Sunday, November 24, 2013

Tips Penjagaan Rapi Hamster Syrian

Dua minggu lepas beli cage baru untuk semua hamster. Sebelum ni ade 3 cage, dimana gender dan baka diasingkan sebab takut berlaku kehamilan diluar jangkaan (unplanning). So memang bertingkat-tingkat cage diorang belakang pintu tu. Ada rasa mcm banglo 3 tingkat.

For the new! aku baru beli cage baru untuk mereka...blink blink sangat smart. Dan harganya pun sangat smart jugakk.. Location? dekat The Scott Garden @ dekat Tesco Klang Lama. Kedai pets. Speciall dan gila best kot. Actualy dah masuk sebulan jugak aku beli. Ni hah rupe cage dia..


Tips Penjagaan Rapi Hamster Syrian

  • Hamster syrian merupakan spisis hamster yang bersaiz besar dan kuat makan. Saiz badan hamster ini boleh menjadi semakin besar sepanjang dan selebar tapak tangan kanak-kanak. Jadi mereka akan terus membesar bersama tuan nya, maka jagalah sebaik mungkin. Hobi membela mereka sangat cool.

  • Tidak menggigit tangan manusia. Kecuali berasa diri dalam keadaan cemas (biasanya waktu usia kecil) tapi jarang berlaku. So penjagaan yang rapi akan lebih mudah kerana syrian bukan penggigit!

  • Mempunyai 2 jenis iaitu. Berbulu pendek (Syrian Short hair) dan berbulu panjang (Syrian Long hair). Jarang kita bertemu dengan kedai pets yang menjual jenis long hair kerana spisis ini agak terhad lebih-lebih lagi untuk menghasilkan baka syrian yang berbulu panjang, perlu dikacukkan terlebih dahulu dan dijaga selama berbulan-bulan sebelum bulu yang panjang itu terhasil/kelihatan dengan cantik.

  • Kuaci dan kekacang sememangnya adalah makanan kegemaran hamster. namun semata-mata jika bergantung pada bijirin itu sahaja, nescaya hamster anda tidak hidup lama dan tidak cantik dari segi bulu dan mungkin mudah saja dijangkiti kuman, lembik dan kelihatan lesu.

  • Maka tambah-lah suplement untuk makanan harian mereka seperti campuran vitamin didalam air minum mereka, sayur-sayuran segar seperti karet, brokoli, kacang panjang dan buah-buahan segar. Belive me, makanan tambahan seperti ini amat penting untuk ketahanan body mereka.

  • Nutrient dan vitamin yang terhasil dalam pemakanan segar ini boleh menyihatkan lagi hamster anda, dan secara tidak langsung jauh dari sebarang penyakit. Btw, hamster aku bergaduh or begurau entah camane sampai kelopak mata dan telinga terkoyak. Oh! look very seksi. rrrr...

  • Pembersihan cage yang baik. Kuman mudah sahaja merebak di kawasan sangkar. Mata adalah organ yang paling mudah dijangkiti kuman. Apabila berlaku tanda-tanda keadaan ini (berkudis/nanah), segera bersihkan mata hamster dengan air yang dibasahkan pada tisu. biarkan kering dan titiskan eye-mo (berpenutup biru) / Ye, eye mo yang digunakan manusia itu boleh juga digunakan pada mata hamster yang berkudis @ diajngkiti kuman. Tititskan dengan baik mengikut keperluan, tapi jgn terlalu kerap/banyak. dan pastikan titisan eye mo diserap dengan baik pada biji mata hamster.

  • Kudis ataupun kulit kering / ringworm / fungus biasa terjadi apabila hamster syrian mencecah usia remaja. Ini akibat keadaan sangkar yang basah, suhu yang kurang baik, ruangan udara yang terhad akan mengakibatkan hamster dikeliling dengan udara yg ber bakteria. Kita memainkan peranan dalam mebersihakan badan hamster sama ada cara memandikan dengan menggunakan syampoo khusus atau mengelap badan mereka menggunakan celupan air bersih / semburan khusus. Terpulang. yang penting badan mereka sentiasa dibersihkan begitu juga sangkar.

  • Dan, apabila mereka pregnant? beranak? Ya....pastikan anda menjadi tuan yang hebat! kerana sedikit kesilapan atau lambat bertindak, maka akan matilah semua anak-anak hamster itu, dimakan atau tidak akan disusu oleh ibunya, mostly akan diamakan. Ingat dan ketahui bahawa syrian betina sangat dan teramat serius semasa preganancy. Tak berniat nak cerita tentang hal ehwal pregnant. Mungkin lain kali atau next post. Sebab aku punya pun tgh "tunggu masa".



Perkongsian tips-tips ini adalah dari pengalaman semata-mata, sekadar perkongsian.

Tengok hamster syrian kat atas ni? Terlalu lena tidur, sampai aku angkat bawak keluar pon dia tak sedar-sedar. For sure bukan mati ok! Tengok pulak berapa banyak serbuk kayu melekat-lekat kat bulu dia? Terpaksa lah tarik satu-satu. Ini antara syrian long hair yang terbaik aku ada. InshaAllah , mcm aku cakap tadi, tak lama lagi datang pula lah generasi baru. Aku "satukan" sejak beli cage baru..HAHA..tunggu dan lihat.

By..






4 comments:

  1. Wei. Ada something kat kaki hamster aku. Tatau la kudis ke kurap ke tapi sekarang dah berdarah sikit. Cane ni ???????? Contact aku kat oh.eily@yahoo.com. Hantar emel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamster tu jenis apa? tengok betul2, kesan bergaduh atau betul2 kudis/ringworm kering? kalau kudis mungkin boleh hilang dalam seminggu. mc sure jugak condition sekitar dia bersih. bagi makan karet dan sayur and than drop vitamin kat air dia. Hopefuly nutrisi tu boleh lawan penyakit. tapi kalau begaduh, asing kan dulu buat sementara waktu.

      Delete
  2. hamster saya jenis syrian jugak, tapi kann telur jantan dia besar laa. pelik sangat saya tengok, hmmm

    ReplyDelete
  3. alamak tak reply pulak, aduhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete