Thursday, January 31, 2013

Mentaliti.

Mentaliti company BESAR especially swasta mereka inginkan calon-calon yang hadir ke temuduga ke syarikat mereka mempunyai sekurang-kurang nya 2 hingga 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang / pekerjaan yang sama seperti yg ingin dimohon. Ini minimum. 

Tapi sebaliknya, 

Apabila calon yang "fresh" hadir ke temuduga, dilihatnya seperti tidak berkemampuan, penuh curiga dan seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan graduan fresh ini. 

What the stupid mentaliti this hah.

Dah kata pon graduate, mane nak cekau pengalaman 2 3 tahun macam kau nak tu? Fikir lah sikit. Nampak nya tak de harapan student-student yang baru keluar IPT nak "merasa" kerja di syarikat besar swasta kalau requirement semua tak logik akal. 

Aku faham kehendak syarikat. HR seboleh boleh akan mencari pekerja yg hebat utk company dia. Ini menjamin kelancaran kerja, ethic, dan managment keseluruhan. Cuma Mentaliti mereka perlu diubah sedikit. Jangan pandang rendah pada kemampuan graduan baru. Mitos dan menakut-nakutkan graduan dgn pelbagai cara. 

To Bad.

Malas aku nak cakap. Sekarang aku nak kosongkan kepala. Esok terbang ke Sibu. By, 



Matahari berdiri megah di atas langit. Seorang lelaki bertali leher hitam segak berjalan keluar dari lobi sebuah syarikat, tapak kasut berbunyi memecah kesunyian. Kelihatan sebuah fail hijau ditangan nya. Muka ketat. Pantas berjalan menuju ke sebuah kereta bewarna kelabu. 2 minit kemudian, di dalam kereta kelihatan tangan nya diangkat seperti menadah tangan untuk berdoa. Mungkin ada sesuatu yang sedang diminta dari Tuhannya.

Wednesday, January 30, 2013

Ronda kota

Tok tok tok
Tak bukak pintu pula
Mungkin aku datang awal sgt
Tapi dah pukul 11.30

Matahari mula menyimbah bumi
Bias sisa-sisa silau mengecilkan mata

Akhirnya
Pintu terbuka
Baru bangon
Tiada kehairanan,
aku juga stiap hari begitu

Kami kadang-kadang tiada beza
Cuma harini aku sedikit luar biasa
Ada hal yang perlu disegera

Salam sahabat
Perkabaran ditanya

Tengah hari ronda-ronda kota
Helmet buat rambut aku jadi ketayap
Pandu laju, badan aku terangkat-angkat
Udara cemar
Kenderaan sesak
Itu biasa itu namanya kota

Ke PWTC cari "benda"
Demn! arrggh! masih tak jumpa
Jawapan sama
Tiada stock
Aku muka kecewa

Kami
Bersembang
Gelak
Ketawa
Diam seketika

Cucuk duit
Makan di MARA
Solat di MARA
Matahari diluar meriah
Sihat dan bertenaga

Anak bandar bersembang riang
Cukup rasanya untuk hari ini

Pandu laju menuju pulang
Bergegas aku pulang
takut nanti bertembung 4 5 petang
Orang pejabat pulang
Jalan jem
Rasa nak lempang


Hantar anak2 ke rumah Hazlan Derman, stay untuk 4hari. Tuan nak pergi outstation - Fb







Tuesday, January 29, 2013

Benda.

Matahari tepacak tegak atas kepala aku. Kereta aku park sebelahan dengan balai polis Salak Selatan. Keluar dari kereta, muka aku macam dicucuk-cucuk dengan cahaya matahari tu. Aku lari ke tempat redup.

Sampai dekat Puduraya, aku cari lokasi yang nak dituju. Ini kali pertama aku melangkah ke puduraya selepas betahun-tahun tak pernah pegi pon tempat org nak balik kampung ni. Dan sekarang rakyat dah tak panggil puduraya, its have a new name, we call Pudu Sentral or UTC lebih kurang macam tu. Itu pun lepas di upgrade oleh PM, bejuta-juta ringgit. Orang kate puduraya yg dulu same like pasar chowkit sekarang dah betukar jadi mcm KLIA. Nak tergelak aku dengar. Tak delah hebat mane, still wujud ulat kiri kanan cari customer, siap pakai walkie talkie lagi. Tak taulah kalau mat-mat indon tu penunjuk arah kot? Tanya aku..Pulau Pinang? Kedah Perlis? No! saya bukan nak balik kampong! Minah indon asyik jual keropok, bukak kiosk. Eh pelik mane die dapat modal nak sewa kiosk kat situ kan. 

Dasyat tempat ni. Aku macam baru keluar dari tempurong atau kata glemer macam org belajar kat oversea baru balik KL. 

Aku sampai kat tempat yang aku nak pergi tu. Mata aku melilau cari "benda" tu... Demn! tak de plak. Aku tanya kat kaunter. Budak tu muke dia macam dah ready dengan pertanyaan aku sebab time tu tak de customer, dia pon boring. So pertanyaan aku dia jawab dengan baik sekali, penuh bertenaga. Tapi hampeh.."benda" tu tetap tiada. Takde stok! Frust. Dia offer utk bantu aku dengan mintak no tel dgn nama aku. Aku bagi tanpa syak wasangka. 

Balik dengan perasaan hampa dan hampeh...


"Benda" tu untuk kawan aku. Suprise untuk dia. Belive, kalau ade rezeki, adelah-tu.  


Monday, January 28, 2013

Search Keywords


Macam mane lah dia boleh terdetik nak taip perkataan macam 'tu' dekat Google. Dan secara tak sengaja beliau terjumpe blog aku dan...........Ya! Saya lah org yang awak carik tu..Love 4 ever? So sweet la awak ni.. (: Sampai mcm tu sekali awak cari saya di alam siber? Hahahaha... Nasib baik awak sorang, kalau ramai?

