Monday, December 23, 2013

Perjalanan pulang melalui lorong hidup....

20.12.13

Perjalanan pulang dari kampung baru kuala lumpur sebelum itu ke UKM mendengar ilmu. Jam dah pukul 3 pagi. Kawan-kawan dah balik dan aku hantar zamir balik ke ampang. Jalan F.

Keluar dari simpang, aku dan zamir dikejutkan dengan lambaian tangan seorang nenek tua yang agak mencurigakan atau jujur nya..menyeramkan. Lambai dan terus melambai..macam tengah mintak pertolongan. Barangkali. Aku tak fikir dia gila sebab lambaian tangan tu penuh makna aku rasa.

Naluri hati aku mengatakan "berhenti kan kereta!"...tapi secara tak sengaja, kereta dah berlalu terus meninggalkan nenek tua tu...hati dan fikiran tidak bergerak seiring. 

Jam tangan pkul 3.30 pagi. Sejuk dalam kereta.

Nasib ada zamir, sekurang-kurang nya tak rasa takut sangat. Dan aku pun berhentikan kereta tak jauh dari nenek tu. Aku dgn zamir perhatikan kelibat nenek tua tu dari jauh...nenek tu berterusan lambai tangan kat kereta aku..dan jugak kat kereta yang lalu lalang, tak banyak pun kereta, 1 2 je, itu pun terus pecut je..

"Ada motor berhenti kat nenek tu lah zamir"...kita tengok reaksi....

Actually bila ada motor dah berhenti...aku berani sikit nak reverse kereta pergi dekat dengan nenek tua tu....

"Siapa yang nak cakap ni?" 

"Bukak tingkap sikit, pastu kau cakap"

"Eh aku plak?"

Tiba-tiba kereta aku dah berada di tengah jalan dan nenek tua tu bersebelahan dengan tingkap aku..

"Mak cik nak kemana?"

"Tolong saya...mana saya nak tidur ini malam....mana saya nak tidurr!!...(suara nenek tu menggigil aku tak pasti sama ada dia sejuk atau lapar, tapi dia nampak keletihan)"

"Mak cik dari mana?"

"Saya jhalan! sesat tak tau kemana!!...tolong saya nak...sekarang mana saya nak tidur!!..."

"Anak mak cik mana?"

"......(tak jawab soalan).......nama saya wak (aku lupa nama nenek tu)...(berulang kali dia sebut nama dia depan kami)..tolong saya nak...! mana saya nak tidhur!"

"(Aku nampak mata dia bergelinang dengan takungan air, cuma belum tumpah)"...

Dan waktu tu kami decide untuk suruh nenek tu tunggu di tepi jalan sekejap....

"Tunggu tepi jalan sekejap, nanti kami datang balik.."

Sebenarnya dalam masa yang sama nenek tu macam enggan pergi dan zamir arahkan jugak nenek tu duduk dulu dibawah pokok...kami janji lagi 5minit akan datang balik. Dia berdiri tengah jalan aku risau kene langgar pulak nanti. 

"Ya saya tunggu! nanti datang balik ya! saya duduk sini ya nak.."

Tak berani nak bawa dia masuk dalam kereta, takut perkara yang tak diingini pulak berlaku nanti. Jauh disudut hati aku...sedih dan rasa sebak. Apa yang aku perlu buat?

Aku terus gerak kereta, dan decide dgn zamir untuk pegi report polis mohon bantuan...Ade pondok polis berdekatan dengan jalan tu, tapi gelap gelita mcm tak berfungsi pulak. terpaksa pergi jauh sikit kat salak selatan. Dan sampai balai polis.

"Kami terserempak dengan seorang nenek tua berjalan mintak tolong dekat............."

"Lingkungan umur berapa?"

"74....(zamir yang teka)"

"Tak ada balai polis kat situ?"

Pendekkan cerita bahawasanya anggota polis hanya memandang perkara itu remeh dan dia tak ambil serius. Aku ngn zamir mintak utk mengundurkan diri dan.....mengotakan janji untuk datang semula selepas 5 minit. (Terpulang pada polis tu untuk tindakkan susulan)

Sampai kat jalan tadi, bawah pokok yang di arahkan untuk menunggu.

Nenek tu dah tak ada...

Pusing mencari....Eh! dia tengah tidur bawah pokok!

Oh silap...itu hanya sekumpulan sampah.

Hm......biarlah....kita dah report kat polis. Mudah-mudahan selamat. 

Beristirfar dan selawat.

Pecut terus ke ampang, hantar zamir pulang.

**********

Nenek tua, rambut nya putih, berkain batik, berkaki ayam.

...Dan malam tu pkul 5pgi aku tak tidur lagi, kadang aku terfikir....mana anak-anak nenek tu eh? dan...mcm mana dia boleh sesat sampai ke situ? memandangkan kawasan tu kawasan china. aku rasa mcm nak tahu sangat...Nenek tu melayu, ada loghat jawa. Kesian dan lepas dari tu, aku hanya mampu berdoa nenek tu selamat. Semoga nenek tu dilindungi Allah..

Mungkin Allah sedang menguji aku dan zamir waktu tu. Sejauh mana agaknya keprihatinan...lagi-lagi dah larut malam macam tu. Sampai ke harini aku tertanya-tanya..apalah nasib nenek "haritu.."

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)


Notakaki : Terima Kasih zamir yang sudi membantu. Semoga Allah merahmati usaha kita yang kecil itu.


"Dalam perjalanan pulang melalui lorong hidup, pasti banyak cerita tersangkut dikaki limanya"

No comments:

Post a Comment