Monday, February 25, 2013

It Has Been A While

Cheers.
Dua Tiga orang member ada tanyakan ttg perkembangan aku. Ow. Bunyi macam glemer kan. Terima Kasih yang sudi bertanya. Tapi malang sekali aku tak dapat menjawab pertanyaan u ol itu dengan baik. No lah, tak bermaksud nak berhidung tinggi malah aku hanya cuba berdiam diri dan lari dari situasi. Mengelak. Tak nak publisiti sangat. Muntah. Hihihi...Aku sehat je, Alhamdulillah. Kaya dengan nikmat Allah. How about u? 

It has been a while.
3 hari je aku bertahan untuk job tu. Than aku berhenti. Tak ade keserasian atau match dengan jiwa dan batin aku. Lesu dan rasanya berapa puloh kali entah aku menguap dalam masa 1 jam kt tmpat kerja. Ya, ditambah lagi bos yg belagak jantan. Bodoh sia sia je kau jadi perempuan. Cakap elok-elok dengan aku. Aku bukan binatang ye.  

Tomorow.
Esok aku masuk kerja lain plak. Masa untuk aku mengisi masa luang. Agar saitan dan kuncu-kuncunya tak melalaikan aku dengan hidup yang fana ni. Rezeki aku, Alhamdulillah. Mudah dapat kerja. Oh lagipun kerja tu tak memerlukan diploma aku pon, so it must be mudah lah kan. Myb bertahan la untuk 3month ok. 

Full day.
Bukan full house. Tapi full day. Ni sebenar nye adalah wawasan dan cita-cita mamat ni. Pagi sampai ptg kerja office, senja sampai tgh mlm part time job. Orang kate multitasking. Oh no! its not mean siang kerja office, malam kerja clubing. Itu orang lain. Aku still ada pegangan agama yg jitu lagi padu. InshaAllah, itu plan sahaja. Kalau Allah tak izin, aku redha. Amboi kau..besungguh-sungguh carik duit macam nak minang anak org je hujung tahun ni? 

Being Busy 
Kalau aku bizi. Kalau! aku akan tinggalkan semua alam maya yang aku tatap hampir setiap hari. Good bye. Tapi sediam diam aku aku tak pernah lupa ttg orang disekeliling aku. Percayalah. Especially yang bernama kawan. Parent it must lah kan. Kawan kawan kawan & kawan. Ye aku rindu kawan-kawan aku. So im never forget korang semua. Always ade dalam kenangan.

Sometimes.
Orang yang tak kenal aku akan cakap yang aku ni sombong and silence boy.
Orang yang kenal aku pulak (familiar) akan cakap aku ni garang and moody but always funny and straight! But. Orang yang kenal aku luar dan dalam, mereka akan tahu siapa aku sebenarnya. Tapi itu tak menjamin apa-apa pon. Nothing semua tu. Saje berkias.

The rest is history. Good luck & forever love - Amir 'Izzat.









Sunday, February 24, 2013

Expectation



24/2/2013

Syair malam

Pukul 10.55
Aku start enjin
Nak pegi ambek adik
Malam tu parking aku baik punye
Sampai nak keluar pon takot
Takot orang curik paking aku
Aku keluar diam-diam
Harap tak de pencurik yg masuk parking aku tu
Aku tinggalkan paking tu kosong
By, nanti aku masuk sini balik

Bukan ape
Tapak parking kat sini mmg mcm bodoh
Tak cukup nak tampong, 
1 isi rumah ada 3 kereta
Sini ada 5 blok
1 blok anggaran ade 100 jiwa
100 x 3
300
Suke hati je aku buat arthimethic kan

Aku pegi KFC
Drive thru
Bajet boleh cepat
Sekali produk aku sangkut
Kene tunggu fries 3minit
Bahasa melayu panggil kentang goreng
"Tunggu kat depan kejap, nnti saya hantar fries ye"
Vroomm..aku beganjak 0.5 km
Konon nye kena bagi laluan kat kereta blakang nak ambek pesanan dia
Puii..sibok je kau ni

Eh siot betol
Tibe2 ade lori besar kat celah aku nak lalu
Tersepit tak boleh nak jalan 
Fakta mengatakan aku blok jalan dia
Vroomm...aku beganjak sikit lagi
Dalam 0.5 lagi
Eh kau ni...tak muat jugak ke!

Aku mengalah
Tawaf lagi satu KFC tu
Stay kat tempat tadi
Tunggu
Tunggu
Tunggu
On wifi KFC
Sempat baca Whatsap masuk 2 3 ayat

Tak sempat nak balas
Fries dah sampai
"Ade order fries tadi ye"
"Nah" Oh terima kasih
Aku senyum, hormat dia, dia india
Aku pernah jadi kuli restoran
So dari pengalaman dulu
Aku belajar menghormati orang
Poyo nye

Balik
Laju aku pecut
Tapi tewas dekat lampu merah
Masuk kawasan rumah
Laluan sempit gila
Bodoh kiri kanan jalan org paking
2 way jadi 1/2 way
Dup dap dup dap
Ade lagi ke paking aku ni

!@#$%^&*
Paking aku kene curik dgn saga
Damn
Sedih
Buat reverse maut
Carik paking lain
Nasib baik ade
Kire ok la tu
Pelahan-pelan aku masok
Cun

Naik rumah
Campak kunci 
Makn KFC
Lepak depan PC
Tgok FB
Ade notifikesyen
Bukak
Ade mamat ni soh like pg sehangat asmara vs adam dan hawa
!@#$%^
Tengok pon aku tak pernah mcm mane nak like
Aku like la gak 1 2 status pg dia tu
Jage hati

Tadi ude datang umah
Ibu masak mee je
Ibu tak sempat nak masak best best
Sebab ibu balik keje lambat
Ikan siakap stim dan adik bradik yg lain
Ibu tak sempat masak sume tu
Ibu masak mee punye lah banyak
Macam nak bagi 1 kampong makan
Tak abes
Simpan dalam peti es

