Sunday, May 26, 2013

Im still loving u..

Baru datang semangat nak tulis sesuatu kat sini.
Itu pon after outing dengan member 2days 1night.
Tak dirancang, tibe2. Sebab dia datang dari jauh, so why not 
korbankan masa utk dia dan lastly bejumpe dgn semua.

Thanks all. 

Mereka ialah abang aku. tapi berlainan mak ayah.

Dont worry about anything. im still loving u...


Sunday, May 19, 2013

Peperiksaan memasuki perkhidmatan Penolong Juruaudit Gred w27.

Ini adalah tulisan berkaitan pengalaman.

Tahniah aku ucapkan pada mereka yang telah atau akan mengambil peperiksaan ini. Bagi aku, dah diterima tawaran dari SPA untuk amik exam ni pun dah difikirkan sangat bertuah dan harusnya kita bersyukur. Bayangkan lah berapa ribu rakyat Malaysia yg memohon jawatan ini, dan nama kita dipilih untuk di uji kebolehupayaan kita. well, nak jadi juruaudit, tak semudah 1 2 3 kan, banyak ujian kita kene harongi. Ini baru kali pertama lepas aku habis blaja, so given me lord of the ring. 

Aku tulis ni sebenarnya nak share pengalaman aku. Sikit sebanyak aku harap dapat bantu orang lain yang mungkin pada masa akan datang akan dipanggil untuk ambik exam yang sama macam aku ni. Pada waktu tu nanti sudah tentu GOOGLE akan menjadi teman hidup hampir setiap malam semata-mata untuk cari info atau maklumat yang dirasakan perlu untuk diri masing-masing. Especially yg baru 1st time mcm kita ni.

Masa mula-mula dapat tahu yang kita diplih untuk ambik exam ni, kita tak tahu nak study apa. nak baca apa. apa yg nak kena tahu macam mana bentuk soalan, dan macam-macam lagi lah. Sampai ke tahap yang serius ade orang terus give up. Kira redho jelah. Tak mengharap pon...KATENYER..

Macam aku gak la, aku cakap ngan Ibu ngn Abah awal2 yang exam ni susah, aku tak mengharap sangat, datang sekadar nak amek pengalaman ngn nak tahu macam mana rupa sebenar exam dengan SPA ni. Tapi tak semestinya bila kita tak mengaharap, kita tak payah prepare ape2! Buat la ape2 research yang difikirkan perlu. Kot kalau ade masa lah, sesetengah yang bekerja siang malam tu, mungkin mmg tak sempat lgsung. Masing2 dgn effort masing2 lah.

Individu yang dtg untuk ambek exam ni bukan lah calang-calang manusia. Macam2 latar belakang, yang pasti semua yg dtg tu mempunyai latar blakang ijazah mahupun diploma dalam bidang finance, account dan yang sama aliran dengannya. So nnti kat sana jumpe lah kawan baru yg mcm2 pesen.

Panduan umum peperiksaan bendalah tu mungkin semua orang dah tau dan semua blog pon tulis bendalah yang sama. So itu tak perlu cerita lah. Ade 3 seksyen. Pengetahuan Am 40soalan. Daya menyelesaikan masalah (maths) 40soalan dan yang terakhir penaksiran personaliti 185soalan.

Susah memang susah. Rasanya aku sendiri tak ada keyakinan langsung untuk rasa lulus, Tapi aku rasa aku dah curah sehabis daya menggunakan ilmu pengetahuan aku sepanjang aku belajar dulu, see? sekurang2 nya kita dah cuba habis baik, jgn sedih, jgn kecewa. Hohoho.

Berikut merupakan contoh soalan dan bayangan soalan. Ini pon berdasarkan memori aku. Ape yang masih aku ingat, aku share. 40soalan mane aku ingat semua..

Seksyen A : Pengetahuan Am. (Objektif)

1) Apakah laman web rasmi jabatan audit negara? 
2) Jabatan audit negara bernaung dibawah....?
3) Peranan ketua audit negara?
4) Akta audit 1957...
5) Sebelum laporan tahunan dibentang di parlimen, ianya perlu mendapatkan......
6)  Asset = ? - ? + ?
7) Syarikan A mendapat pulangan keuntungan pegangan syarikat sebanyak $$$, cukai apakah yg pelu   dibayar oleh syarikat A?
8) Seorang panel dari jepun, dtg ke malaysia utk membuat penilaian, dan kemudian dibayar gaji yang telah  dipotong dengan cukai tertentu, apakah nama cukai itu?
9) Bond, swap, option, 
10) Istilah-istilah perakaunan seperti asset semasa, terakru and whatever yang buatkan aku teragak2 nak pilih jawapan.

