Monday, December 9, 2013

Suatu petang yang disengajakan.

Petang tadi aku lapar sangat. Tapi rasa malas nak membeli sebab fikir balik, malam nak makan lagi. Demi penjimatan, aku keluar pegi jalan-jalan hirup udara petang. Moga-moga aku terlupa yang aku sedang lapar.

Radio dan kamera jadi peneman sepanjang jalan. Saja aku bukak tingkap biar aku boleh hirup udara sekitar kampus ni.

Berhenti sekejap aku dekat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Kaki rasa nak brek dekat situ, sebab rasa macam berada dalam hutan yang sejuk dan tenang. Lihat..



Actually fssk boleh lah aku katakan antara fakulti yang terbesar ada dekat dalam UKM ni. Top 5 mungkin. Sebab bangunan dia memanjang. Dan not bad, program yang ditawarkan juga very interesting. Cuma segelintir pihak yang masih "cemburu" dengan budak-budak2 fssk ni. Entah ape kes. 

Enam pusat pengajian di bawah payung FSSK adalah :

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (MENTION)
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Pusat Pengajian Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Pusat Pengajian Sains Pembangunan dan Persekitaran
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

Yang menawarkan program di peringkat Pra dan Pasca siswazah dalam bidang.....

Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian) dalam :

Kesusasteraan Melayu
Pengajian Bahasa Melayu
Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu
Pengajian Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Bahasa Inggeris

Sarjana Muda Sains Sosial (Dengan Kepujian) dalam :

Antropologi dan Sosiologi
Sains Pembangunan
Geografi
Komunikasi Media
Psikologi
Pembangunan Manusia
Kerja Sosial
Antropologi dan Sosiologi
Sains Politik
Sejarah
Linguistik


Kan? Sangat menarik bagi sesiapa yang minat membaca dan cenderung kepada sastera, Fssk adalah fakulti terbaik aku rasa. Seronok? Ok. mari aku kedepan sikit, bawa kauorang jalan dekat sikit dengan pintu masuknya. View kat atas ni adalah dari belakang fakulti. Bangunan batu-bata adalah normal kat sini. Memang klasik sangat lah. 


Susur gajah yang berbumbung pokok :'(


Sampai...





Ini adalah lorong "Chowkit"..aku tak tahu siapa yang bubuh nama ni.
Tapi student Fssk memanggilnya lorong chowkit. Orang KL mungkin tau lorong chowkit yang sebenar macam mana bentuk dan "keadaannya"...haha.
 Kat lorong ni kalau waktu puncak sangat crowded dan macam pasar malam. Jalan pun boleh berlanggar bahu..dan waktu malam pula ada saje yang sedang buat kerja kat tepi2 lorong ni.


Ada banyak galeri lukisan, artis, and so much more yang ada nilai budaya dan kesenian kat fssk ni.. Batak sekejap, But aku memang tak boleh nak cover semua lah...haha..



Ok, dah nak balik...sebab dah senja...


Fssk, Jumpa kita sem depan ye,
 inshaAllah...

Minggu lepas rajin lalu lalang kat chowkit, pegi solat kat situ...
Ambik nafas.

by..



No comments:

Post a Comment