Apa lagi aku nak cerita
Semua benda aku lacurkan
Sampai aku rasa
Panjang betol syair ni
A samad said mesti kagom

Majlis Peperiksaan Malaysia 
Mintak aku tulis cita-cita dan fenomena menarik berkaitan diri aku
Dia suruh tulis manual dalam borang tu
Aku tulis aku suke menulis dan membaca
Bla bla bla bla bla bla perenggan ke 3 baru aku stop

Over
Banyak jugak aku tipu sunat
Nak sedapkan cerita punye pasal
Esoknye aku pos
Patut sampai skang aku tak de terima panggilan job dari MPM
Mungkin dia terpesona baca syair aku
Macam korang jugak
Setia baca syair ni sampai habes
Terima Kasehh....#



Kuala Lumpur
24/2/13








Kan bagos

24904.
Itu bilangan jumlah manusia yang datang tengok blog aku dari dulu sampai arini.
Aku termenung tgok nombor tu,
Bukan nak jampi ape,
Cuma kot aku bayangkan kalau ade simbol RM depan dia.
Jadi RM 24904.
Dan jumlah tu adalah untuk aku?
Kan bagos.

Saturday, February 23, 2013

Cerita Sodey

Salamualaikum :)

Malam ni malam minggu. Aku tak rasa pun yang aku perlu tidur awal macam budak sekolah. Memang mata aku selalunya bertahan sampai jam 2pagi. Selayaknya aku kerja shift tgh malam kan. Tapi aku tak mau. Tak elok sangat lawan arus. Malam kita tidur dan rehat, siang kita kerja. Itu adalah sistem hidup yang betul lagi semporna.

Bila kebosanan aku suka bukak blog orang, means blog yang tesenarai kat list celah kanan blog aku ni lah. Mana la tau kan, ade cerita gosip-gosip artis terbaru ke, Shila amzah lari rumah ke, Mislina dah pakai tudung ke, atau yg meriah sikit, ade org nak offer aku bawak gi melancong ke Sabah 5hari 4malam dengan tiket kelas pertama Malaysia Airlines beserta diskaun 50% untuk penganggur muda ke, ade orang nak beli Hamster Syrian aku dengan harga 5juta dengan bayaran tunai dan pakej tangkap gambar bersama untuk dijadikan cover dalam majalah mangga World Animal ke, Haaahh...banyak andaian aku sebenarnya tau. 

Dan tiba-tiba lepas semua andaian aku tak mengena, aku tersangkut lah dekat blog sorang ni.....Amboi lagu tema blog dia kemain kau. Aku ingat lagu celah mana pulak bebunyi ni, upenye lagu dari blog dia...layan jelah. Baca perenggan pertama. Mak ai sodeh nye. Terus sambung perenggan ke2. UUiiihhh habis lecak-lecak pipi aku basah. Perenggan ke 3 4 dan seterusnya. Ya memang sedih. Kisah hidup seorang manusia yg diadaptasi kan jadi sebuah cerita ringkas di laman blog, dah cukup buat aku terkesima dan tersentuh. Syedih. 

Macam tulah kehidupan, tak semua orang hidup dalam kemewahan macam korang, tak semua orang hidup penuh dengan kasih sayang ibu bapa, ada yang orang tua mereka dah meninggal, mereka hilang tempat mengadu, mereka hilang kasih sayang, ada yang hidup dalam kesusahan, ada yang tak de internet kat rumah, nak cek facebook pon setahun 3x je, tak macam kita, kat tempat kerja, kat rumah, kat toilet pun boleh bukak fb 24jam. 

Hmmm...kadang-kadang benda-benda macam ni lah yang buat aku tersipu insaf, termenung jauh, dan dari pembacaan macam ni jugak buat aku rasa diberi hidayah untuk aku berhenti on9 dan pergi ambil wuduk dan sembahyang isyak! Ye aku belum smayang isyak lagi, tengok jam pukui brape? 2.05 pagi! So? aku nak tido dan...Have a nice day, Selamat Malom. HAHA! Cerita Tegantong lah aku ni!

P/S : Kadang-kadang aku ade rasa macam nak tulis blog, tapi tak de idea. ketandusan dan kehabisan ilham. tapi semangat tu ada! Aku paksa jugak nak tulis supaya tak terbawak dalam mimpi time nak tdo nanti, paksa punye paksa..hah, ni lah hasilnya entry nya "CERITA SODEY". Kalau masuk pertandingan menconteng, boleh la kot hadiah sagohati...SODEY tu maksud dia sedih lah, cume gaya pronounce dia mmg mcm tu spelling dia sbb member aku yg ajar ckp mcm tu. SODEYY lah kau ni mer....

Friday, February 22, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 PADA MAC 2013


Assalamualikum....

Disebabkan adik aku adalah salah seorang calon SPM pada tahun 2012 yang lepas, maka sudah tentu si abang sangat mengambil berat bab yg berkaitan dgn bila, tarikh keluar result SPM. Kerana si abg nya sangat komited untuk membantu si adik dalam urusan dunia akhirat...Chewahh...

Ok lah...this is the fact. Tarikh rasmi keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada bulan Mac 2013 nanti. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tersebut boleh diambil di sekolah masing-masing mulai 20 Mac 2013. Demi kemudahan pelajar, calon juga boleh membuat semakan menggunakan kaedah pesanan ringkas SMS seperti yang tertera dibawah. (Canggih betol skng ni kan).Semoga semua calon SPM 2012 mendapat keputusan SPM yang cemerlang pada tahun ini.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2012 :

Tarikh Keputusan SPM 2012 : 20 Mac 2013
Masa : Bermula 10 pagi (Mungkin korang tak tidur malam masa tarikh ni kan..heheh)

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara SMS :

Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Contohnya :
SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888.