Aku hanya terfikir dan berfikir seperti En.Pandir#

Kehidupan.


Hidup umpama jalan, ia bukan sesuatu yang dikejar tetapi hidup adalah sesuatu yang dilalui. Jadi tidak perlu terkejar-kejar kerana lambat atau cepat, pasti kita melalui juga jalan itu.

(Pak Cik Abdul Razak dalam Diari Mat Despatch, 2010)

Sunday, January 27, 2013

Insomnia.

Malam semalam aku tak boleh tidur. Pukul 10 aku rasa tak sedap badan. Aku lari terus ke bilik untuk berehat dan tidur. Tapi aku rasa rimas, badan aku seperti demam melanda, sekejap sejuk sekejap panas, hidung aku tersumbat, telinga aku gatal seperti semut sedang lalu lintas. Nafas aku lemas, tak menentu. Aku rasa macam nak nangis. Aku teringat dekat lan, dulu kalau aku tak boleh tidur, aku akan usik2 dia, sampai aku bosan than aku akan lelap. Dia akan pujuk aku suruh tido. Tapi sekarang sume tu dah tiada. Aku kene tidur sorang. Aku terlalu rindu kat kau lan. Rindu nak life mcm dulu dgn kau. 

Jam 3 aku masih berguling rimas. Jam 5 Aku mimpi buruk, bukan-bukan dan pelik-pelik dan tidur aku semalam hanya tidur ayam. Bingung rasanya. Ye aku demam.  

Aku lawan.

Aku bangun awal, call member dan pagi itu kami ke puchong atas urusan ttentu. 

& Mlm ni sepertinya aku masih tidak dapat tidur.

Apakah semua ini?


Teman aku untuk lupakan dunia realiti boleh? 
Pacu laju-laju kita lari dari realiti. Bawa aku pergi.

Sunday, January 20, 2013

Hamster Keguguran.

2 Minggu lepas hamster aku menunjukkan perubahan bentuk badan. Aku terkejut apabila mendapati dia pregnant. Manakan tidak, umurnya baru mencapai 4 bulan. Terlalu awal untuk menghasilkan benih. Tapi dia binatang, apa saja boleh berlaku, lagi lagi hidup bercampur dengan adik beradik yang kesemuanya jantan kecuali dia dan seekor ibu tiri. 

Namun 2 hari lepas, selepas sarat mengandung, akhirnya perut nya kempis dan normal seperti biasa. Tapi aku pelik! masih awal! Dan aku belum sempat mengasingkan dia ke sangkar lain lagi! Sebab aku tahu kandungan belum cukup matang untuk dikeluarkan. Aku lihat kemaluan dia ada tompokan darah, nyata dia telah melahirkan. Mana anak dia aku nak tengok! mana!

Hilang, ghaib, tiada. Mungkin dimakan oleh adik beradik yang lain. Dan mungkin juga dimakan oleh ibunya sendiri yang lebih mengetahui bahawa anak dia tidak dapat hidup. Dan anggap saja dia mengalami keguguran.

Harini, 20/1/13 dia nazak. Menggelupur menahan sakit selepas keguguran itu. Aku heran. Aku pelik. Benda ni tak mungkin terjadi pada hamster syrian. Dia sepatutnya sihat dan normal semula selepas melahirkan walaupun terpaksa mengalami stress akibat keguguran. Aku buat pemeriksaan pada perut dia. Time tu dia dah lembik, nyawa berdegup perlahan dan tidak mampu untuk melawan segala perbuatan aku, seperti biasa yang dia lakukan kat aku bila aku nak pegang perut dia.

Aku picit perlahan, selak bulu nya yang halus tu, hairan. Ada 2 bonjolan kecil. Mustahil itu urat. Mustahil itu usus. Mustahil itu makanan. Aku picit untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Rupanya itu janin hamster yang sudahpun mati aku rasa. Bulatan seperti kepala kelihatan. Namun tidak dapat dikeluarkan. aku picit perlahan-lahan janin tu menghala ke lubang kemaluan, manakan tahu, aku berjaya mengeluarkan bangkai janin tu secara manual. Tapi gagal. Si ibu menggeliat menahan sakit. Tak mampu aku nak tengok dia derita. Sedih. Aku biarkan saja dia terbaring.

Tak mampu nak bawak ke klinik haiwan. Apatah lagi dimana lokasi klinik haiwan pun aku tak tau. Aku buat kesimpulan, hamster ini terlalu muda untuk beranak, tulang dan segala bahagian perut termasuk ovarinya belum kuat dan belum cukup tahan untuk menampung sebuah kelahiran yang boleh mencecah 4-9 ekor anak
sekaligus. Badan dia terlalu muda dan kecil, tidak layak untuk mengandung. 

Pelik, kenapa tidak si ibu tiri yg mengandung, bukan kau sepatutnya. Aku redha kalau ditakdirkan engkau pergi tinggalkan aku buat selamanya. Hampir 4 bulan aku menjaga kau, dan boleh aku katakan, kau satu2 nya hamster syrian betina yang sangat hebat! Sifat kau yang manja akan aku kenang dan ini adalah satu pengalaman dan kenangan buat aku sepanjang menjaga engkau.

Aku minta maaf kepada engkau seandainya aku 
seorang tuan yang tidak menjaga engkau dengan baik selama ini. 

Dan sepertinya engkau terlalu lemah untuk meneruskan hidup. :'(

Selama ini kau banyak mengajar aku tentang kehidupan. 
Ini gambar kenangan semasa kau sihat dulu, 
dan mungkin ia gambar terakhir. 