So kesimpulan dia, sebenarnya korang boleh buat latihan awal2 ttg pengetahuan am macam ni dekat buku2 yg ada jual kat kedai buku macam ni atau ni atau apa2 yg dirasakan sesuai, buku "Malaysia Kita" ker, hah, sesetengah orang kate buku tu mmg banyak membantu......membantu untuk tidur.

Macam aku, satu buku pon aku tak sempat nak beli, harapkan internet ngn adelah nota 28m/s berkaitan audit, tupon kawan aku yg suapkan..kalo tak meraba-raba je cari maklumat tgh malam. Exam ni mmg memerlukan kita berfikiran luas dan pendek kata semua kene tahu! hahahaha..kejam bunyiknyer..

Seksyen B : Matematik. Ni aku jumpe kat blog orang, mohon paste ye. Lebih kurang sama bentuk soklan dia dgn time aku exam. Ni pon objektif gak 40 soklan. mmg aku fail bahagian ni. Calculator is cannot! Mmg terseksa jiwa raga bila tpakse kira pakai manual...time tu aku rasa macam tak cukup jari.

Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 27     B. 30     C.33     D. 36

8 pasukan bola sepak megambil bahagian dalam sebuah petandingan. jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berpakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dlaam pertandingan tsebot?

A. 28     B. 49     C. 56     D. 62.

Seksyen C : Penaksiran personaliti. 185 Soalan objektif. Korang kena jawab bahagian ni dengan pantas sbb soalan dia mudah dan just guna coomon sens dan kejujuran. Kalo tak de jwapan yg sesuai just bulatkan ?..

Senang, cume soalan dia sampai cecah 185 soalan yang buat rasa macam nak tecampak pensel tu dok tekan nak hitamkan jawapan. Pastu tambah plak ramai org dah keluar awal, pastu tgok jam tinggal 10 minit, Hmmm.....time tu mmg mcm iron man dah.

Contoh soalan die eh...

Saya mendapati ramai dikalangan sahabat saya menikam saya dari berlakang semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

A. Kadangkala     B. ?     C. Kerapkali

Saya lebih cenderung untuk mendiamkan diri semasa perbincangan di dalam kumpulan. 

A. Benar     B. ?     C. Tidak benar 

Saya lebih suka melakukan aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan daripada melakukan dengan beseorangan.

Saya boleh menghabiskan keseluruhan waktu pagi tanpa memerlukan orang untuk bercakap.

A. Benar     B. ?     C. Tidak benar 

Amacam? Hahahah.... 

Lucu kan? Aku tau ade kawan-kawan aku yang sedikit kecewa sebab tak dapat buat yang terbaik exam tadi, termasuklah diri aku sendiri, masa yg diberi mmg sekejap. Yelahkan, kejayaan tu bukan dtg dengan mudah, pada mereka yang akan ambil exam ni, aku harap apa yg aku kongsi ni sedikit sebanyak boleh jadi panduan utk persediaan di hari esok. 

Ramai rakyat Malysia yang nak kerja di sektor awam, tapi kadang-kadang masih tak ada atau belum diberi rezeki untuk peluang itu...

Tak dapat nak dinafikan, bekerja di sektor awam sememangnya memberikan jaminan masa depan buat diri kita dan keluarga, parents mana yang tak bangga kalau anak dia dapat kerja kerajaan. Biarlah orang kata keje ngn govement gaji ciput, tapi bagi sesetengah orang, masa depan telah terjamin dgn mcm2 kelebihan yg diberi bila kita kerja di sektor awam. Tak de risiko yang tinggi utk dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi spti apa yg berlaku di sektor swasta. Macam-macam lagi lah ayat manis-manis..kang sampai besemut-semut rasanya kalau semuanya nak ditulis.

Semoga berjaya...kite tunggu result dia maca mana nanti, kalau ade rezeki tu tak kemana...


18/5/2013
SMK DATO ONN.








Tuesday, May 14, 2013

Tangisan yang tiada erti buat diri.