Good luck adik-adik...Semoga peroleh result yang baik dan masa depan yang cerah, Wehooo :)

Tuesday, February 19, 2013

PRAKTIKAL / LATIHAN INDUSTRI DI...

Assalmaualikum.

Ada sedikit perkongsian disini. Memandangkan ramai yang singgah ke blog ini secara kebetulan kerana ingin mencari info dan maklumat ttg praktikel, mereka kebanyakan nya secara kebetulan akan menemui entry lama aku di (sini). Dan kadang-kadang mereka teringin nak tahu lebih lanjut ttg bagaimana cara dan step untuk buat praktikal kat satu satu syarikat ni. So dah semakin kerap aku terima msg inbox / pm dan sbagainya dari mereka yg ingin details ttg praktikal. Harini aku bantu, moge-moge korang paham ape yg aku cuba nak sampaikan ni.

Macam aku dulu praktikal kat KWSP. So lepas aku cakap yang tak de elaun diberi masa praktikel kat KWSP tu, terus org diam, tak komen. Mungkin awal2 diorang dah reject KWSP, kan...heheh..tak pe, ade baik buruknya praktikel tanpa elaun ni. Hahaha...Cuma itu bukan lah tajuk utama yang aku nak cerita. Eh tapi tak tau lah sekarang, rasanya dah ade dah elaun..serius. pegi tanya dulu.

Susah sebenarnya nak explain. Mcm ni lah, mungkin korang tak de pembimbing seperti kakak, abang yang dapat memberi tunjuk ajar, sebab tu korang perlukan pihak ke3 untuk membantu. Banyak sebenarnya syarikat yang ada offer pelajar praktikel. Cuma korang je yg tak tahu mcm mane step dia atau korang bnyk sgt dgr persepsi negatif luar, so korang jadi takut? Ek? Maksud aku, korang kene buat research dulu! bukak laman web rasmi syarikat yg korang terfikir. PNB? MARA? MAJLIS PEMBANDARAN? MAJLIS DAERAH? JABATAN KERAJAAN? KEMENTERIAN? SYARIKAT SWASTA SEBELAH RUMAH KORANG? Hah...banyak kan? So korang boleh buat panggilan terus ke BAHAGIAN / JABATAN SUMBER MANUSIA dari syarikat tu. Dapatkan maklumat dari pihak mereka. Bukan apa, sebarang resume korang yang dihantar secara babibuta atau terus direct tanpa pertanyaan dan maklumat, sia sia sahaja, sebab kadang-kadang mereka tak pandang dan tak terima pun kita yang nak nak buat praktikal ni. Diorang anggap banyak lagi kerja aku nak setelkan kat office ni daripada nak layan budak2 praktikal ni.  So? better call dan research dahulu company tu. Tak delah korang kecewa nnti, lagi lagi ade 3 peluang je yg diberi utk cari tmpat kan?

Contoh / Step. Korang boleh ikut sama :

Bukak web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pergi ke bahagian kerjaya, atau soalan-soalan lazim. Tengok dekat situ ada tulis PERMOHONAN UTK PELAJAR YG INGIN MEMBUAT LATIHAN INDUSTRI. kan? ade tak? so dari situ kita boleh tahu, Oh...syarikat ni nak ambek budak praktikel lah, so boleh la aku call tanya ek. Cun!

Bukak web rasmi PTS / pts.com.my. Pergi ke bahagian Karier. Tengok dekat situ ada banyak sangat offer untuk student yang nak buat praktikel. Kan? Jumpe tak?? Lengkap, semua bidang ada, IT,Account,Design pon ade. So why not dari situ korang boleh call pentadbiran diorang, tanya lebih lanjut, mcm mane ye saya nak mohon praktikal di PTS? Cun!

Bukak web rasmi PUSPAKOM. Pergi ke bahagian CONTACT US. Cari perkataan CAREER. Tengok dekat situ ada tulis practical student. Korang klik situ, tgok die punye offer dan tengok kelayakan yg dia nak.  Ade kan? Cun!

Bukak web rasmi mcm2 syarikat dah. (yg kononyer dekat ngn rumah, senang transport nnti, jalan kaki je). Tapi malang sikit, korang tak jumpe perkataan praktikel kat laman web syarikat tu. Tak mengapa, macam step awal-awal tadi. Call dahulu! dan yang penting call ke bahagian PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. Jgn call ke bahagian-bahagian lain, takut-takut mereka tak dapat mmbantu pertanyaan kita nnti. Jawab acuh tak acuh je, sebab itu bukan urusan dia. Mana dia tau.

Kebanyakan dari kita nak praktikel kat syarikat-syarikat besar, gah dimata orang. Ofkos lah kan, semua orang nak macam tu. Even masa kerja nnti pon korang nak kerja di syarikat hebat. So perkara pertama yang perlu di titik beratkan adalah ttg bidang yang kita sedang pelajari. Contoh aku dulu ambil banking&finance. So fikir lojik eh, semua syarikat kat malaysia ni mesti ada bahagian kewangan/pentadbiran/accounting. So even aku mintak kat TENAGA NASIONAL BERHAD sekalipun, tiada masalah sebab mcm aku ckp tadi, semua syarikat ada department mereka masing-masing. Tak semestinya aku ambik kos banking, aku kene praktikel kat bank je...no! itu satu persepsi atau tanggapan yang salah dan tanggapan inilah yang kebanyakannya membantutkan minda kita. Aku ambek automotif? Boleh ke aku nak praktikel kat KWSP? Em.....maksud aku kat sini, ade part yg kita sendiri kene fikir bijak, kemana langkah yang sesuai untuk kita pergi praktikel. Agak-agak la ye..