#Aku ada memasang niat untuk menjual anak dia di laman mudah.com apabila sudah besar nanti, tapi tiada rezeki untuk buat begitu. Sedikit Info : Agak sukar untuk mendapatkan baka hamster dari spisis betina, baik jenis syrian mahupun whinterwhite. Anak yang akan dilahirkan mudah cenderung kepada jantan. Andai 5 ekor anak dilahirkan, 4 ekor pastinya jantan dan hanya 1 ekor betina. So, agak sukar untuk membiak apabila seringkali si betina yang cepat mati :'(


Kini tinggal 4 syrian & 8 Whinterwhite.



Penggunaan nada dering ayat suci.

Salamualaikum. Ade artikel kat Metro harini, menarik & rasa nak kongsi, so aku dengan rajinnye re-taip balik, Moge ade manfaat utk kita semua.

Pada prinsipnya islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat suci al-Quran dengan syarat penggunaanya menepati adab yang ditetapkan islam dan digunakan di tempat tidak mencemarkan kesucian ayat suci berkenaan seperti di dalam tandas.

Demikian diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-77 selepas membincangkan hukum penggunaan ayat suci al-Quran serta laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit pada 10 hingga 12 April 2007.

*****

P/s : Lambang PDRM ada tertera kalimah Allah dan Muhammad. Ianya juga ada di setiap seragam polis, melekat di baju, topi sebagainya. Polis tersebut keluar dan masuk ke tandas setiap hari. Itu bagaimana pula hukumnya ye?


Saturday, January 19, 2013

Seni.




Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Zainal Abidin - Hijau



Friday, January 18, 2013

Temu & Tidak Terduga.

Assalamualaikum.

Rasanya banyak sangat perkara yang aku teringin nak kongsi. Bila aku cakap nak berkongsi, aku mengharapkan agar orang yang baca akan dapat muntah sedikit manfaat atau pengajaran dari kisah hidup aku. Kadang-kadang ketahui bahawa aku cuma bermain dengan perasaan, rasa menarik untuk dibaca silakan, tidak mahu tidak mengapa, butang pangkah tersedia di atas kanan sana. 

Hahaha...Aku tak serius pun malam ni, cuma hati tu sedikit tunggang langgang malam ni. Bercampur-campur perasaan aku. Biasalah, sebab tu ada ungkapan "Kekuatan manusia terletak pada hati".

Semalam. 17 Jan 2013. Aku terima 2 panggilan temuduga dalam satu masa. Rugi kalau aku tak muatkan cerita ni dalam diary blog aku. Aku pendekkan cerita, hanya 1 yg aku pilih. Anak syarikat Maybank @ Etiqa Maybank. Pagi tu aku pergi ke interview dengan jiwa dan perasaan yang kemas. Rambut belah tepi, tie hitam dan baju kotak-kotak biru, semua ni mengimbau kenangan masa belajar di politeknik dulu. Bila aku tengok diri aku kat cermin, seolah-olah aku sedang bersiap untuk masuk ke kelas pagi. Cepat-cepat aku padamkan kenangan yg menghantui fikiran aku di hadapan cermin, dan lekas bersalaman dengan ibu yg gelisah tengok aku mcm org gila dari tadi. 

Sepanjang perjalanan ke Masjid Jamik, mulut aku secara automatik bercakap sendiri. Aku bercakap tentang  nama penuh aku, umur aku, pengalaman kerja aku. Semuanya aku bercakap dalam bahasa orang putih. Dan aku rasa aku hebat pagi tu. Dan dari situ juga baru aku sedar yang aku sedang berlatih untuk persiapan interview 30minit akan datang. Jantung aku mcm digendang palu. Perlahan-lahan aku pujuk supaya dia bertenang kerana aku sendiri cool saje, kenapa dia plak yg lebih. Dalam pada masa yang sama kereta dipandu dengan begitu kencang. Bunyi sesuatu letupan kecil semasa aku pandu laju, dek kerana sedang giat berlatih bercakap, aku biarkan saja bunyi itu.

Aku merupakan calon awal. Aku ingat aku sorang je yg terhegeh-hegeh nak keje sini, rupanya datang 2 3 4 lagi calon lain. So total 4 org 2 lelaki 2 wanita. Yg penting aku dtg paling awal. "Duduk dulu dik" akak tu cakap mcm tu. Gaya dia bercakap seolah-olah tak hingin pon nak tgok muke aku yg masih hingusan ni. Time tu dia pasang lagu2 english maroon5 bagai. So aku pon duduk, surat khabar kat depan meja tu aku capai. The Sun. Sambil aku baca, sambil aku jeling-jeling suasana kerja di situ. Nyata tekanan bukan kepalang. Ngeri sampai ke tulang.

Aku sempat berkenalan dengan calon lelaki sorang ni. Dah 2 orang je jantan, tak kan itu pon nak menyombong ye dak. Salam dan perbualan dimulakan. Semakin rancak, jelas kelihatan aku rasa aku yang over. Mungkin tindak balas perasaan dan jantung yang nerves pagi tu. Dia dari UUM. Muke macam budak2, bila ditanya? dah 24 rupenye. Aku dengan selamber cakap.."lah, tak nampak mcm 24 pon? ingat mude lagi" dia gelak sambil cakap, "nampak mcm tak matang kan?". Kami gelak sakan. Office tu mmg kami yg punye. 2 calon wanita yg duduk bersebelahan diam saje. Mungkin tengah pasang telige. Curi-curi dengar perbualan kami. 

Kami dibawa ke tingkat 10. Bilik perbincangan. Interview bermula dengan calon yg paling awal datang. "Siapa paling awal dtg ye?" aku diam, buat-buat tengah kemas sijil. 4 saat berlalu tiada siapa menjawab persoalan tadi. Aku terpaksa mengaku. "Ye saya!". Dalam pada masa yg sama dia minta semua calon serahkan resume. 