Aku rasa aku dah macam tak ade tenaga dan bosan dengan diri aku sendiri. Tak tau lah, mungkin iman aku kurang, aku banyak buat dosa, aku banyak umpat orang atau sifat-sifat buruk yang lain yang aku dah buat sampai Allah marah kan aku, dan Allah kosongkan hati aku, that said aku rase mcm benci dengan diri sendiri. 

Aku banyak buat silap dalam hidup. Sebab tu ramai kawan-kawan tak suka kat aku. Tak ape, aku dah biase hidup sendirian. Itu macam bunyi orang yang sangat kecewa. Ya, itu adalah aku.

Aku cuba jadi yang terbaik, aku aplikasi kan dalam hidup seharian, tapi itu semua tak menjamin untuk ia berlaku dalam masa yang berpanjangan. Iman aku macam lalang, mudah je ditiup angin. Bila angin kejahatan tiup, pantas aku terikut. Zalim. Aku rasa aku zalim dengan diri sendiri. Doa sepanjang hari ayat yang sama, "Ampunkan dosa ku ya Allah" selang waktu berlalu, masih lagi buat maksiat. Seolah-olah aku menipu diri sendiri. menipu dengan tuhan. 

Aku tak pasti macam mana nak jadi manusia baik. manusia yang sentiasa tenang dengan ujian, manusia yang sabar dengan dugaan. 

Sungguh, aku tidak sempurna, aku orang yang lemah.

Ya Allah, tunjukkan aku hidayah-Mu, pimpin aku ke jalan-Mu. 



Saturday, May 11, 2013

Seketika.

Ini sembang serius.

Macam biasa, turun dari lrt
Objek pertama aku cari adalah
Kereta Mr.bean warna kelabu taik unta.
Cuma warna dia lebih metalik sikit.
Tiap hari aku dapat lot parking baik punye.

Aku senyum bila aku nampak
Objek tu setia tunggu aku pulang dari mencari duit.
Dia stay kat situ
Dia tak pegi mane-mane.

Start enjin.
Bukak radio.
Sekejap era sekejap hot.

Ucapan hari ibu.
Iklan berkaitan Ibu.
Lagu pon lagu untuk Ibu.
Ok, aku diberitahu oleh radio
Yang this weekend is hari ibu.

Ye hari ibu. em.

Benda pertama yg bermain dalam otak aku ialah.....

Seorang sahabat aku yang tiada ibu. Itu lah yg aku fikirkan.
Tak tau kenapa.
Patutnya aku fikirkan ttg ibu aku.
Tapi kenapa aku terfikir sahabat aku yang tiada ibu.

Persoalan timbul.
Akal fikiran itu datang dan terdetik dari Allah.
Aku cuma accept.

Dj pasang lagu burn, kasih ibu tajuk dia. (Its not mistaken)

Mata aku kaca-kaca bila dgr bibit-bibit lagu tu.
Aku teringat kat member aku.
Dia tak de ibu.

Masa tu jem panjang
Berator untuk lepas lampu hijau.

Tiba-tiba kaca yg bertakung kat mata aku tu pecah.
Terabor serpihan dia dekat pipi.
Aku biarkan.
Serpihan tu deras.

Aku bukak tingkap.
Tangan, aku biar keluar tingkap.
Ade gaya macam brader-brader sikit.
Aku tenung jauh
Tengok pemandangan.

Lampu Hijau
Aku pecut laju.

Lagu burn habis.
Aku kesat kaca tadi guna baju.

Aku tarik nafas.

Sampai rumah.
Lepas asar aku tadah tangan mohon doa pada Allah.

Semoga sahabat aku yg tiada ibu, dia tabah untuk lalui hari-hari mendatang.

Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah.

Sahabatku, jangan bersedih, Allah bersama kita.

Realy aku rindu kau dan rakan-rakan.

Senyuummm.....

Seketika waktu aku bermuhasabah diri menunggu azan maghrib.

#Harihariponhariibu. :)




Friday, May 10, 2013

Pukul 6 ptg.

Pukul 6 ptg di bandaraya kuala lumpur tidak sama seperti pukul 6 ptg di Kampung sungai air tawar, sabak bernam selangor. that is fact. aku pernah menetap di negeri paling kaya di malaysia itu lebih 3 tahun. (Mungkin bunyi mcm selangor tu jauh dia mcm nak pegi alaska).

Extra special bagi aku sbb masa di alaska selangor dulu, aku duduk di hujung tanjung atau kasar dia tempat jin bertendang. (Sg air tawar) aku tak cakap, orang yg cakap. Persisiran pantai selat melaka yg hanya sejengkal dengan kampus aku menjadi bukti keutuhan bahawasanya aku pernah menetap di sana.

