Sunday, March 31, 2013

Costing.

Dulu belajar akaun 3 tahun. 
Debit kredit, Cash Flow, Income Statement, Balacne Sheet. dll.
Semua tu kena ingat formula celah mana nak bubuh.
Kalau tak tau buat, aku tiru kawan.
Masa final aku balun study habis-habis.
Yang penting lulus x ripit.

Semalam gaji part time dah keluar.
Berkurun lamanya aku tunggu. 
Aku cek pakai MYBNK2U.
Bila aku bukak akaun, cek baki..
Muka aku ada gaya mcm ni.

Aku fikir macam manalah nak survive hidup dengan gaji seciput mcm tu.
Thats why aku kerja keras. Bangla pun tewas dengan aku. 3-1
Taraf hidup di negara Malaysia semakin hari semakin meninggi. 
Aku benci dengan kerajaan sekarang. Sangat benci.

Gedebak gedebuk kerja, dapatlah gaji "bersih" 4angka.
Bersih! 4angka. Itu pun lepas tewaskan bangla 3-1 lah.
Kot kalau hidup senang 8-5ptg je keje.
Gaji bersih dah tentu tinggal 3angka. 
Kesian kan. Merempat di bumi sendiri.

Gaji bersih bagi aku bukan takat tolak EPF je semata-mata.
Tapi merangkumi semua aspek seperti,
Makan,transport, minyak, maintanance,bil,keselesaan hidup, dll.
Lepas ditolak semua tu awal-awal, baru boleh cakap "Gaji Bersih"
Hahaha...itu macam la budak akaun. Pandai buat budgetting! 
Bukan simply the best je guna duit. (Aku baru ade kesedaran)

Kau tengok eh calculation aku. Ni sebelum gaji masuk ni. Tolak awal2!

Makan sebulan dah 132.
Transpot awam di Malaysia, Touch n Go 145. Itu pun tak dapat duduk! Bediri!
Internet 24jam, Maxis topap 95. 
Shopping, makan tempat air-cond, baju baru, spende baru, dll
Mmg dah tak wujud peruntukkan yg berakhir dengan perkataan "baru".
Entertainment mmg tak de peruntukan dlm bajet. So 0.00 lah.
Maintanance kereta.Mudah,cepat,Selesa 70.
Lain-lain perkhidmatan (Operating expenses) 50.
EPF 11% tolak.

Tolak tambah bahagi.
Closing Inventory, Coast of Sale, Gross Profit, Duty Stem, Import Duties.
Bla bla bla semua. Baru kau boleh cakap itu "Gaji Bersih" So, ape je yang tinggal?
Kalau masih bediri dengan 4angka. Ok lah tu..
Kalau jadi Negatif 0.00 (-0.00)? Hahaha...
Tggu time dah berumah tangga nnti. Baru rasa jadi -0.00.

Kalau dalam akaun. Istilah dia Non-Balance. 
So mmg tak kan dapat markah penuh lah kalau macam tu.
Means perbelanjaan melebihi pendapatan.
Ade markah dekat statement-statement yg kau taruk je. 
Itu pun kalau betul debit kredit nye. Cube aku tanye eh...
"Payment to creditor".....Hah nak bubuh celah mane tu? Debit ke, Credit?
Haa...Tupon dah bepeluh nak menjawabnyerr....hahahha..


Sebenarnya bukan nak cerita ttg berapa gaji aku, 
Berapa peruntukkan yang nak dikeluarkan tiap bulan bagai semua tu, tak..
Itu bukan key point dia sebenarnya. Main-main je sume tu..
Matlamat hidup. Itu masing-masing punya cerita. 
Tak kesah lah kau belajar kos akaun ke, kos masak2 ke, kos main wayar elektrik ke,
Yang penting kita kena pandai uruskan duit. Itu saje. (Aku baru ada kesedaran)

Muda-muda macam ni, apelah sangat asset yang kite ade?
Umur pun baru belasan tahun kan, Ehem...ehem...
Iphone? itu bukan asset.
Baju melayu Omar Ali sepasang 200inggit? itu pon bukan asset.
Laptop? itu pon bukan asset.
So ape yg asset?
Assets = Liability + owner equiy.
So pandai-pandai lah fikir. Hahaha...