Aku tengok resume aku paling nipis. UUM dan 2 calon wanita kemain tebal nak mampos. Aku cuak. Rupenye diorang selitkan pelbagai sijil akademik diorang. Aku rasa tercabar lantas mengeluarkan salinan sijil2 aku yg tak seberapa nak ade. Ape yg ade je aku bagi. "Maaf kak, ini je yg ada, yg lain original, tak sempat nak fotostat". Aku nasihat kat korang agar jgn buat kesilapan bodoh ni masa interview kerja. Mungkin ini kali pertama, so aku maafkan diri aku. Kakak tu selak satu per satu. Dia persoalkan ttg slip result aku. Aku cakap transkrip belom dapat. Agak selamber kodok jawapan itu. Dia angguk tanda redha. Aku rasa aku je diploma. 3 calon lain tu ijazah. 

Ingat kan dia yg akan interview aku. Rupenye..."jom ikut akak" atau org putih ckp "lets come folow me".

Aku dimasukkan di dalam 1 bilik khas. Seorang wanita islam, seorang wanita india. Duduk dan bersedia menanti aku. Muke mereka macam "kisah firaun dengan hamba-nya". Tak tau lah kalau korang ade baca cerita firaun tu. Belum sempat aku nak duduk, dia dah suruh introduce diri. Nampak disitu ketidak sopanan mereka. Aku hulurkan fail aku dengan harapan dia bagi aku duduk dulu. Dan secara tidak sengaja aku telah pun duduk tanpa disuruh. Beri salam dan good morning dan aku memulakan sesi perkenalan diri. Yes, for sure ianya fully in BI. Tergeliat lidah aku. tapi aku dapat betulkan balik aku cover macho. Ibu jari kanan bertemu dengan ibu jari kiri. Celahan jari kanan bergabung dengan celahan jari kiri. Tangan aku tak reti duduk diam. Ade je gaya pelik terkeluar. Cume aku tak korek idung je depan dia. Satu ketika dia ade tanya benda lain, tiba2 aku jawab benda lain?! Nampak kecemerlangan aku disitu. Aku cover macho walaupun dalam hati dah rase macam malu dan rase nak menari gangnam style nak tegelak kuat-kuat. Tak sampai 15 minit pon. Aku dipersilakan keluar. Thanks you. aku beri pengormatan terakhir dan dia senyum..banyak dia cerita benefit dan tugas2 jawatan kerja. Agak menakutkan bila dengar sbb aku fresh kan :'(

Keluar dan terus balik. By3x UUM. tak sempat pon nak wish luck kat dia.

Sebelum balik ke rumah aku tiba2 ade niat nak keluarkan duit kat Bank. So aku jalan kaki 2km menuju ke ATM. Dengan rupa paras yg kemas, rambut belah tepi sambil pegang fail, semua mata menjeling ke arah aku. Mungkin tak pernah jumpe org hensem mcm ni. 

Masa aku lalu di depan bangunan KWSP....Terbayang lah waktu zaman aku praktikel. Aku rasa mcm hebat masa tu. Aku happy. Senyum. dan masa tu aku teringat zamir. Rakan baik aku masa praktikel. Hmm...lord of story.

Pendekkan cerita. RM200 dikeluarkan dari bank. Aku sendiri tak pasti mengapa aku keluarkan duit sebanyak itu. Memang aku perlukan duit, dompet aku hanya ade berapa not saje masa tu. Malu nak mintak kat abah apalagi pada ibu. Alhamdulillah, ade lagi duit dalam simpanan. Di dalam LRT. Aku duduk. Tiba2 ade org sapa aku!!!

Oh! Calon interview dari UUM rupenye! Lihat? Jodoh pertemuan di tangan Allah. Rezeki untuk kami berjumpa lagi. Aku gembira....semakin panjang lah cerita kami ber2..LRT tu mcm bapak kami yang punya.. sudah semestinya suara aku yg paling menyeralah. "mcm mane interview tadi?" bla bla bla bla bla aku rase tak de harapan bla bla bla bla... Sebelum aku turun LRT, aku sempat ambil no phone dia. Dan kami bersalam untuk mengakhiri pertemuan. Semoga Allah panjangkan perhubungan kami.

Aku berjalan menuju ke kereta....

Sampai di kereta. Aku terkejut!!!! aku tarik nafas panjang.............

Tayar belakang belah kanan pancit teruk.

Nasib baik tak pecah lagi. Mmg tak de angin. kosong. Mata aku melilau cari bengkel. Aku tak yakin nak paksa drive dlm keadaan tayar belakang mcm ni. Pendekkan cerita. Aku ambil keputusan untuk beranikan diri drive sedikit ke hadapan dgn keadaan tayar pancit bawa ke bengkel dan minta diisikan angin penuh. Aku tau, tayar tu dah boco. Tapi sekurang2 nya pam angin dapat naikkan semula tayar yang lembik tadi. 

"Tayar bocor" cina tu cakap. Dalam hati aku "Ye saya tau". Aku bersyukur sebab jumpe bengkel betol2 depan tempat aku paking kereta. So perjalanan mencari bantuan sangat singkat dan terasa begitu mudah.
Time tu aku ucap banyak terima kasih kat cina tu even dia hanya bantu aku isi angin bukan tuka tayar.

Aku terus bawak balik kereta ke rumah. lebih kurang 5km aku drive. Masa drive, mata aku menjeling jeling ke arah tayar belakang yg bocor tadi. Cermin sisi mainkan peranan penting time tu. Dengan harapan tayar tu masih bertahan untuk bawa aku terus sampai ke rumah. Alhamdulillah....aku sampai saje di kawasan rumah, terus aku bawak kereta pegi kedai "tayar aku". Ye! hanya kedai ni saje yang layak menyentuh tayar kereta aku. Aku pernah ke situ sebab tu aku dah biasa dengan dia.