Praktikel tu ape sebenarnye? Kongsi sikit eh. Masa aku praktikel dulu, aku berada di bahagian Kewangan dan Bajet. Kerja nya sangat rumit dan teliti sehingga pihak pengurusan tidak berani untuk serahkan kerja kerja rumit itu kepada aku sbb kurang percaya dan tak yakin pada kebolehan kita yg muda ni. Diorang bagi pon kerja-kerja ringan shj. Tapi itu pun dah merungut. Biasalah, jiwa org muda. So dari situ aku belaja ape?Blaja lah cara nak gune mesin fotostat berkapasiti tinggi, sampai kalau mesin fotostat tu jem, mmg org office akan panggil aku utk repair. Tengok? Berapa intim nya aku dgn mesin tu. Failing, key in data, susun fail, hancurkan kertas, tolong hantar surat ke department lain..dan macam2 lagi lah..ade gak kerja bajet yg mmg pening otak kau nnti. But itu semua pengalaman yang amat berharga dan tak kan kita dapat kat mane-mane. Sebab habis blaja nanti pon belum tentu kita ni dapat kerja mcm ape yg kita impikan. Ingat ye adik-adik nak cari kerja bagus-bagus zaman sekarang ni amatlah susah. Ramai graduan menganggur kat luar sana tu. Kita kena bersaing. Kesimpulnnya utk perenggan ni, korang kene fikir @ cari tempat yang sesuai utk korang praktikal. Senang bagi yg ambik account/admin sbb semua syarikat ada bahagian kewangan kan. :) Jangan lah sampai, kita ambik kos kejuruteraan awam, tapi bila praktikal buat kerja-kerja account..wEAK :( Silap masuk rumah namanya tu.

Elaun atau gaji. Itu susah nak cakap. Itu mungkin letak di no2 kot. Mcm aku dulu mane ade elaun? free free je tayang muka kat office tu tiap bulan. Sakit mmg sakit, tapi Alhamdulillah, ada lah juga sedikit wang dan saguhati peringatan dari KWSP tu buat diri aku. Aku tak kesah, syukur sgt dah bila dapat praktikel kat sana. Lagak gaya mmg tip top mcm pengurus besar aku time tu. Endon sapu sampah pon tunduk dekat kita. Automatik kita jadi mcm bangga sekejap. Hahahah..sekejap jelah. Sekarang dah habis blaja baru tau betapa susah nak cari duit. Ingat, jangan kita berhidung tinggi, berlagak, sombong, itu jauhkan dari diri kita. Tuhan kalau nak tarik nikmat, sekelip mata je. TOINGG! Jatuh longkang masa nak balik kerja, dah hilang sebelah kaki. Hah....kan. So? Moga-moga perkongsian aku ni dapat bantu korang untuk keep it up berusah mencari tempat praktikel yg terbaik yg korang impikan, tukang lap kasut Perdana Menteri ke, tukang urut bahu pemandu kapal terbang kat atas awan tu ke, hah itu pilihan masing-masing. Semoga berjaya dan ingat tips2 yang aku bagi tadi, research, bukak web rasmi, tgok bahagian kerjaya, call mereka, tanya dengan jelas. InshaAllah, korang dapat apa yg korang nak. Berani utk cuba. Kalau rezeki kan, ada company yg siap tempah kita awal2 "bila u dah habis blaja nanti, u dtg balik masuk kerja sini ya". Untonggg kau...

Yang duduk dekat KL senang cari. Yang duduk kat pedalaman, kampung-kampung? betapa susahnya mereka nak cari tempat praktikel. So bersyukur lah.....Good luck!

P/S : Call tanya : "kalau praktikel kat sini ade elaun tak? Hahaha..soalan ni mcm mintak penampo je..tapi why not?

Assalamualaikum... 

RUMAH SEWA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM SELANGOR.

Assalamualaikum. Dah kire meletup la tajuk aku buat ni kan? hahaha... Bukan ape tau, Aku terpanggil malam ni untuk membuat sedikit hebohan atau perkongsian berkenaan dengan rumah sewa di sekitar kawasan POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Rumah sewa ini sebenarnya dah lama jugak aku tinggalkan. Lebih kurang dalam 3bulan yang lepas. Hari ni 18/2/2013.

Apa yang buat aku betul-betul nak kongsi ttg rumah sewa ni adalah sebab aku masih terima maklum balas dari ibu bapa student khususnya yang bertanya ttg rumah sewa kat sekitar poli tu, mungkin anak2 diorang tak dapat asrama. Mane kan mak bapak tak risau kalau anak tu baru nak masuk sem2! masih merangkak lagi untuk survive hidup kat luar kampus. So terpaksa mak ayah yang turun padang carikakan utk anak. InshaAallah disini saya bantu seada mungkin.

Maaf lah kalau ada soalan2 sebelum ni yg dihantar melalui PM di FB, saya tak balas kerana saya baru tau malam ni, cara nak tgok org PM. hahah. lawak nye. Tentang praktikel, ttg poli, ttg kemudahan semua dok tanye pakai PM kat FB, mane lah aku tau kewujudan benda alah tu. Maaf ye. Lain kali dinasihatkan tanya terus kat blog ni atau like dekat pg fb yg sunyi sepi tu. Hah kan senang....maaf sgt-sgt ye. Rase besalah tak dapat bantu.

Sambung balik ttg rumah sewa tadi.

Ibu bapa yang sedang mmbantu anak nya mencari rumah sewa di sekitar Poli tu, saya sarankan lihat dulu rumah sewa ini :

(Abaikan bendera politik itu, ia sekadar semangat anak muda & kereta itu adalah kereta saya..hehehe)

Ini  alamatnya, boleh datang servey dan tengok dahulu, dekat saje dengan poli tu :

LOT 2361 (D), TERATAK IBU RODIAH, 
JALAN SERI TANJUNG, KG SG APONG, 
PARIT BARU, 45100 SG AIR TAWAR, SELANGOR.

