Saturday, September 21, 2013

20 September 2013

Aku rasa mcm kekok nak taip sebab lama sangat tinggalkan ruang ni.
Aku tak pegi mana-mana pun, ada je kat Malaysia. 
Masih sempat menyambut 31 Ogos di Dataran haritu.
Mungkin sahabat sekeliling yang mengenali diri ini dah tahu yang kini aku sedang ada dimana.

Ye,

Dah masuk bulan ke 2 aku tinggalkan alam kerja.
Aku tak kongsi apa-apa. Sebab rasa malas.

Sekarang aku kat Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ada orang cakap Universiti Kebanggaan Malaysia.
Ada jgak yang cakap Universiti Kebebasan Malaysia.
Macam-macam persamaan depa bubuh. Layan jelah. Ada makna tersendiri mgkin.

Apa yang aku buat di UKM?

Dulu. Dulu. Dulu. Menanam cita-cita yang tinggi untuk pijak kaki smpai ke U.
U mana? UKM ngn UUM. Atau nak yang belakang rumah UPM.
Sampai lah habis diploma aku, pun masih tanam cita-cita yang sama.

Allah itu Maha Besar.
Diberinya kepada aku apa yang aku minta.
Juga dengan kos yang aku minta dan minati (pun boleh)
Ekonomi.

20 September genap 20 hari aku hidup kat ukm.
Mula dari 1 september 2013.
Kehidupan aku berubah dari seorang pekerja kepada pelajar.
Beza. lagi-lagi bila bersama dengan mereka yang tidak sebaya.
Dan berlainan aliran "asas". 
Hebat sungguh penangan yang aku rasa.
Sabar dan cuba untuk motivate diri.
Mujur ada yang memahami diri.

Kat sini tak ada orang yang seperti..
Tinggi motivasi nya seperti faiz
Tinggi nilai kasih syg seperi lan
Dan semua semua yang sentiasa aku ingati.
Mereka adalah sahabat yang membesar dengan aku 3 tahun lepas.
Sekarang dah enggak tahu apa lah khabar mereka ye.
Begitu lah kitaran hidup,
Hilang patah tumbuh berganti.
Sukehati je buat peribahasa sendiri.

Hari ini 20 September.
Ulang tahun hari lahir yang ke....
Dah layak untuk memilih pemimpin.
Tak ada yang istimewa.
Kek pun aku tak merasa.
Tapi Ibu punya ucapan pada jam 12mlm buatkan aku hiba.
Hiba dan rasa istimewa.
Terima Kasih ibu dan terima kasih pada semua yang mendoakan saya.

Tak ada lagi pecah telor dan pecah tepong atas kepala aku.
Itu kenangan tahun lepas.
Paling busuk dan paling...
Itu semua planning Nurul Huda.
Senyum sorang-sorang kalau aku ingat balik semua tu.
Haiyk....rindu lah.

Orite, gonna see again..
Mekaseh atas puluhan doa dan ucapan.

Ni antara yg mendalam ayat nya..haha..


Teka siapa ni? Ha....ini ialah Pengerusi baru Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
Moving Forward-BerGM Lebih baik! (InshaAllah GM akan menang besar PRK kali ni)

Dan ni plak antara yang "jauh" datang nya...haha...


Terharu say ini macam..haha#







No comments:

Post a Comment