Pendekkan cerita, aku terpaksa tukar tayar. Ye tukar. Nak tau ape punca bocor? pada mulanya aku pon tak tau....tapi lepas dia tanggalkan tayar...jeng jeng jeng..."u tgok ni" cina tu menunjukkan ke arah satu kilawan besi yg terbenam dalam menusuk ke tayar aku. Dan bila dia pisahkan tayar dgn rim. Dan aku tergamam apabila besi yg menembusi dalam tayar itu sebegini sekali rupa....


Baru aku fikir, kenapa Allah arahkan aku untuk keluarkan duit di bank sebelum balik tadi. Aku redha dengan duit tu. Rupa2 nya ianya dikeluarkan untuk tukar tayar baru. Baru aku fikir betapa sayang nya Allah dengan aku, dia nak selamat kan aku, dia tunjukkan aku keadaan tayar pancit depan mata aku sebelum aku mulakan perjalanan, kalau aku tak perasan tadi, mungkin tayar akan meletup di tengah highway. Bahaya dan malang akan menimpa. & Dalam keadaan yang susah, aku ditemukan pula dengan pertolongan bengkel kereta yang hanya brape meter dari tempat parking aku. Hmmm....Syukur kepada Allah yg memberi pertolongan.

Ingat lagi aku ade cakap, aku terdengar bunyi letupan kecil masa aku ondewei ke interview? tapi aku bodohkan saje. Hm.. Mungkin Allah arahkan aku untuk tidak ambil peduli agar aku tidak cemas dan tidak menggelabah masa tu, dan Allah suruh aku pergi Interview dgn tenang dahulu, Dia tak nak aku serabut.

Aku rasa banyak bena pengajaran yang aku dapat harini. Tak payah lah aku cungkil 1 per 1. A sampai Z aku dah cerita. Macam cerita drama kat tv1 pon ade. Pengalaman tercipta untuk mematangkan diri aku. Baru keluar dari tempurung, sudah di uji oleh Allah. Mungkin ini 1 peringatan! buat hamba-Nya yang selalu ingkar dan mudah leka. Aku terima sebagai pengajaran dan pengalaman.

Notaringkas : Rasanya aku dah tak larat nak taip lagi. aku nak tdo. End of the story, kenalan dari UUM msg aku tgh hari tadi. "Mir, member aku kerja sana dia cakap dalam ke empat-empat orang calon yang datang temuduga tadi, sorang pon tak de yang sangkot dapat, sedih la cenggini" Aku diam seketika. Dan reply dengan nada yg gembira sambil selitan nasihat agar teruskan usaha dan yg penting jgn mengalah!

Lihat kuasa Allah? Sekali lagi aku diberi petunjuk. Aku tak perlu ternanti-nanti akan keputusan temuduga tadi, kenalan yang baru dikenali dari UUM telah memberi tahu aku terlebih awal akan keputusan nya. Lega rasa. Semoga kau berjaya diluar sana kawan. Ade rezeki kita berjumpa lagi # 

By! Salamualaikum.







 

Tuesday, January 15, 2013

IA BELUM TIBA.

Masa terus berputar
Saat aku tidur dan bangun
Masa tetap berputar

Aku pandang dunia
Tidak perlu keluar kemana
Hanya di depan cahaya komputer
Semua nya tersedia ada

Melihat pelbagai dimensi
Menggerunkan hati
Tetapi kehidupan itu pasti
Nyata ia satu realiti

Tatkala kebosanan
Aku beralih pandangan
Mencari yang lain
Keletihan datang
Aku tetap melawan

Mencari rezeki dunia
Ia belum tiba apakan lagi datang
Usaha telah dikerah
Tenaga telah diarah

Tidak sekali aku mengalah
Namun kadangkala terasa lemah
Aku menghembus nafas resah
Sekali lagi aku katakan
Tidak akan aku mengalah

Masa terus berputar
Saat aku tidur dan bangun
Masa tetap berputar.

Amir 'Izzat 
Kuala Lumpur

Monday, January 14, 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT @ STADIUM MERDEKA (HKR112)

Alhamdulillah, Aku berasa sangat penat syukur kepada Allah kerana perhimpunan ini diadakan secara aman dan berjaya menuju matlamat nya. Aku sangat respect pada rakyat Malaysia yang berani turun ke perhimpunan kali ni untuk menunjukkan semangat kita yg cinta akan kpop negara dan benci kepada najib  kezaliman dan penipuan dari najib kerajaan sekarang. Bagi aku, mereka yang turun ini adalah mereka yang mempunyai pemikiran yang jauh dan mengharapkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik pada PRU akan datang atau secara jelasnya, kita mahukan pemerintahan kerajaan oleh PR. So!! Membesarlah kita dengan fikiran yang matang dan dewasa di Bumi sendiri - Malaysia. Lets view gambar-gambar yg sempat diambil sepanjang konsert BigBang HKR112 : 



Ini semua akan dihapuskan selepas PR memerintah nanti. InshaAllah...





Jangan bodohkan rakyat!




Suasana di dalam Stadium.






Beribu lagi di luar stadium yang tak dapat masuk,
Tapi mereka masih bersemangat.




Hazlan Derman is there...kawan seperjuangan aku..
Tak sangka ter tangkap gambar kau sekali..hahaha, semat!


Pimpinan Doa dari Tuan Guru Nik Aziz.


Solat Asar sebelum meninggalkan perhimpunan.

Akhirnya berjaya jugak bertemu....that is my friend.


Ni paling cute ni...haha




Artis, Mislina Mustafa




Nak balik dah...Chawww..


Pengalaman berada di lautan manusia semasa perhimpunan sebegini akan banyak memberi pandangan yang luas dan keterbukaan minda. Dari situ anda boleh nilai sendiri, nyata lebih banyak kebaikan dari keburukan. Anda tak rugi sebab experience is the best teacher. 


-The End-







Friday, January 11, 2013

KL112.

Holaa.