Sebuah masyarakat perkampungan yg nun jauh di pedalaman. Suasana yang indah, bersih, nyaman, sepoi-sepoi bahasa. Jalan raya yang lengang pada pukul 6 ptg, nak buat drift xde masalah. sekali sekala biawak melintas, tak pandang kanan, tak pandang kiri....ketepekkkkkk syahid digilis tayar. 

Itu dulu, dan sekarang aku berada di tengah kota bandaraya kuala lumpur. 

Pukul 6 ptg di kuala lumpur. tiada apa yg boleh diperkatakan selain kesesakan, kebusukkan, kelaparan, kehangatan, kecepatan, ketahanan kekencingan, keminyakan kemukaan dan kan kan yang lain. semua orang nak cepat, semua orang nak perfect, semua org nak nampak hebat. Bak kate pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan tinggal di kuala lumpur.

*********





Sungguh, aku rindu angin disana. 









Kerja.

Satu hari di office harini sibuk dengan persiapan Majlis cabutan bertuah simpanan mega sspn-i. Jangan tanya aku permainan apekah itu. Mungkin mak ayah yg dah mesra dgn sspn dan dah tahu skim ni, dia akan tahulah. yg lain tak yah tau pon tak pe. Elok ambil tahu. Hahah promo pulak aku ni. 

Aku terlibat dalam disebalik tabir. Hahah poyo sangat. xdelah, department aku yg lead benda ni, so aku sebagai N17 terlibat same @ tempias bagi menjayakan majlis dari segi teknikal dan softikal. Malas aku nak upload gambar bagai, xde kabel. Just nak hebahkan ini adalah senarai pemenang bertuah simpanan mega & perdana sspn-i. Cuba cek mane tau nama parents or nama korang yg menang 1st price? Muahaha.. gud lak.

Klik sini : 

Tuesday, May 7, 2013

Im not veterinar.

Mereka dilahirkan pada 18.2.2013.
Mempunyai 8 orang adik beradik kesemuanya.
Namun 6 yang lain mati akibat tekanan si Ibu.
Tekanan si Ibu menyebabkan berlaku situasi diluar fikiran norma.
Maka 6 adik beradiknya yang lain dimakan dgn rakus oleh si Ibu.
Tinggal lah 2 yang dapat diselamatkan.
Inilah mereka berdua :


Kembar.
Gambar ini dirakam semasa umur mereka 4 weeks rasanya.
Sekor betina (shot hair), sekor jantan (long hair).

Belum genap 2 minggu menyusu,
Aku terpaksa asingkan mereka be2 dari Ibu kandung mereka.
Begitu awal mereka putus susu.
Sebab ibunya masih berada dalam tekanan yg tinggi.
Hampir saja memakan mereka berdua ini.
Mata masih belum terbuka,
Jalan masih meraba-raba,
Bulu dibadan belumpun tumbuh sepenuhnya,
Mereka membesar tanpa jagaan sempurna oleh si Ibu.
Akulah ibunya.

Balik kerja benda pertama aku buat adalah,
Beri mereka minum air secukupnya.
Walaupun sekadar air kosong, cukuplah bagi mggantikan 
susu dari badan ibu mereka.
Aku tak yakin diorang hidup lama. 50 : 50
Sebab rasa diorang tak cukup zat.
Zat yg terkandung dari susu badan ibu mereka tak dapat
diminum oleh anak dengan sempurna tempohnya.

Namun sehingga harini, diorang berjaya membesar dgn begitu sempurna.
Aku bangga dgn usaha aku.

Tapi sedih.
5.5.2013 seekor daripada mereka mati.
Yang betina mati mengejut.
Before this aku perasan perut dia mcm kembung.
Aku diam je, malas nak tanya.
Dia tak kan jawab.
Myb sakit dalaman.
Aku damalas nak buat romor atau spekulasi.
Im not veterinar.

Betina adalah harapan aku utk menghasilkan 
pembiakan baka mereka yang lain.
Mungkin dari generasi ke generasi.
Tapi betina lah yang mati.
Harapan musnah. aku sedih.
Fact, bukan senang nak dapat baka betina.
9/10 kandungan hamster majo more to jantan.

Never mind, Dia dah tak de..
Tak perlu dikenang.


