Friday, July 19, 2013

Tiap hari pun begitu.

Lepas taraweh, Ramadhan-10

Imam surau membaca doa dengan begitu khusyuk sekali. Nada semakin tersekat-sekat dek kerana sebak menahan air mata keinsafan dan nafas imam kedengaran disedut bersama hingus. Taubatan Nasuha disebut berulang kali dan berapa kali juga diulangi agar jauhkan kami dari api neraka. Panjang doa imam, indah sekali. Aku dengar 1 per 1. nyata ia satu doa yang penuh dengan keampunan dan harapan. Amin.

Jemaah yang lain termasuk aku semakin sebak. Air mata perlahan mengalir. Menitis sebutir dua.
 
Aku lap pakai tangan.

Selepas selesai doa, imam membaca niat berpuasa untuk keesokan harinya, lalu diikuti bersama-sama oleh jemaah lain.

Bangun, & selawat ke atas Nabi dan beratur dgn susunan untuk bersalam-salaman bersama semua jemaah sebagai penutup ramadhan-10.

Sangat indah ramadhan di Surau Nurul Hidayah, Kuchai Lama. Sejak aku kecil, bukan di bulan romadhan saje..Tiap-tiap hari pun begitu. 

Semoga esok masih ade.







No comments:

Post a Comment