Kamera dah ade dekat aku. So esok boleh lah begaya untuk pegi perang perhimpunan kebangkitan rakyat kat Stadium Merdeka. Ape yg menarik kat sana nanti? Ok, itu bukan funfair ye, cuma itu suara dari rakyat Malaysia yang inginkan sesuatu perubahan. Tak yah la cerita mak jemah kat sini ttg himpunan tu kan, pegi google sendiri. Atau langkah mudah tengok sini "KL112". atau Blog "TukarTube"

InshaAllah aku akan turun untuk berhimpun disana nanti. Dan menari gangnam style kat atas jalan tu. Ok lah, aku nak out. Jaga diri. Esok aku share gambar yg aku tangkap, masuk dalam blog. InshaAllah. Doakan rakyat Malaysia di himpunan esok. :)

NotaRingkas : 2 minggu lepas jiran sebelah rumah aku pindah. Banyak gak barang dia aku intai tengok. Tapi dia tak mintak tolong aku powwn, tegur aku pun tak pernah. Mungkin dia gementar.


Ayuh! bersama masyarakat membentuk negara yang lebih baik!! 

11/1/13


Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Kelahiran mu adalah sesuatu yang wajib untuk diingati. Walaupun tahun lepas langsung tidak ku ingati, namun tahun ini tidak ku ulangi. 

Ucapan buat diri mu.

Semoga perjalanan hidup mu dilimpahi dengan nur cahaya serta hidayah dari Allah yang Maha Besar.

Percayalah wahai sahabat, cita-cita mu yang setinggi gunung itu akan termakbul, jika engkau berusaha dan tidak mudah menyerah kalah dalam hidup. Benar, hidup memang penuh duri, ombak besar kadang kala datang menimpa diri mu, Berdirilah engkau seteguh karang, dan mengharaplah kepada Allah yang Maha Besar.

Semoga di usia muda ini. Engkau wahai sahabat senantiasa dicurahi dengan nikmat kegembiraan, sahabat di sekeliling mu yang sentiasa ada untuk memberi kekuatan kepada mu. Ayah dan Emak yang sentiasa menjadi tulang belakang perjuangan mu. Semoga semuanya diredhai Allah yang Maha Besar.

Selamat Hari Lahir, Syarifah Norziane. Semoga Allah Selamat kan Kamu.



Amir 'Izzat 110113

Wednesday, January 9, 2013

MUET.

MUET. Jangan tanya aku ape itu Muet, hanya orang power je yang tau maksud die. Hanya orang yang ambek muet saje yang tau betapa powernyer orang yang ambik muet ni. Ibarat hanya Anwar Ibrahim saje yang tahu cara dan bagaimana untuk menyelit masuk ke putrajaya. Hahaha.

Ok lah, Result muet dah pun keluar tengah hari semalam. Rasanya semua rakyat pon dah tahu kan, kot ade yang tak tahu atau belom semak result lagi, korang boleh cek out sendiri kat laman web MPM atau nama panjang die, Majlis Peperiksaan Malaysia. Haritu MPM ade nak cari akauntan, so aku try la hantar resume nak kerja kat situ kan, tapi sampai sekarang tak ade ape2 jawapan pon, okbai.

Rasa nak jatuh jugak jantung time cek result tu, aku gune sms, MUET RESULT NO IC send to 15888. Pastu die pong reply. Aku pon bace.....bal bla bla bla "Band 2". Dalam hati aku, Band 2 ni tahap ape ek? Pandai sikit ke, pandai banyak? Aku lupe lah, dulu aku siap tampal kat dinding senarai gred muet ni utk capai sasaran kononyer lah, las las lupe terus. 

Pastu aku pon Google. Rupenye "Band 2" ni bukan pandai sikit ke pandai banyak rupenye...Limited User (Agregat score 101-139), ataupon dalam bahasa kebangsaan panggil, Bodoh sikit. Terok betul istilah tu kan.

Dia tak tahu macam mane parak nye time ambek MUET dulu...Tiap malam spiking london sorang-sorang, dengar earfon dgn penuh khusyuk sbb berlatih guna CD,time tu sape buat bising, mmg aku sound. Beborak pon dalam bi kononyer semata-mata nak yg terbaik dalam result MUET nanti. Tapi ape yg terhasil skarang adalah kenyataan, aku terima dengan Redha jerr...Member lain pon banyak band 2 aku tgok...band 1 pon ramai, band 3 ade la 2 3 kot. Hmmm...rasa teringin tak nak ulang balik MUET ni? kot cite2 nak band 6 ker.


*****

Time ujian speaking. Yang kene berborak ala-ala duduk kat kedai kopi ngn group 1 kumpulan 4 org. Ade panel atau penilai dok kat kiri dan kanan meja borak tu. Tajuk yg aku dapat time tu.....Situasi dimana pelancong asing datang Malaysia, so kita kena tunjukkan tempat2 yang menarik untuk diorang lawati lah. Ade lah die bagi point-point untuk kita kembangkan ayat tu. Point yg dia bagi pon, sememeh je.. Point aku dapat nak tau ape? MUSEUM! Hahaha....amek kaw. 

Tiba je part aku, dengan muke yang hensem dan macho aku tibai je ape yang terlintas kat fikiran.....semua terkeluar time tu, nama PM pon aku sebut, bajet nak tunjuk aku ingat nama penuh najib lah...ade gak aku tersasul cakap BM...Cepat-cepat aku cover macho balik.

Dan ade satu ayat yg aku tak leh lupa....ayat "CUTI2 MALAYSIA"... aku dah nak tergelak time tu sbb semua pandang aku lain mcm. Eh! mmg btol pon, tak kan Cuti2 Malaysia jadi Malaysia Holiday kot? kan? Lain plak bunyi nye tu. Yg member aku sebelah ni pulak, Tiket masuk zoo melaka pon dia nak cerita sekali. Malangnyer, ape yg dia nak cerita tu tak kesampaian, tunggang langgang bunyi nyer...aku cuba nak bantu a.k.a nak tunjuk kehebatan, tapi aku pon tekial-kial...Kitorang terfikir, tiket dalam bahasa inggeris ape ek? HAHAHA.. Itulah org kate, kalau kita neves...semua bende boleh jadi bangang. Otak tak cukup oksigen.  