Tak de rezeki nak tengok awak membesar, melahirkan generasi baru. Tinggal kembar awak sorang2 dgn Ibu, diorang cari awak semalam. Kembar awak tak tau yg awak dah takde. Saya tak sampai hati nak bagi tau. Kembar awak melompat2, saya tau dia amat terasa dgn kehilangan awak. 

Aku rasa aku dah beri yg terbaik pada dia, makan minum yg sempurna. Semoga "dia" sentiasa mengingati jasa tuan yg membesarkan dia.# 

6 - 1 = 5.






Friday, May 3, 2013

Neopolitic.

Lost spirit to write someting dekat blog ni. Thats why lame sangat tak update. Penat bukan kepalang bekerja. Aku pun tak pasti sampai bile. Jadual begitu pack, even ada masa pun aku tunaikan sepenuhnya untuk tidur.

Many thing happened to our country in this few moment. Especially focus Malaysia to the coming election lah kan..

Aku bukan lah suka sangat bersembang dan bercakap ttg politik. Minat pada politik mmg bukan kepalang, tapi tak bermakna aku suka untuk cakap-cakap ttg politik, apekan lagi nak diconteng-conteng dalam blog ni. Bagi aku cukuplah menjadi seorang pemerhati dan to be a neutral. Itu aku lah. Masing-masing ade pendirian sendiri. Yes, aku tabik dengan korang yang turut ade pendirian sendiri. Tapi hormatilah juga pendirian orang lain. Its Demokrasi. Hohohoho.

Pilihanraya Umum ke 13 bakal tiba dalam tempoh masa kurang 70jam lagi! Semestinya rakyat Malaysia sudahpun bersedia untuk memilih pemimpin mereka, tak kesah lah dekat ceruk-ceruk kampung mahupun ditengah-tengah bandar, bendera parti yang bertanding ofkos menghangatkan lagi suasana demokrasi kat Malaysia ni. meriah. Sampai kan suatu pagi time aku nak gi kerja, terhuyung hayang aku drive sebab nak baca poster-poster yang bederet kat tepi jalan. Pertandingan separa sengit di Parlimen Seputeh menyaksikan penyandang 4x berturut-turut (if not mistaken), Teresa Kok daripada DAP, ditentang calon Barisan Nasional, emm........entah apa nama dia entah. Chinese jugak, dgr kata baru lepas bersalin sebulan lepas. "Oh mom, better you sit at home, care your baby". 

Teresa kok tu mmg femes lah dikalangan pemimpin pembangkang, even dia juga telah berkhidmat sebagai exco kerajaan negeri selangor as jawatan apa aku lupe. Dan yang paling pecah panggung YB Teresa pada PRU12 di kawasan aku, Parlimen Seputeh, memenangi majoriti terbesar dalam PRU 12 apabila meraih undi majoriti sebanyak 36,492. Pergghh...gile kentang kan, macam mana lah Barisan Nasional nak kalah kan die  tu eh. Dan 1 lagi YB Teresa jugak menang di kerusi Kinrara, 2 kerusi dia pegang. Hebat kan..Sejarah dia jugak besar, macam-macam cerita ttg Teresa Kok ni. Tapi.....

Apa yang aku nampak effort dia untuk bangunkan kawasan aku eh? Tak pastilah. Even jalan tar yang belobang lobang tu pon tak de sape yang nak care. Aku tak pernah nampak dia turun padang bertemu rakyat dia pon, Oh myb kawasan aku 80% orang cina. Ofkos dia jumpe rakyat2 cina dia je, dan dia jugak tau kawasan perumahan aku ni kubu kuat BN, yang poyo nak mampos tapi x penah menang pooonn..so myb dia takut nak masuk. Ataupon dia malu nak jumpe dengan aku? Tak pasti ttg tu.

See? Neutral tak aku dalam politik? Hahaha..entah kenapa tiba2 aku cerita ttg cina tu.

*****

Berbahas tak semestinya bergaduh, berdebat tak semestinya tak sependapat, berbeza pandangan politik tak semestinya kita perlu saling membenci. Tak payah lah sampai putus sahabat. Relaks, create some moment yang fresh dan neutral, aman sejahtera dan makmur lagi berkat. Wuhuhuhu...

I realy hope, this election will bring a big history to our country and make Malaysia as a better place, clean from curruption, and to be a realistic hope to all rakyat Malaysia.

Selamat Mengundi to all RAKYAT MALAYSIA !!! 











HAHAHA... Lain kali lah!