Monday, November 18, 2013

Comel nya UKM.

Kalau di UKM itu emangnya popular dengan binatang liar. Terutama monkey. yang comel-comel. yang segak-segak. cuma nakal sikit, sebab mereka masuk bilik sister buat sepah. dan curik makanan. Dekat zaba' mereka aktif di blok sister. Lelaki jarang, dan rasanya tak pernah.

Cuma point dia dekat sini, aku teringat yang...

Aku pernah bela spesis mereka ini. 5 tahun bela monkey. Mesti awak tak percaya...haha. but serius lah, aku pernah bela...dan nama dia "comel".

Comel aku bela waktu dia kecil lagi. bulu pun belum tumbuh sepenuhnya. Pak cik aku jumpa comel di jalan. tercicir dari kantung mak nya. kutip dan waktu tu abah mintak, dan pakcik bagi kat abah.

Dipendekkan cerita, comel dah besar dan tak sesuai bela di dalam rumah. Agak rupa dah macam gorila. Maka dilepaskan di belakang Masjid Negara. Ada hutan belakang tu.

5 Tahun beb. dia kenal aku. aku kenal dia. bila panggil comel, dia jerit. bila suap buah, dia makan dengan bersungguh. Begitulah haiwan, mudah kenal dengan tuan nya. Tapi dia dah besar dan nampak mcm aku dera dia, bila aku kurung dia dalam sangkar kecik. dia ganas dan memberontak tiap malam.

Masa lepaskan dia dalam hutan tu, ade feeling macam.....ok. terima kenyataan. 

Sehingga sekarang, bila aku tengok monyet, aku rasa sayang dan rasa unik, sebab aku tahu A to Z tentang gelagat mereka. Comel!

Oh kembali balik ke UKM. Lepas aku research. rupanya kehadiran monyet yang melampau kat area kampus, ibu zain, belakang fssk, dan bnyk tempat lagi, rupanya disebabkan oleh pembangunan/ penerokaan kawasan hutan untuk dibangunkan dimana hutan-hutan itu merupakan tempat peninggalan mereka. 

Sumber makanan mungkin berkurangan, Lantas monyet-monyet ni terpaksa menyelogkar tong sampah, masuk bilik student dan berkeliaran di sekitar kampus akibat "rumah" mereka sudah diancam pembangunan moden. Wallahu'alam. Berkongsi lah kita mencari kehidupan di bumi Allah.

Kolej Pendeta Za'ba over the sunset...





2 comments:

  1. Nampaknya kita harus 'kekalkan' tempat tinggal mereka ;)

    ReplyDelete
  2. Faktor geografi ukm itu sememangnya berada di kawasan hutan tebal dan bukit bukau. Nak bina kemudahan universiti, terpaksa lah tanah tu diterokai...ambil civil kan? haa...boleh la wat research ;)

    ReplyDelete