Litsening ngn writing tak payah cerite...awal-awal aku dah kibarkan bendera putih. Reading ngn spiking jelah harapan time tu. Balik rumah, muke masam jerrr.....x de mood.

Nak power cakap bi bukan perkara yang mudah, Even kita mestilah rajin dan kene biasa berbual dan berinteraksi dalam bahasa english. Tgok? aku ade gune perkataan "even" dalam percakapan aku, so maksudnye aku sedang berlatih membiasakan diri untuk power cakap bi. Simple right?. HAHAHA...



Notakaki : Semalam UPU mintak sijil Muet, mane nak dapatkan sijil Muet tu ye? 




Monday, January 7, 2013

Kelahiran Hamster.

6 Januari 2013. Kelahiran siapa? Ok setakat ni takde siapa lagi yang pregnant dekat dalam rumah ni, kecuali my Hamster. So kita berbual tentang hamster lah ye. Bagi siapa yang alergy dgn binatang ni...korang tak digalakkan baca. Hahah. Gurau je. Ok lah. Once upon a time.......

Las dia pregnant, its not mistaken la time aku study dulu. Semester akhir, bizy-bizy pon aku sempat upload kisah diorang kat "sini" korang boleh klik utk tgok. Itu kelahiran yang ke 3 rasanya. Dan 6 January 2013 ni merupakan kelahiran kali ke 4. Wow owesome kan.

Kali ni memang aku tak sempat sangat nak upload gambar kelahiran / baby Hamster meriah-meriah dalam blog. Kamera tak de kat tangan, nak harap phone, sangat makan masa dan belum tentu dapat hasilkan gambar yang owesome. Nanti penat je kan :( But! Kita kan ade Google!....Baby hamster aku sabijik macam diorang ni :

Ok lupa nak bagitau, Hamster yang beranak kali ni adalah jenis / baka Whinterwhite.
Tapi jenis whinterwhite yang bercolour Hitam + kelabu and putih. Ada percampuran / mix colour kat situ. Thanks Google :)

Jumlah anak yang keluar kali ni Alhamdulillah, not bad. Im get a 5 new baby.
(Gambar also from google, pinjam ok). I dont have a white colour moms.

Ya! This is my own picture. Yang belah kanan tu the real moms, belah kiri tu dad. Bagitau si dad ni sangat aktif dalam aktiviti sexual. Kesian kat mom kan. Sebab tu aku jarang satukan diorang dibawah satu bumbung. Tiap-tiap bulan plak dia beranak nanti. Colour body mereka sangat macho kan? Tapi aku dah biasa. :) kalau tengok real. Sangat cute!

Ni gambar moms yang tengah sarat. tapi rasanya ni baru 2weeks. Yang paling latest ni, lagi triple besar perut dia tu. Kalau korang ingat, aku ade bagitau yang Hamster ni kudung kaki sebelah dia tu. persan tak? Cer tengok betul-betul. Kan? . Ok aku akan cerita mengapa jadi begitu. Once upon a time....

**********

Waktu kelahiran pertama dia, ok time tu Tuan dia bukan aku tau. Tuan pertama dia ialah member aku, Hafiz Zainal. And second its me. So, pada waktu awal kelahiran, member aku ni dah tak hiraukan ttg dia, (dan tak tau pon dia ni beranak) dan berhajat nak lepaskan saja dia ni ngn si dad tadi kat dalam hutan area tempat study aku. But aku suruh hold dulu. Biarkan je dalam rumah ni, kesian kot nak lepas kan dalam hutan. Belum tentu Hamster ni boleh survive. So tak lame kemudian, lepas balik dari cuti weekend, member aku yg tak balik bercuti kata kat aku yang hamster beranak...lantas aku pergi tengok dan look like dia tengah makan anak dia!. Time tu aku tengok sendiri dengan mata aku yang si moms ni makan anak dia sampai hilang kepala body semua. Too bad. 

So aku biarkan saja perkara ni, mmg dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Time tu aku tak de jiwa sangat. Sebab aku bukan tuan empunya binatang. Dan aku tak rasa apa-apa time tu.

Hamster tu dibiarkan sahaja minggu ke minggu. Entah apa yang diberi makan, aku pun tak tahu. Lokasi dia dekat sebelah TV, sangkar warna pink. Time tu member aku Hilmi yang banyak jage dia. Hafizz dah berambus masuk asrama. Hamster tu dia dah tak nak. So sad sebab bekalan makanan dah lama habis. Aku tak tahu lah Hamster yang baru lepas pregnant ni diberi makan apa. Jangan terkejut kalau aku cakap, member aku sampai bagi ikan masin sekor utk Hamster ni makan, myb dia dah tak tahu nak bagi makan ape, well time tu perut dia sendiri kebuluran.

Dan its not mistaken jugak, time tu lah Hamster moms ni makan kakinya sendiri. Myb stress! dan sangat lapar. So sad kan. Member aku Hilmi sumpah seranah time tu, dia sendiri tak sangka Hamster ni makan kakinya sendiri dan cacat selamanya. But dia tak sedar yang hamster tu sangat-sangat lapa dan kekurangan gizi time tu. Ya its Stress. :(

Dan selepas kejadian tu, aku take over. Aku ambik Hamster yang terbiar sebelah TV ni, bawak masuk dalam bilik aku dan jaga dia. Kawan2 aku banyak support. Alan ngn Azrin, diorang cool. Boleh terima kehadiran "orang baru" dalam bilik kita. 