Kadangkala berkemungkinan rumah yang telah ditinggalkan oleh pelajar sem-sem akhir ini akan di pas kan atau di book oleh member-member lama diorang, atau kenalan diorang yang lebih awal dah cop kan, Tapi jangan risau. Call dahulu tuan rumah ini, dan bincang secara lanjut, teliti dan jelas. InshaAllah, ada jawapan dan jalan penyelesaian yang akan ditemui. Duduk bersama dengan teman2 baru yang lain kos pon ok jugak, mcm zaman aku dulu, kami bercampur kos juga. Ini no tel tuan rumah, call cepat dan terus book @ deposit kalau betul2 nak :

019 6467 445

Sedikit info ttg rumah :

Mempunyai 4 buah bilik. Berkapasiti besar! yang boleh memuatkan sehingga 12 org! Aku dulu duduk 8 org.. selesa dan sangat selesa. toilet mandi ada 2, jamban ada 2. So kalau berebut2 mandi kat jamban pon boleh. Belakang rumah ada parit @ longkang kecil yang penuh dengan anak ikan puyu dan haruan dan sepat, bagi mereka yang gemar memancing, ini lah lokasi anda! tapi air nya agak kotor sedikit lah. Mempunyai ruang laman yang cukup besar, tgok sendiri kat gambar. Boleh sumbat 3 kereta kat garaj tu. Peti ais ada, dapur pun masih ada rasanya dari peninggalan kami dulu, cuma TV, sofa, katil dan perabot lain tidak disediakan, anda perlu bawa seindiri atau beli...

Rasanya itu sahaja, semoga terjawab soalan2 anda, dan semoga info ini dapat membantu. Seperti yang kita tahu, rumah sewa di kawasan sana mmg laku macam goreng pisang panas! untung siapa yang ada tanah di sana. Letak je harga berapa, komferm ade yg call nak sewa. Untung mereka kan...So? have a nice day! ade soalan lagi, komen atau like di fb. Harap dapat mmbantu anda yg sedang mencari tu..By..Salamualaikum.

Friday, February 15, 2013

Dengan Secara Kebetulan.

Hai. Salamualaikum.
Semalam dan hari ini ada dua perkara yang benar-benar menekan jiwa dan mengetuk sanubari. Dan aku rasa ia nya datang dengan secara kebetulan / Rezeki kurniaan Tuhan.

Sad.
Sedih sebab semalam aku ada baca buku cerita. Tajuk dia 100 senjata mukmin terbongkar. Buku tu aku pinjam dari kawan aku. Masa zaman belajar dulu aku selalu pinjam buku tu dekat dia, tapi tak habis baca. So aku niat nak pinjam lagi. Kalau korang pernah baca, mesti korang kata buku tu best dan penuh dengan inspirasi dan padat dengan motivasi. Tapi sebab ape aku sedih? sebab aku rasa diri aku hina dan banyak sangat melakukan dosa. Buku tu banyak sentuh emosi aku menekan jiwa dan mengetuk hati. Malam sebelum tidur aku memohon pada Allah agar aku diampunkan dosa, di beri petunjuk dan pastinya dimurahkan rezeki. Terlintas rasa rindu pada teman-teman aku dan saat itu aku sebut nama-nama mereka dalam doa aku. Semoga kita semua diberkati di dunia ini. 

Funny.
Malam semalam aku tengah dalam lamunan. Dan aku terfikir nak beli buku baru dekat UTC Pudu. Ye aku masih dalam angan-angan.

5minit kemudian aku bukak facebook. Eh! ade 1 inbox chat masuk lah. Aku baca. 

"Esok jom teman pergi Pudu? teman kan beli someting"

Dan pada saat itu aku rasa mcm Allah sgt mendengar dan membaca isi hati aku. Tersengih-sengih kerang Tersipu-sipu siput aku dibuatnyer. Kebetulan member aku ni ada beberapa keping voucher RM50 utk beli buku atau stationary yang pak jib bagi, dan dia offer nak belanja aku pakai voucher tu :) So siang tadi kami ke sana untuk menunaikan hajat yg dikatakan kebetulan itu. So bila dah sampai ke kedai buku tu....apa lagi? Buku yang aku pilih semestinya buku yang mengetuk pintu hati aku semalam.

"100 senjata mukmin terbongkar"  dia lah yg belanja aku...hihi..mcm2 lagi sebenarnya, tapi tu semua utk adik aku lol. Bertuah nyer...hahah..lawak pun ada. kwkwkkw..kebetulan kan!

(Terima Kasih dekat kawan aku yang belanja belikan buku tu siang tadi. Aku hargai dan rasa sgt bertuah sbb aku mmg niat nak beli sendiri buku tu. Las-las kau dah belanje kan. Lepas ni tak payah pinjam kat org dah. Hihihi..Murah nya rezeki kita)

Yang ke2 pulak.

Mase balik dari pudu tu kan, aku ada nampak sweet buah ciku. Ciku tau bukan kuaci. Buah tu cute je dia potong dan pack dalam plastik. (Bapak den pon jual buah tu, sepeket RM2 so den tak delah batak sgt, cuma perasaan terliur tu tiba-tiba nak mai). Mungkin suasana yang kering dan mungkin letih nak habeskan voucher RM50 tadi buatkan hormon tekak aku mengada-ngada mintak buah. Tapi aku tak layan sangat, walaupun akak tu dah offering dekat aku sbb dia nampak aku mcm nak beli jer..(walaupon time tu tgh jalan) sempat jgak dia offer, al maklum, adat berniaga. Yang sure aku pun tak pasti buah tu zaman bila dia potong kan, kot yang dah berabad punye ke, siapa tau? Aku mmg cerewet. Tapi masa tu aku cool jer, dan bersangka baik. Aku pujuk tekak aku untuk mengatakan "tak payah la mer.." duit dalam kocek pon tinggal berape rupiah je. Aku berlalu tinggalkan sweet ciku tadi.. :(

Seterusnya...

