersama-sama oleh jemaah lain.

Bangun, & selawat ke atas Nabi dan beratur dgn susunan untuk bersalam-salaman bersama semua jemaah sebagai penutup ramadhan-10.

Sangat indah ramadhan di Surau Nurul Hidayah, Kuchai Lama. Sejak aku kecil, bukan di bulan romadhan saje..Tiap-tiap hari pun begitu. 

Semoga esok masih ade.







Saturday, July 13, 2013

KEPUTUSAN UPU 2013

Assalamualaikum to hensem boys and beutiful girls. Salam Romadhan 1434H.

Keputusan upu bagi sesi kemasukan akademik 2013/2014 sudah pun tersiar pada 11julai2013 yang lepas. Seperti tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Itulah perumpamaan bagi semua pelajar yang membuat permohonan. Detik 1jam terakhir sebelum keputusan nak keluar tu dirasakan bagai nak tercabut tulang-berulang di badan. But bagi diri aku, Alhamdulillah lah, makan masa berbuka puasa kemain kenyang, tidur malam kemain lena, dan mandi pon sampai basah belenjun-lenjun. Means tak delah terlajak risau sangat tentang keputusan tu....hahaha ayat manis.

Nafas aku dah tak berapa nak speed normal bila baca status-status kat fb ttg result upu bagai. Neves je rase. Tambah pulak time tu aku kat office kemain pulak bizy buat kerja, dan dan time result upu nak keluar lah dia bagi kerja banyak. Aku check pakai phone. Rasa macam canggih sikit dan cepat sikit. Sikit jela tak banyak pon.

UPU RESULT (IC) send to 15888.

Kruk kruk kruk. Bunyi cengkerik. Lama gak aku tggu UPU ni tak balas pon msg aku? Hati dah lain macam. Masa berjalan. Punggung dah tak senang duduk. Kerja office terbengkalai. Keluar jap jalan-jalan. Kehulur Kehilir. Duduk balik. Tak de siapa perasan kelakuan pelik aku masa tu.

Kring-kring. My frend call.

Hello?
Hello?
Kau dapat x?
Belum cek, dia tak balas msg aku lah?
Kau tanya aku, Kau dapat x?
Hehehehe...
Gelak happy ni, dapat la ni ek?
Hehehehe....
kat mana dapat?
Heehehehe.....
Cepat lah bagi tau!
Hehehe....

**********

Dan dalam masa berbual. Msg reply dari UPU sampai juga akhirnya. Aku bukak dan aku baca. Dan orang pertama yang dengar apa yang aku baca is kawan aku dalam phone nilah. Masa dah tau result tu. Aku diam. Dia diam. Ade rase macam babak dalam filem sonata musim salju. Perasaan sejuk dan berbunge-bunge.

My fren dapat UUM. Dan aku plak dapat.


How to describe this feeling? for sure air mata pasti seakan hendak terkeluar dari kelopak mata ku ini. Oh man.....Ibu dan Abah, mereka bangga dengan kejayaan ini. Begitu lama penantian, Hari ini Allah sudah beri apa yang aku mahukan. Ini adelah pilihan pertama dari 8 pilihan. Macam tak percaya dapat 1st choice. Sebab ape ekonomi? sebab satu-satunya A dalam SPM aku ialah subjek ekonomi? Kan? Not bad. Hahaha.

Rasa perasaan yang begitu kemas sekali namun disebalik semua ni, aku sedih juga kerana terpaksa/bakal tinggalkan office tersayang dan for sure jugak rasa sedih pada kawan-kawan yang tak dapat. Never mind lah..macam aku cakap. Allah nak beri kita sesuatu yang lebih baik. 

Berita baik juga sebab 3-4 orang member sekelas masa diploma haritu dapat kos yang sama dan UKM jugak. Ade jugak yang dapat kos gempak tahap maximum belaka seperti di UMS, UMT, UUM, UNISZA oh begitu Tahniah sekali aku ucapkan. Semoga berjaya lah kau orang semua geng DIB6. Will miss u very much and aku tak kan lupa semua kenangan kita di PSIS. Dimana bumi dipijak, disitu langit ku junjung.

**********
Sedikit tentang UKM.

  • Universiti tertua di Malaysia ditubuhkan pada 1970
  • Keunikan tersendiri kerana menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disamping tidak menjejaskan penggunaan Bahasa Inggeris. 
  • UKM satu-satunya Universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia dan budaya serta adat melayu diperkenalkan kepada masyarakat asing.
  • UKM merupakan Universiti ke2 dalam ranking universiti tebaik di Malaysia
  • dan 261 di Ranking dunia.