Pening kepala baca.

Tulah, kerja penat-penat.
Hujung bulan pening kepala buat costing budget.
Kesian kan? Entertainment tak de, Mega Sales tak dapat pegi,
Haiiiisshh..... tak baik mengeluh. Syukurlah pada Allah pemberi nikmat dan rezeki.
Dulu kau mengeluh tak de kerja, sekarang kau mengeluh gaji ciput. 
Bagus lah tu. 


"...Bila tido kita expect kita akan bangun. Bila kita tarik nafas kita expect yang udara tu sentiasa ada. ...sampai bila entah nak expect mcm tu..."




Tuesday, March 26, 2013

High Heel

Pada suatu hari di dalam LRT....Petang masa balik kerja......


Kepada kawan aku sorang tu, sekalipun tak biasa pakai tumit tinggi....
jgn buat fesyen mcm akak ni ye, ...Lalalalala...


Sunday, March 24, 2013

Past.


Gambar ini diambil semasa menyertai program
 Kursus Asas Keusahawanan Siswa di Pasir Gudang Johor.
Tak ingat tarikh dia :(



Supplements.

Menjaga kesihatan. Puii!

Sarapan Pagi 1 Kewajipan.
Setiap pagi aku akan mengambil sekurang-kurangnya 5 keping biskut gula atau berkrim atau roti untuk dicicah dengan air Spirulina+cofee+susu kambing. Semua ini didatang khas dari rumah dan free dari office, just aku kena merajinkan diri untuk bancuh sendiri. Self service. The key point kat sini ialah, semuanya adalah free dan aku tidak keluarkan duit untuk sarapan pagi! Hahaha. (JIMAT!) Tenaga yang terhasil dari breakfirst ringan ini bukan saje boleh bertahan sampai waktu lunch, malah melawan rasa ngantuk. Sbb dalam campuran spirulina tadi ade selitan cofee. So sweet aroma dia. Tapi tipulah kalau aku kate aku tak teliyo dengan nasik lemak telo bagai semua tu untuk breafirst kan, tapi kat sini point dia ialah mcm mane kita kontrol kita punya selera. Itu saje. Depend on person. Badan aku kecik boleh lah..

Minum Air Secukupnya.
Aku pun jarang teguk air mineral kat office. Bila kita asyik dengan kerja, manakan nak datang masa untuk teguk air. Lagi-lagi kerja bawah air cond. Jarang rasa dahaga. Lain lah kalau bawah matahari! 2 tempayan air pun tak cukup rasanya. Tapi apa salah nya kalau seteguk air itu diminum untuk sengaja membasahkan tekak dan melembapkan kekeringan bibir. Gitu...

Sesuatu Yang Menyokong.
Itu lah yang dikatakan supplements. Atau vitamin yg padat dgn energy, iron, carbohidrat, dan lain-lain. Just drop 1 tablet sahaja, dia akan bertindak sebagai pemberi tenaga sampingan kepada sistem dalam badan kita. Kita tak nampak dia bekerja, tapi kita akan rasa. Macam aku, aku telan BLACKMORES je..seketul masuk dalam badan lepas breakfirst tadi. (Itu pon kalau ingat larrr..). Penah dgr pati ayam brands x? Yang jenis tablet punye..fuh itu lagi betol2 bagus untuk badan. U never filing tired kalau telan tu. Cer try beli. 