Malam tadi lepas makan malam. Macam kebiasaan lah, rumah aku makan malam adalah pada jam 9.30 hingga 10.30 pm. Lepas makan malam wajib utk kami sekeluarga menjamah pencuci pinggan mulut iaitu buah-buahan. Abah berniaga buah, so tiap-tiap hari rumah mmg berbuah. ape aku ckp ni?. Next. Si tukang pemotong buah adalah si tangan kidal. Sape lagi individunya kalau bukan aku. So macam biasa, aku akan ke sudut dapur untuk tengok buah apa yang abah beli harini. Aku bukak plastik buah yang abah bawak balik, plastik tu warna merah. Ape agaknye buah hari ni ye...mangga? manggis? menggo? melon? so aku pun bukak plastik tu.. 

Sekali lagi aku tersenyum siput dan aku sangat berasa syukur kerana Allah betul-betul dengar isi hati aku. Senyum dan terus senyum sambil mengupas kulit-kulit ciku yg kasar dan sedikit berbulu. Perlahan demi perlahan, 3biji ciku siap dikupas dan sedia untuk dimakan. Ya! Abah beli buah ciku hari ni!! Hihihihi...kan? siapa tak tersenyum gembira kalau apa yang diniat dan diinginkan semua nya ditunaikan. Sesusngguhnya Allah itu Maha Mendengar. 

Syukur Alhamdulillah. :)


Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba Nya. 
[Isra : 30]

Thursday, February 14, 2013

Teknik Penjagaan Hamster Syrian.

Assalamualaikum. Puas bercuti. Harini aku timbul balik utk buat update blog ni. Speciall topik untuk pembela atau bakal pembela hamster Syrian. 

10 Perkara penting jika anda ingin membela hamster syrian. Fakta ini adalah dari air tangan aku dan aku tak ciplak dari mana-mana blog atau laman lain. So maksudnya lain tuan, lain caranya. Lets see wat the top10 :

1. Ketahuilah bahawa Hamster Syrian merupakan sejenis hamster yang berbadan besar. Saiznya merupakan antara yang paling besar di kalangan jenis2 hamster yang lain. Tapi ingat, hamster dan tikus jauh bezanya. Jangan pernah samakan mereka berdua. Hamster adalah haiwan pembersih. 

2. Macam hamster lain jugak, sangkar atau cage mereka mestilah yg pertama bersih. Yang ke dua ditabur dengan serbuk kayu (biasa lihat benda ni kan? so never explain) Yang ke tiga air yang cukup. Sebenarnya air tak perlu sangat dekat hamster ni. Sebab the real habitat pon diorang duduk di kawasan2 gurun yang kering. But untuk tak nampak macam kau sangat kejam, kita buh la air sebotol kat dalam sangkar dia tu. Kalau ade yang kaya sikit, boleh campurkan cecair vitamin ke dalam air tersebut untuk kelihatan lebih sihat dan lebih tip top body dia. Mainan roda pon boleh bubuh jugak, utk lebih fun.

3. Sepasang hamster syrian yang suka sama suka / suami isteri yang patuh dan taat akan mudah mendapat zuriat. Begantung pada hormon dan aktiviti kesexualan mereka. Ada hamster yang menunggu bulan seperti bulan 2, bulan 4, 6 dan bulan 9 untuk "bermain" . Tapi Itu semua mungkin fakta kuno. Sebab bagi aku, bila-bila masa sahaja diorang boleh "bermain", its depend. Kadang-kadang kau boleh nampak dengan LIVE, dan mungkin rasa terhibur dan rasa mcm sangat sweet. Tunggu saja dalam 2 minggu. Lihat perut si ibu! pasti anda terkejut. Kalau tak berhasil, cuba lagi. Kalau nak cerita Bab Pregnant kan, mmg panjang sbb bab tu sangat penting. kalau fail habis lah...InshaAllah kalau rajin aku buat entry bab pregnant.

4. Cara pegang, cara belai, cara main. Itu adalah terpulang pada tuan nya. Mungkin kadang-kadang pernah hamster syrian menggigit tangan tuan nya dan time tu mungkin korang rasa nak bagi penampar je kat muka hamster tu. But kena lah sabar, mungkin kau tersalah pegang seperti kau saje-saje nak pegang dia punye tut tut, atau dia rasa terancam masa kau pegang tu, so sbb tu dia gigit kot. But percaya bahawa hamster syrian jarang sekali menggigit tuan nya. Dia akan gigit2 besi dan seluruh perkakas yang ade dalam cage dia. Itu normal sebab hamster adalah haiwan penggigit. Kadang-kadang untuk asah gigi, atau mungkin nak berus gigi kot. Tapi kan aku pon jarang la bawak hamster ni pegi tdo same, bawak pegi mall, tgok wayang semua tu. tak pernah aku buat lagi. cukup lah sekadar membelai dan begurau dgn mereka di waktu pagi, 15minit, siang 15minit dan malam 30minit. Belek-belek bulu dia, cek kesihatan, tanya kabar. suap menyuap. itu pun dah ok. selebihnya biarkan sahaja mereka bebas di dalam cage mereka. Diorang aktif tau, nnti korang rimas kalau asyik pegang je. Dan takut perkara-perkara yang tak di ingini berlaku seperti dia gigit saluran ink printer kau dan ink tu boco meleleh. Itu aku lah tu. Fuh! 

5. Bulu yang panjang. Ye! ini adalah bonus pax untuk hamster syrian long hair. Kelebihan ini membuatkan mereka kelihatan very the owesome comel lovely macam bear panda! Bagi yang pernah tengok secara live, semestinya akan terpesona melihat keunikan bulu hamster ini. Dan baka yang berbulu panjang atau bahasa london cakap long hair ini agak sukar untuk ditemui di pasaran, pasar pudu hanya menjual short hair shj begitu juga pets world di mid valey. Mungkin kalau ada pun dijual pada harga tinggi. Negara Indonesia banyak lah kot yang long hair ni. (research).