Perasaan kurang yakin bermain dalam hati aku. Aku tak pasti macam mana nak bersaing dengan begitu hebat di Universiti no2 macam ni. pasti yang lain juga hebat-hebat belaka. Semoga Allah permudahkan dan baik-baik saja kehidupan aku disana nanti. 

P/s : Aku tak buat pon lagi pengesahan tawaran setuju diterima atau tidak. Mungkin esok, mungkin lusa. Bila-bila bila dah sedia. Sayang gak nak tinggalkan dunia pekerjaan aku sekarang ni..beri aku masa.





Monday, July 8, 2013

Salam 7 Julai 2013

Ramadhon will be coming soon. tak lame je lagi. kalau nak dikira dari hari aku tulis ni, so ade baki dalam 2 hari sahaja lagi. Pada ramadhan yang lepas, always kita berdoa agar dipertemukan lagi dengan ramadhan untuk tahun hadapan. 

"Allahumma Balighna Ramadhan"
(Maksudnya : Ya Allah sampaikan padaku bulan Ramadhan) 

Alhamdulillah, lihat hari ini? cita-cita dan doa kita itu kian hampir termakbul. Itu pun kalau berkesempatan lah, sebab mana tahu, esok atau lusa kita meninggal dunia? kan kita ada 2 hari lagi? Sesungguhnya tak de siapa yang dapat menajamin nafas kita setiap saat akan berterusan, mane tahu lepas aku taip entry ni, tiba2 mati pulak? Allah Maha Mengetahui.

Wahai kenalan2 semua, selamat menyambut bulan Ramadhan ye. Semoga Allah berkati usaha kita. Bangun awal untuk bersahur, tidur pula lewat kerana berFB bertadarus. Wah, luar biasa rasanya buat diri yang tak biasa. Semoga juga Allah permudahkan usaha ini. Amin...aku tahu aku boleh lakukannya.


P/S : Tahun lepas sambut ramadhan dengan kawan-kawan dekat rumah sewa. Its full of memory. Gua simpan kemas sampai hari ini kenangan tu. Broken habis!




Sunday, July 7, 2013

Mandi sebelum Ramadhan




Haha..Kesyian dia..




Perlukan bantuan kipas angin utk lebih cepat kering.



Dah nak kering sepenuhnya,



Tadaaaa! fresh, sekarang gune jari pon boleh..



Lepas madi baru boleh makan..nak main gelongsor pon boleh.




Keletihan.



Minum vitamin dan....baru boleh tidur.


Ni demok...demok tak mandi pon tadi, esok2 lah kite mandikan dia ok.


Selamat berpuasa. Hihihi..Oh bestnyer dapat tidur.






Friday, July 5, 2013

KONVOKESYEN PSIS KE-8

3 Tahun dah berlalu untuk zaman belajar aku di PSIS dan semalam (3 JULAI 2013) aku dengan member-member yang lain diiktiraf sebgai pemegang diploma. Kan? dengar 3 tahun macam oh lamanye...bejanggut. Tapi realiti yang aku rasa, 3 tahun tu macam pejam mata 3 saat. Mempertaruhkan segala kudrat jiwa dan tenaga untuk 3 tahun tu memang bukan kepalang untuk dicerita dan diingat kembali. Seawal aku semester 1 hingga ke semester 6, ujian itu memang tak pernah putus. Tersungkur dan merangkak. Secara positifnya, Itu tanda cinta Allah pada hambaNya, lihat harini? kita semua bergembira menyambut hari kemenangan dan korang pun semakin matang hensem dan lawa-lawa macam retisss pon ade. Doa kita untuk berjaya telah termakbul oleh Allah.


Figura yang membesarkan aku. Tersirat dalam hati memang rasa terharu dengan kedua orang tua aku yang susah payah seawal 4pagi bangun, drive jauh untuk hadir ke majlis konvokesyen aku. Betapa gembira nya aku bila orang tua aku dapat tengok kejayaan aku harini, Aku jalan dengan penuh segak dengan jubah mengembang yang macam kepak burung merak kwekk kwekk aku jalan menuju ke org tua aku, mencapai tangan diorang dan hadiahkan salam serta ciuman. Sebuah nikmat besar yang tidak semua orang dapat merasai nya.

Awal pagi tu PSIS dihujani dengan rintikan hujan, bagi aku ia turun sebagai hujan rahmat yang mengiringi kejayaan kitorang semua. Bumi PSIS dan sekitar sabak bernam basah dan subur menjelang tengah hari. 

Matahari gigih bersinar terang menerangi bumi. Pacak nya tepat berada di atas kepala.