Hari demi hari, Hamster ni sihat sangat! dan moment yang paling manis ialah masa aku, alan ngn azrin bermain dengan anak2 hamster yang dah berusia 3 minggu masa kelahiran kali ke 2 Hamster ni. Memang pun, Hmaster ni  berjaya melahirkan generasi baru kali ke 2 dan selamat dibawah jagaan aku. Anak dia 5 ekor time tu. Mula dari saat inilah aku giat membela Hamster. Tapi bukan lah pertama kali, cuma orang kata, hobi lama datang kembali. mcm tu.

Gambar anak dia time kelahiran kali ke 2. Usia around 3week.


Sedikit fakta nak dikongsi. 

Hamster yang baru lepas bersalin akan kekurangan banyak tenaga dan sel-sel badan / gizi akan kurang dan menjadi lemah. Oleh itu si pemilik perlu memastikan Hamster kesayangan anda yang baru sahaja lepas bersalin ini diberi makanan secukupnya! Berterusan dan konsisten agar hamster tadi kembali bertenaga dan mampu memberi kan baby-baby nya susu yang baik dalam kuantiti yang banyak. Aku ade dengar yang putih telur rebus baik untuk Hamster yang lepas bersalin untuk kembalikan gizi badan Hamster. But im not sure for that. Aku just bagi makanan biasa mereka, seperti Barley Oats Treat, makanan mix macam kuaci, jagung, and pallet dengan sayur dan buah-buah fresh. Alhamdulillah, Hamster ni sihat dan boleh terima dengan baik.

Fakta yang kedua is. Anak Hamster yang baru lepas dilahirkan / fresh tidak berbulu adalah dilarang untuk disentuh mahupun dipegang sama sekali. Ini kerana, apabila anda menyentuh anak Hamster yang masih tidak mempunyai bulu ini, apabila si ibu Hamster menghidu bau manusia pada badan anaknya. Awas! si ibu Hamster akan rasa sangat terancam! lantas memakan anak-anaknya yang mana telah disentuh oleh manusia tadi. Ye! Pemilik Hamster perlu tahu bahawa Ibu Hamster yang baru lepas melahirkan anak sangat agresive dan sangat garang serta begitu sensitive dengan bau dan juga persekitaran sekeliling, Ini kerana Ibu Hamster mahu memastikan bahawa anak-anaka mereka itu selamat dan tidak diambil oleh manusia.

So? Akhirnya dah terjawablah....kenapa Hamster aku tadi pada kelahiran pertama, dia makan semua anak-anak dia dan sanggup makan kakinya sendiri...Sebabnye ialah :

1st : Aku baru dapat tau yang, masa kelahiran anak dia, member aku sorang ni gatal tangan kononya nak angkat anak-anak hamster ni nak taruk dekat dalam bekas makanan supaya lebih nampak tersusun and lebih cute myb? So secara tak sengaja dan tidak berpengetahuan, dia "telah menyentuh" anak-anak hamster itu tadi. So tak heran lah kenapa mak hamster tu makan habis anak dia kan :(

2nd : Lapar dan tak diberi makan dengan cukup menyebabkan mak hamster ini memamakan kakinya sendiri. Macam aku cakap tadi, dia stress dan kekurangan zat dalam badan. Sedih kan. 

But kesengsaraan dan kebodohan silam itu tidak lagi berlaku pada Hamster ini apabila mereka bertemu dengan pemilik baru iaitu...Aku sendiri :) Bangga sangat dapat selamat kan dia. Dan Alhamdulillah, ber kali kali sudah Hamster ni melahirkan generasi baru, cuma sedikit malang, tak banyak anak dia yang mempunyai hayat umur panjang. Kebanyakannyer mati diserang penyakit mata dan kuku also lidah. Ye, itu semua salah aku sebab tak rajin bersihkan cage dan kurang pemberian vitamin dah makanan berkualiti. Sedih tau bila tengok Hamster kesayangan kita mati. Sebab kita bele dia dengan baik masa kecil, kita tengok kehidupan dia, Bila mati, mmg terasa jugak la.

See? ini gambar real. Anak dia mati sebab kene serang dengan penyakit mata, kuku dan lidah. Wow macam Doktor Veterinar dah aku ni kan..(Alan buat peace, dia tau aku akan upload gambar ni suatu hari nanti..hahaha, hope kau tgok gambar ni)


Anak Hamster yang baru dilahirkan bentuk dan rupanya adalah seperti macam gambar kat atas ni. Ye sekarang aku ada 5 ekor anak Hamster yang kecil, & masih merah macam ni. Kat atas ni banyak sangat kan? mcm mane nak jage tu...O_0! Ingat! jangan sentuh anak hamster yang baru lahir.

Untuk masa ni aku just biarkan mak dia bagi susu dan duduk berpantang dalam sangkar "pink" that is sangkar khas yang aku asingkan supaya mak dia alone time beranak haritu. Ini penting agar si bapak dan adik beradik lain tidak ganggu si baby baru dan si emak yg dalam pantang...

Tahniah untuk Hamster aku tu. Dan Tahniah untuk diri aku sendiri jugak..Hahaha..Puji diri sendiri# Hope korang terhibur dan kepada pembela Hamster, semoga korang dapat tips yang bermanfaat ok. Memang kalau anda buat research di internet berkaitan Hamster, anda memang jumpa apa isu atau topik khusus yang anda nak, tapi kebanyakan nyer versi Indonesia, Setuju? dan memang agak susah nak difahami bagi kita orang Malaysia. Tak tahulah kenapa orang Indonesia lagi ramai yg tahu menahu ttg penjagaan Hamster ni kan. Diorang lagi update. Ape-ape jelah, InshaAllah kalau rajin lagi, aku akan kongsi kisah hidup Hamster aku kat blog k. :) Have a nice day with your Hamster! Assalamualaikum........