6. Kalau aku jual aku punye yang long hair ni..Aku jual RM60. Puas hati kalau siapa dapat memilikinya. Sebab Super duper sihat. Cuma tak reti dok diam aktif betol. itu biasalah...kot diam lemau je...nak mampos dah tu! So nak beli tak? 

7. Makanan? Em. Mungkin korang boleh tgok sendiri dekat kedai pets, ade jual makanan hamster yang campuran. Yang itu standard punye. Bagi golongan yang tak mampu macam aku ni, aku prefer yang itu lah. Kalau jenis anak-anak datin, korang boleh beli yang super duper punye, branded penuh kalsium, vitamin A sampai Z pon ade. But ketahuilah bahawa kalau kita bagi makan buah-buahan fresh dan sayur-sayuran fresh lagi ade Um! Karet, kacang panjang dan salat adalah favret diorang. Penah dgr fakta ttg kuaci tak? Ye! kuaci ialah makanan paling digemari oleh hamster. Tapi ade kesan tak baik utk kesihatan diorang mcm keguguran, kencing manis, darah tinggi....ok tipu. Keguguran je btol. kegemukkan pon ade gak kes.

8. Ape lagi nak ckp ni? 

9. Emm....Mandi! ok bagi aku tak yah la over sampai sibuk sangat nak mandikan hamster ni seminggu sekali bagai. Buang karen je. Mcm aku cakap kat no1 tadi hamster syrian adalah sgt pembersih dan tidak mengeluarkan bau busuk pon. Kalau dah kotor sangkar tu, pandai lah kau bersihkan ye dak. Mandikan guna air tak berapa elok sebenarnye, takut dia terkejut beruk nnti. mati keras plak kang. tapi kalau nak mandikan jgak, guna air boleh jer, nasihat aku, gunakan air yang suam-suam baby, pandai-pandai lah ye. Aku percaya tak de org bodoh yg mandikan guna air panas menggelegak tu, ni bukan zaman pak pandir. Ape? Rumit?. Kalau rasa rumit atau leceh, mcm aku cakap tadi. tak perlu mandikan. atau beli saja pasir mandi hamster dalam lingkungan harga RM7 mcm tu. Ade macam-macam haruman, Rose, Lemon, Stoberi, Tom Yam, Gulai Ikan Masin, hah...tipu lagi. So korang boleh la beli yg itu. (Aku pernah gatal tangan pegi beli haritu. Diorang tak mandi pon kat pasir-pasir tu! demn gile, buang duit je, aku beli) See? mcm aku cakap tadi la, diorang sejak azali mmg pembersih. setakat pasir bau rose bagai sume tu, air liyo diorang lagi wangi kot.

10. Cukup dah 10 kan? Tujelah. Panjang perkongsian ni. Aku harap ade manfaat untuk yang benar-benar minat dan berpengalaman mungkin korang lebih familiar kan, komen kalau ade soalan, kita share same-same...Kot yang tak pernah bele, mungkin akan cakap ape kejadah la yang merepek panjang-panjang cerite tentang cencorot ni!. Fuh!! Ok lar. Selamat membela dan membelai hamster anda! Semoga hobi ini diberkati oleh yang Maha Pencipta.



Ni lah Hamster Syrian Long Hair! Lawa dia punya bulu kan!
Ok, Bai bai...

Nak lihat hmaster2 aku? boleh klik di link berikut :

1
2
3
5
6
7









Friday, February 8, 2013

Rintihan

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isi nya adalah ujian..........

Dalam Hadith Qudsi Allah Berfirman : 

"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)




Thursday, February 7, 2013

Langit ke7

Terbang ke awan. Lapisan demi lapisan langit, mencecah beribu-ribu batu jaraknya. Melihat kehebatan ciptaan Allah. Terasa betapa kerdil nya diri. Sungguh nikmat pemandangan ini. Pernah dengar Sungai Rajang? Sungai Rajang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia. Panjang nya sahaja dah mencecah 563KM dari banjaran Iran di tengah pulau borneo ke laut china selatan di barat. Owesome! 

Sungai ni menyelit-nyelit di celahan kampung, bandar-bandar kecil, pekan dan dan hutan rimba di Sarawak. Alhamdulillah, ada juga sekeping dua gambar yang sempat aku ambek. So korang boleh tengok jugak, betapa hebat dan indahnya ciptaan Allah. Cuma aku rasa takut sangat bila tengok pemandangan sungai rajang ni dari atas awan, tak tahu kenapa...Geli semacam. 














Air sungai rajang macam tea ais...
Tapi amazing panjang dia. 
Sarawak kaya dengan flora fauna
 Tak lupa culture dah rakyat mereka yang baik dan rajin bekerja keras :)
Bila lagi nak terbang ke Sarawak ni kan... 
Miss so much. 
Air Asia cakap..
"Now everyone can fly"


Diluar lingkungan.

Nah! berat badan aku maintain je. tak naik-naik pon. badan aku kecil dan kering atau lebih manja lagi org kata comel. Even aku kunyah nasi berhari-hari, ayam berkepak-kepak, ikan berekor-ekor. berat aku still sejemput tu jer. Tanpa senaman disertakan dengan tidur yang berpanjangan sepanjang hari ditambah dengan melepet depan tv, nyata ia nya satu senaman yang luar biasa. Antibodi aku stabil sehebat PSY yg asyik berjoget kuda gangnam style. Dia tak jemu dan tak penat pon. Syukur pada Allah pemberi nikmat.

Bulu kaki yang agak lebat dan beralun sering menarik pandangan wanita-wanita especially masa aku berjalan menuju ke kereta dengan berseluar pendek paras-paras aurat lelaki. Malang sekali wanita-wanita yang dimaksudkan itu adalah golongan wanita yang bergelar mak cik dan golongan oldies. Mata mereka tak kelip-kelip pandang aku. Tunggu line clear, agak-agak aku dah masuk kereta. Mulut diorang akan bercakap sesama sendiri. Diorang ingat kereta aku tak ada cermin sisi ke hah? So pada detik dan saat itu, hati aku akan "Bersangka Baik"....Mungkin diorang sedang puji aku.