"Abang, panasnye.....peluh-peluh dah sya.." Adik aku
"Alaaaaaahhh....Abang ni tiap-tiap hari dulu pegi kelas paking nuuun kat sana, pastu jalan pegi kelas jauh tau, hah lagi dasyat..." Aku

Aku tak banyak dapat bergambar dengan member2 yang lain, tak sempat jumpe pon..Lepas keluar dewan besar, masing-masing carik boyfren mak ayah untuk ambik bunge besalam-salaman, begambar kenangan dan sebagainya, so kebanyakan seawal keluar dewan dah terpisah. memang susah nak bejumpe balik. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya jugak satukan diorang, walaupon tak semua, tapi adalah jugak daripada tak ada. Pada yang lain, maaf sbb tak sempat bergambar. Nani kechik tak sempat nak jumpe ucap tahniah, kau dapat award jabatan. Tahniah kitorang ucapkan. 

We will miss the moment tau.

Ade banyak gambar yang ditangkap semalam. Kamera masing-masing canggih. Tak mustahil lah aku kate kamera aku ni ade ratusan gambar aku korang...Kan, in the end dapat jugak kita buat macam-macam aksi menakutkan iklan tv, dah macam duta politeknik pon ade gak aku tgok, boleh buat poster tampal kat tepi jalan nak masuk Sg.Air Manis tu, bagi semangat kat adik2 yg bakal masuk poli. 

Dan gambar-gambar ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila. 


Sempat bersama dengan diorang ni je, yg lain tak jmpe :'(



Gembira dan berasa kemas di dalam hati. 
Ade gaya-gaya macam bakal dapat isteri.



Hidup seorang anak hanya akan bahagia dan sebahagia-bahagianya dengan redho dari Ibu Bapa..Umur orang tua kita makin lanjut dan aku pasti, mereka semakin kurang bertenaga. Mereka bukan perlukan wang dari kita, (Yeke?) tetapi mereka mungkin harapkan dan dahagakan kasih sayang dari anak-anak dia. Nye pon adoi. Bekerja keras lah aku untuk membalas jasa ibu dan abah.


2 orang adik gua yang tersayang. Sebab tu tiap hari kena marah dgn gua.
Jangan tanye kenapa dia lagi tinggi.



Abah dengan Alcatel pemberian aku, mmg tak dapat dipisahkan.


Zamir, Rizal, Adam, Afiq, Lan, Achai, Shah, Rajih, Faisal, Gmok, Aril. Aku kadang masih rasa bersalah sebab mungkin ada dosa dan keterlaluan yang aku buat pada korang selama aku kenal korang. Tak ada gading yang tak retak. Manusia semua tidak sempurna. Kehadiran korang memberi kesan baik dalam perjalanan hidup aku. Warna warni hidup aku dicoret oleh korang. Namun apekan daya, perpisahan dah pon tiba dan tak salah kalau aku katakan bahawa korang ni semua adalah sahabat yang terhebat yang tak pernah aku jumpe selama 21 tahun aku hidup. Tak boleh lah aku nak luahkan dengan percakapan. 3 Tahun beb. Ya Allah, lindungi sahabat2ku sebaiknya.



Ni tak tau nak explaination mcm mane ni..


Ini Abang aku yg membesarkan aku masa kat rumah sewa. Tapi dia lagi besar lah. 
No celengess.




Terima Kaseh kawan2 yang sudi bersama merakam kejayaan.



Ini kawan perempuan aku, semoga tiada salah tafsiran.
Mohon jangan mengorat mengarot.


My junior yang sangat owesome from school until now. ever. Junior sangat!


Mak-mak yang sangat cantik.............baju dia.


Dan,
Dengan segak gayanya aku berjalan menuju ke
Tan Sri Rozali untuk ambik skroll. 
Saat nama aku diumumkan,
Terasa kemas di dalam hati.


Tahniah Amir.
Peluh kat dahi aku lap pakai tangan.
Itu hari aku rasa sangat gumbira, sedih pon ade sebab
terpkasa bepisah ngn mereka-mereka.
Apa pun I'm bery hepy for them.
Cuma yang tak hepy nya pesta konvo tu mcm 
Indah kabar dari rupe, mcm taik ayam je.

"Terima Kasih yang cukup istimewa buat Ibu Abah tersayang. Cikgu dan pensyarah yang terlalu besar pengorbanan mendidik aku yg kurang pandai ini. Kawan-kawan yang dari kecil sampai ke besar, yang baik mahupun yang nakal, semuanya menjadi watak hebat dalam hidup aku. Semua rezeki pertemuan ini datang nya dari Allah. Ilmu yang kita peroleh juga hanya pinjaman dari Allah, semoga kejayaan kita diberkati."


*****

Bermulalah sebuah perjalanan "angan-angan" yang indah..
Gud bye..have a nice journey.




Konvokesyen PSIS Ke8.
Diploma Kewangan & Perbankan Islam
3 Julai 2013#