Sunday, August 4, 2013

Bahagia buat masa ini.

Dalam keadaan separa sedar. Tidak lama sahaja lagi aku akan meninggalkan alam pekerjaan. Bukan sesuatu yang menggembirakan, ia sesuatu yang agak suram. UKM dah memanggil. Tinggal berapa hari sahaja lagi. Lepas raya, kehidupan aku akan berubah. Jujur, aku gelisah sebenarnya.

Gembira,

Impian aku dah tercapai. Diploma dalam tangan tak sempat nak merasa mana, datang pula degree memanggil. Dapat pula sambung di Universiti no2 di Malaysia. Aiseh man. Gembira sungguh. Gementar pun ade.

Sedih,

Sedih la bila kakak-kakak di office macam sedih dan dah tak nak bcakap dgn aku sbb merajuk-sedih sbb aku akan tinggalkan office tu. Member aku jugak, nasrul yang bakal kehilangan aku. Kenangan yang tercipta hanya sementara. Sungguh banyak pengalaman yang aku dapat selama berdiri di alam kerjaya. im still young. Tapi serius sedih ter amat bila wujud moment perpisahan. 26/8.

Kehidupan,

Aku terima banyak ucapan tahniah daripada orang sekeliling yang bila mana mereka tahu aku dapat sambung degree. Ada yang support, tak kurang jugak ada yg sebaliknya. Aku terima macam-macam nasihat dan pandangan dari mereka. Termasuk bos-bos aku. Apa pun Ibu ngn Ayah aku. Mereka penasihat utama. 

3 Tahun yang lepas aku hanyalah seorang budak kecil yang tak tahu apa-apa. Terkebil-kebil mencari identiti. Tapi sekarang aku mungkin dah rasa "besar sikit" sebab aku dah berani letak sasaran umur perkahwinan, umur kejayaan dan sebagainya. Cuma tak berani nak letak sasaran umur "kematian".

Kalau masa kecik dulu cita-cita aku nak jadi doktor. Tapi dah umur forever 21 macam ni, aliran nak ke doktor tu langsung tiada. Bayang pun tak nampak. Nak derma darah jauh sekali, sebab takut tengok jarum.

So lupakan doktor tu sebab cita-cita aku sekarang nak jadi pemegang syarikat. Simple nya, i want to be like a boss. Jonathan Yabut, dia pemenang Apperentice Asia. Tahniah Filiphina, dia ada cakap satu ayat yang buat aku sengih tanda setuju. 

"Please always dream big because dreaming is for FREE!"

Kan? 24 jam mimpi di siang hari.

Kalau dengar cara dia cakap or cara dia mengakkan sesuatu kebenaran. Pergh. Mulut aku akan tenganga. Pandai Tony Fernandes cari perintis dia, mmg terbaik. 

Aku ada jumpa gambar. Ada aku attach dalam entry ni. rasa macam ada kaitan dengan aku. Cuma aku jenis masuk telinga kanan, keluar pon telinga kanan. Means aku degil, apa yang orang cakap, aku tak masukkan sgt dalam fikiran aku, aku buat hal aku sendiri jer. Sebab aku totaly rasa sahabat baik aku adalah diri aku sendiri. Allah sebagai tempat aku meminta dan Ibu tempat aku mengadu kasih and than Internet tempat aku hilangkan stress seharian. Sukehati je aku nak buat apa. Patut pun member aku masa hidup sebumbung dulu ada cakap aku ni degil!. Tangan pun tak reti duduk diam katanya. Ok, tapi sekarang aku dah kesunyian sebab aku dah tak de kawan utk bergurau. Aku suka ketawa.

Oh man....try to understanding this picture. message, community to all.



P/s : Tiada kata secantik bahasa yang aku nak ekspresikan aku punya feeling. Yang aku tahu aku bahagia buat masa ni. Salam Romadhan-25 kawan-kawan, Ya Allah, sampaikan salam rindu ku pada mereka.



No comments:

Post a Comment