Makan Tengah Hari.
Hah, yang ini mmg aku akan balun habis-habisan. Selalunya duit aku habis paling banyak pada waktu lunch. Lauk aku mesti banyak. Tak ikan, ayam, lepas tu wajib ade sayur, dan seterusnya seafood atau ape saje yg boleh penuhkan lagi polistrin tu. Total selalu makan tgh hari aku 5-6 ringgit. DAN! Tiada air manis untuk makan tgh hari. Air sejuk kosong sahaja. Terpaksa cakap "air kosong kan sedaaap" nak jage hati. Bukan ape, Nafsu makan aku mmg kuat utk mkn tgh hari. Ikutkan hati, mcm2 aku akan beli, buah jambu, air jus, desert cokelat, mmg habis duit utk makan je nnti. Gaji kalau 1juta tak pe, So aku elakkan nafsu boros mcm tu. Belajar saving sikit.

Makan Petang Itu Perlu.
Waktu ptg macam dah pukul 4 akan ade satu jak air tea panas terhidang depan meja kat ofice aku tu. Mak cik cleaner yg buat kan. Maka kelihatan lah seorang demi seorang staff mengambil cawan dan tuang tea tadi utk dicicah dgn biskut yg mmg terhidang kat tepi meja tu hampir setiap hari. Kelebihan makan ptg adelah. Ianya dapat support otak kita yg tgh lesu atau ngntok kesan dari tindak balas perut kenyang lepas lunch tadi. Bila minum air suam tea, body kita sedikit sebnyak kembali bertenaga, sbb dia "touch" kita punya saraf. Nak bertenaga lagi, tumpahkan air tea tu dekat meja kita, hah! lagi bertenaga rasanya nnti.

Balik Awal!
Hah ini mungkin lari topik sikit lah. Tapi jenis aku, selagi tidak memerlukan diri aku untuk bekerja lebis masa, no way aku akan duduk kat office tu lame-lame. Aku balik pukul 5ptg. so bila dah sampai masanya, silakan berambos. Bukan apa, rumah den jauh, berliku-liku rintangan nak kena redah. Selalunya sampai rumah dah pukul 6ptg. Penat tu tak yah cakap lah. Kalau aku taruk je kepala kat bantal. 2 saat je aku dah bedengko. Cerita kemain lagi, suplement lah, apelah...las las tesungkor jugak. So sbb tu aku nak balik awal kalau boleh, sekurang-kurangnyer aku boleh rehat lebih sikit disamping elakkan jem dan org bepusu-pusu nak naik LRT. Bayang kan pulak macam mane that time aku ada kerja part time malam? Sampai rumah, mandi, solat asar, terus pecut pegi part time pulak. Tecungap-cungap, dengan mata mengantuk. Tak payah cerita bab tu sume..sbb aku yg mintak kat tuhan utk buat 2 kerja., Tuhan dah bagi, jgn banyak mengeluh. Selagi boleh, aku akan tahan. 

That said aku jaga pemakanan aku dari pagi sampai lah ke ptg, dan ambil ape2 supplements sbagai penyokong. Awal-awal dulu mmg aku tesungkur, tepaksa bangun telan panadol extend yang paling kuat tu. Mmg berkesan, hilang penat. tapi panadol tak baik untuk badan kita. Tapi sekarang aku ok jer..

Alllaaahai manje betol..buruh kasar tak cerewet mcm ni tau. But serius tiap hari aku mmg tak cukup tdo :(


"....Untuk sihat, untuk kaya, untuk bahagia" You have to work for it...never shortcuts.." 


p/s : SPM dulu pernah ambek subjek Pengetahuan Sains Sukan. Hahaha..

Saturday, March 23, 2013

"..Lambat atau cepat je dia datang.."

Assalamualaikum.

Aku terkenang zaman belajar kat Politeknik dulu. (mmg aku rindu poli pon sbnrnye) Heaven gile zaman blaja dulu. Seronok ade, stress ade, hampir nak jadi gila pon ade. Kadang2 aku merungut, melepet kat mak aku buat aduan, aku tak puas hati, sume aku adu kat mak aku. Itu baru diploma dah letih lesu merungut. Macam mane nak sambung masuk U nanti. ("Ini ayat Ibu aku, dia selalu ckp kt aku camtu"). Aku sengih je dgr.

