Sunday, December 1, 2013

Paradoks.

PARADOKS merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. 
Contoh : Benci tetapi Rindu.

Midterm exam dah lepas. Dan sekarang turn untuk stand-by final exam. Macam kat poli dulu PB aku boleh kate gempak-gempak atau boleh dikatakan berada pada paras yang selesa..Kalau ayat berlagak dia, "Alah, jawap 1 soalan je pon dah sure lulus..".. Maka pada waktu itu semangat aku untuk study secara extreme mmg teserlah. Takat nak mintak maksud Mudharabah tu, aku rasa aku boleh goreng penuh satu muke surat (padahal markah 2 je). Dan tak heran bile keluar result, tak A, B. Dua abjad tu je aku nampak. 

Tapi,

Kini tidak lagi sebegitu...Entah kemana Amir yang dulu, entah kemana 'Izzat yang dulu, entah kemana anak Rosli (no3) yang dulu.. Payah, semakin tertekan aku rasa. Nak nak aku ni yang mudah lemah semangat. 

Kelmarin, aku dah pegi tgok result midterm statistik aku. Gaya Prof sebut markah aku tu, ade gaya mcm peluru berpandu tembak masuk dalam jantung aku. Than aku senyum pastu terus blah.. Hancur hati aku dapat tahu result seteruk tu. Ape semua yang aku calculate tu salah ke??? so PB aku result mcm tu? Aku dah buat experiment, yang kalau aku nak lulus, aku kene full mark masa final nnti. Dan serius aku tak yakin.

Lepas sarapan (actually aku tak sarapan pon, dah kene peluru mcm tu, ade pulak selera nak makan?) just temankan yap ngn luqman..than terus aku cakap aku nak balik bilik. Kemas beg terus pecut balik KL. Ikut depa lah nak cakap ape. 

Sedih pon ade, rasa bersalah pun ade. Bercampur-campur hati aku ni. Ayob umur sebaya ngn aku, tapi dia dah 2nd year, dia banyak nasihat aku dia banyak kongsi pandangan dan pengalaman dia sendiri buat aku kadang-kadang rasa kagum ngn semangat dia. Dan kenapa aku tak leh? 

Option.

Yup, bila aku sedari yang aku macam tak confident nak teruskan..aku mula cari option. Abah restu keputusan aku untuk cari option. Dan sekarang option tu dah ada dalam tangan aku. Aku senyum kerang bila tengok option tu (Fact : Amir seorang yang mudah bertukar pendirian) , sbb aku mintak option dah lama, tapi baru sekarang dia nak reply, but aku masih bersyukur sebab aku ade option  yang macam tu, dan aku tak rasa orang lain ade macam aku.HAHA

Turn to back,

Kepada Allah swt yang mengatur sesuatu perkara. Aku cuba untuk berlapang dada, agar apa jua keputusan itu, aku terima dengan redha. Btw kaki ni rasa takut-takut je nak melangkah. Selawat.

Sebelum balik KL tu aku singgah kedai buku kat pusanika. Beli buku statistik (Lagi sebulan nak final baru kau nak beli buku mer?) Harga dia not bad, ada rasa macam boleh beli 1 lagi cage hamster berterowong. Than kat rumah aku bukak buku tu, pegang pensel dan study. Dan 5 minit lepas tu aku rasa macam....ok....mana satu nak kene buat dulu ni? dan...apebenda dia cakap ni? Dan tibe-tibe adik aku panggil makan malam.."Abang makan!" So...aku taruk pensel dan pegi makan dulu.

Dan lepas makan aku tengok tv. Kononnya biar food tu digest dengan baik dalam perut. Dan....tak lama kemudian, magic berlaku! maka buku statistik itu tertutup sendiri.

Kesimpulan,

Usaha tu ada. But Ibu sendiri tahu yang anak dia tak mahir mengira ilmu matematik sejak bangku sekolah lagi. Lemah bab kire-kire ni. (I am Lefthanded ok) Tapi macam aku cakap tadi, usaha tu dah ada...(Sejarah membuktikan yang aku telah/pernah berusaha sehabis baik apabila subjek yang aku tak minat seperti Statistik dan Maths dan Bisnes Finance dan Akaun pada peringkat Diploma dulu dan akhirnya aku boleh je dapat B-) cuma teknik mengajar kat kuliah sekarang ni dah macam.....cannot explain by words..totaly different dgn dulu. dan bukan takat tak boleh digest, nak telan pun aku tak boleh. Aku dah cuba sehabis baik dan masih mencuba untuk bangkit final nanti walaupun buat masa ni aku tak nampak celah mana yang dikatakan bangkit tu. But the way kalau aku rasa aku terpaksa guna option. Aku guna. (Subjek teori makanan aku, so tak payah borak ttg sbjek teori)

#Repost from @azureenzukifli . Dari darjah 1 I am labeled 'tak terer math'. I was made to believe so. Sebab sekali kau tertinggal, kau terus-menerus ditinggalkan, bilamana cikgu layan budak-budak duduk depan saja atau yang banyak tanya. Kita tak banyak tanya for a reason; sebab kita taktau pun apa nak tanya. Begitulah tahap blur atau uninterested-nya. Rupanya sekali berjaya catch up, dan dapat acknowledgment dari cikgu, baru excited nak belajar dan tambah kepandaiaan. Reminder to all teachers, Math alike ain't the more powerful subject k? Kenapa dapat A untuk muzik atau seni, bangga dia tak sama macam dapat A untuk math fizik bagai. Guru kelas especially, please take note. Give credit where credit is due. Takde siapa bodoh, cuma kita pandai dalam field berbeza-beza.

Nota Kaki : Perasan atau tak yang banyak words aku just metaforakan je, tak cakap terus terang..sebab aku janji bila betul-betul dah terlaksana nanti baru aku terus terang. Kan aku cakap, aku sedang b'usaha?

P/s : Aku rindu nak sembang dengan Shah. roomate afiq faiz. Dan zamir cakap nak lepak tapi mana kau?






No comments:

Post a Comment