"Rajin nya anak Rosli ni ya" -END-



Wednesday, February 6, 2013

Be a good Father :)


Tahniah kepada kawan lama aku.
Kawan lama di PLKN Kem Bumimas Sibu Sarawak tahun 2009.
Dah pun selamat mendapat anak lelaki 4/2/2013.
Be a good father isa.
Semoga kebahagiaan rumah tangga mu sampai ke hujung nyawa.
Isteri kau rajin, berniaga ikan bakar kat pasar malam tak kira penat lelah.
Aku kagum dengan semangat dia, 
Kau pon kena rajin 2x ganda mcm dia ok! :)
Again..
Tahniah & Be a good father.

*Kadang-kadang rasa sweet tgok kawan-kawan sebaya dah kahwin :) Berseri muka diorang :)


Amir 'Izzat
Kuala Lumpur

Tuesday, February 5, 2013

KL-SIBU-SARIKEI-SIBU-KL

Awal bulan 2 lepas aku merantau ke negeri orang. 
Tujuan utama adalah untuk ke perkahwinan saudara.
Beliau kawin dengan anak dara kelahiran Sibu.
Air Asia bersama keluarga dan abg ipar terbang ke Sibu, Sarawak.
3 hari disana. Sepanjang perjalanan tidak lekang dari perasaan batak dan jakun.
Abah terutamanya, gelabah dia lain macam. Biasa lah, orang tua.

Ini bukan kali pertama aku terbang ke awan. 
Dan bukan kali pertama juga aku pijak negeri sarawak.
Ini kali ke2. Kali pertama semasa PLKN tahun 2009. Juga di sibu. 
So aku dah biasa dengan suasana tempat tersebut.
Masih segar dalam ingatan bagaimana ceruk-ceruk bangunan disana.
Perumahan dan perkampungan disana juga aku masih ingat.

Semasa perjalanan pergi ke Sibu aku duduk paling tepi. Sebelah tingkap.
No 17 seat yg serata dengan sayap kapal terbang. Bunyi enjin kuat.
Sebelah aku china dia dan kawan dia. Aku sorang.
Majoriti dalam flight semua china. 
Sebab apa? sebab Sibu adalah 80% penduduk nya berbangsa china.

Dlm flight.
Masa pramugari tu offer makanan, aku tak beli pon. 
Tapi org china sebelah aku dia beli.
Chiken Rice dan air ribina dia order. 
Kemain lagi makan. Cemburu aku masa tu.
Aku buat-buat tidur masa dia tgh makan. 
Tapi kadang-kadang aku bukak mata sikit-sikit.
Nak tengok dia punya nasik ayam best ke tak. 

Sampai kat Sibu.
Alhamdulillah, di sana aku ada mak angkat.
Ya aku kenal mak angkat aku masa aku PLKN dulu.
Anak dia sama PLKN dengan aku.
Mak angkat aku sangat baik dan sgt mesra org nya.
Pandai buat kek lapis dan kuih-kuih.
Ayah nya juga macam tu. 

Bawa kami semua pusing-pusing bandar.
Sampai ke SARIKEI pun kami dibawa oleh nya.
Hakikat nya tiada apa yang menarik pun di sarikei.
Cukup lah sekadar mencuci mata dan melihat pasar2 mereka.
Untuk pengetahuan,
Kebanyakan pelancong luar akan ke KUCHING apbila dtg ke sarawak.
Jarang org ke Sibu. Tiada apa disana tu...

Perkahwinan saudara aku disana dirai dengan penuh kesederhanaan.
Biasa-biasa sahaja.
Sempat juga aku dan keluarga beli belah brangan dari sibu sebagai tanda kenangan.

Sebelum pulang mak angkat beri mcm-mcm kuih muih dan sedikit barangan kenang2an.
Syukur, terima kasih mak. terima kasih ayah.
Terima kasih bumi sibu.
Entah bila aku akan pijak bumi Sibu lagi.

Terbang ke awan.
Pulang ke Bumi Kuala Lumpur. 
Banyak gambar yg sempat dicaptur, 
Tapi tak rajin nak upload :(
1/2/13 - 3/2/13.

Teringin sangat nak pergi melancong dengan kawan-kawan aku.


Tahniah Abg fahmi dan Kak Wana. Semoga Bahagia hingga anak cucu.


















Sunday, February 3, 2013

4.2.13 - Selamat Hari Lahir, Sahabat.

 "Ape kau main tu mer? Macam best jerr..aku nak terai boleh?"

Dasyat..

Lagi dasyat...


Selamat Hari Lahir Sahabatku, Hazlan Derman. 4 Februari 2013.

Sahabat, Hari ini hari ulang tahun perkahwinanmu kelahiranmu,

Sedikit kecewa,

Aku dan teman lain tiada disisimu untuk membaling tepong,

Memecahkan telor dan menjirus air ke seluruh badan mu,

Sepertimana yang engkau lakukan kepada ku semasa hari lahir ku yang lepas dulu,

Tidak mengapa....

Mungkin nasib mu baik...Hahaha...puisi#

Sahabat..

Ku menadah tanganku kedua belah, pintaku hanya pada Mu Ya Allah.

Semoga umurmu dalam redha Allah selalu.

Semoga Allah menjaga dirimu setiap detik dan waktu.

Semoga Allah kabulkan setiap impian dan citamu.

Terus berjuang wahai sahabatku.


Muke Lan sedih bila baca baca puisi aku...Isyk isyk..
Selamat hari jadi gmok...jgn sedih2. Esok aku blanje pizza.




Amir 'Izzat
Kuala Lumpur
4.2.13