UPU dah bebulan keluar. Heboh satu dunia. Opkos ramai budak2 yang apply, member-member aku tak kurangnyer, ade yg nak sambung degree, ade yang tak nak, ade yang nak ke tak nak ek? Entah...

Cita-cita aku setinggi gunung everest. Aku percaya, bukan aku sorang yang ade cita-cita setinggi gunung macam tu, wa'ima orang gila kat tepi jalan tu pon ade cita-cita yang tinggi jugak. Kita mana tahu.

Awal jugak aku siapkan urusan upu. Sebab masa tu aku menganggur lagi kat rumah. so daripada aku duduk melepet depan astro, baik aku uruskan upu tu. So tak dinafikan, aku mmg berusaha habis-habisan untuk setel kan semua perkara A to Z berkaitan dgn permohonan ke Universiti bla bla bla. Tiap-tiap malam aku fikir ttg dokumen, sampul surat lah, stem lah, fotostat lah, key in data sume, gile aku rasa time tu mmg kalau adik aku TERtutup suiz laptop aku ni, mmg kene tamparan jepun masa tu jugak. But Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan aku lega bila dia tulis "Permohonan anda berjaya dihantar bla bla bla.."

Ade 8 pilihan untuk UPU right? So ke 8 8 pilihan tu aku isi dengan betul dan penuh kewarasan. Tak de lah aku pi pilih kos yang ngarut2 tak de kaitan, tersimpang pilih nursing ke, masak-masak ke, mekap mekap..hah tak waras lah tu. Tak payah la aku crite kos ape yg aku pilih, malu..aku tak bagus sgt mcm korang. Biase-biase je. Ade la 2 3 kos yg mcm "kos lelong murah-murah" tapi kos lelong skalipon yg penting aku mmg nak sambung blaja. Lantak pi. Dulu zaman diploma aku amek Kewangan dan perbankan islam. So untuk degree lebih kurang ar...cuma dok lencong sikit ke ekonomi. Ops terbagi tau pulak...Bagi aku lah, kos ape pon yang kau ambik, walo kos tu tak glemer, tak hebat macam engeneering, Medic, tapi kalau kita rajin berusaha, patuh ajaran tuhan, semangat blaja, InshaAllah rezeki tu sentiasa melimpah, cuma lambat atau cepat je dia datang. Kan...mula dah aku ceramah motibasi. Ok lah back to the main topic.

Dalam 8 kos yang aku mintak, 
4 daripadanya berada di UUM.
2 daripadanya berada di UPM
1 daripadanya berada di UM
1 daripadanya berada di UKM

1 daripadanya lagi special permohonan, kat USM.

UUM sampai 4 kos aku pilih, tak tau pesal, U ni jadi pilihan pertama aku dari sem4 lagi. Zamir tau kot pesal pe. Ramai org tak tau yg UUM ni Univesti terbaik dan terkemuka dalam bidang pengurusan kat Malaysai ni. So why not to be my 1st choice, Tapi baru-baru ni aku dok wat research ttg UUM, ramai org complain, itu tak kene, ini tak kena, tak bagus la pot pet pot pet, Universiti Ulu Malaysia, bla bla bla...aduh, mau aku tak down?? Luntur colour semangat aku dibuatnye bila baca negatif2 thingking mcm tu. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat beliau kerana yang penting beliau dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan membanggakan mak ayah beliau. Itu sudah baik rasanya. Dan 2 pilihan kat UPM pulak sbb UPM dekat ngn umah aku. tuje nak cakap. Hahaha tu pon nak citer.

Sekarang ni baru nak masuk ke bulan 4. Ape ke gampang je aku rasa otak aku ni sbb asyik dok pikiaq ttg nak sambung blaja, nak sambung blaja...tak henti-henti otak aku fikir topik tu. Mungkin suasana tempat kerja aku skrg yg buat aku lagu tu kot. Mane tak nye office mmg bnyk berurusan dgn pelajar degree. Bla bla bla, tukar Univesti lah, tukar kos lah, mintak loan jadi biasiswa lah. pot pet pot pet. Karut semua tu. Anyway result upu kuaq bulan 6 tak silap aku. So rasanya lewat lagi kot. Cool down bro, kalau ade rezeki tuhan nak bagi, ade lah, tak de siapa boleh halang rezeki tu. Kalau tak daq, mungkin itu yg terbaik. kau mana tahu. 

Tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Semoga ade rezeki aku untuk ke menara gading lagi sekali.

P/S : Sejak dah keje ni aku asyik fikir duit je... Hai! baru kau tahu susahnye nak carik duit mer...dulu kemain sedap guna duit PTPTN. Mengalir mcm air. Sekarang ambik. Ikat perut, ikat kaki, ikat tangan, semua kena ikat. Mengengsot-ngengsot aku jalan. Puii...










Thursday, March 21, 2013

Runway.

Dah pukul 11.15 aku tak tdo lagi.
Saje. Walaupon mata aku dah menjerit mintak dilelapkan. Aku lawan. Saje.
Pola waktu tidur aku mmg dah jadi kelam kabot sejak aku kerja.
Effect yg teruk aku terima. 5 - 6 jam je aku dapat tdo.
Dulu mase tak keje 8-12 jam aku dapat.
Pagi-pagi kat office mata aku macam ade besi magnet nak lekat dekat peti ais tu.
Naik gile aku tahan ngntok. Aku bancuh coffee spirulina. Aku layan movie Ajiboy. Kelaka budak2.
Aku layan jelah. Paling kurang mata aku dah segar sikit time tu.
Comel budak tu belakon, Ajiboy nama dia.
Tengok jam dah pukul8. Start keje. Hah keje lah sangat.
Ape aku nak buat pon aku tak pasti.
Member aku kat sebelah tak habes2 dok layan fb dalam phone dia.
Aku bawak brodbend kat ofice tak keco pon.

Dan 8.30 pagi aku mulakan kerja aku. Rutin harian. Bosan. Tapi seronok. Pakai selipa, Pasang lagu juliana banos. Layan.

Old Skul betol..


Monday, March 18, 2013

Nota aku kepada angin.



Wahai udara,

Aku titipkan suaraku kepadamu...
Bisikan ke telinganya dengan perlahan...

"Sungguh aku rindu kenangan Lalu."

" There are moment in life, when you miss someone so much that you just want to pick them up from your mind and hug them." - Miss Dolce & Gabbana -


Sunday, March 17, 2013

Run fat boy, run..

Aku bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang BOS. Ia memakan masa. Degree 4tahun aku nak keja benda tu dulu. Aku nak sgt. Aku dah lame tanam cita-cita ni. Membuak2 kat dada aku. Aku akan tunjukkan cara aku memimpin suatu hari nanti!



Monday, March 4, 2013

How Can I Live Without You


Harini hari jadi ibu. 4 Mac 2013. Seumur hidup Amir, Ibu tak pernah lupa untuk jaga makan minum amir, baju amir, selimut amir, seluar dalam amir, semua ibu akan uruskan dengan baik. Everything! Ibu tak pernah gagal dalam membesarkan Amir. Hampir 22 tahun besarkan amir. Nobody can replace you. Aku tak pasti macam mana ade manusia sesempurna ini. Ibu adalah insan paling hebat bagi Amir. Semoga Allah panjangkan umur ibu, sempurnakan hidup ibu, berikan kesihatan yang baik kepada ibu dan segala-galanya yang terbaik untuk ibu.

Ibu je tempat Amir luahkan perasaan, amir gaduh dengan kawan, amir cerita kat ibu, amir sakit perut, amir cerita kat ibu, even amir nak berak sekalipon, amir bagitau ibu dulu...Haiihh...How can i live without you..

So humble, loving, caring, and everything sweet i could probably think of. It is hard to describe you in just one word. Ya Allah, tolong jaga ibu sebaiknya...

Selamat Hari Lahir, Buat Ibu Ku yang Tersayang & Terhebat..
Puan Norizan Dolah



Ikhlas dari anakmu yg ke-3
Amir 'Izzat