Friday, July 5, 2013

KONVOKESYEN PSIS KE-8

3 Tahun dah berlalu untuk zaman belajar aku di PSIS dan semalam (3 JULAI 2013) aku dengan member-member yang lain diiktiraf sebgai pemegang diploma. Kan? dengar 3 tahun macam oh lamanye...bejanggut. Tapi realiti yang aku rasa, 3 tahun tu macam pejam mata 3 saat. Mempertaruhkan segala kudrat jiwa dan tenaga untuk 3 tahun tu memang bukan kepalang untuk dicerita dan diingat kembali. Seawal aku semester 1 hingga ke semester 6, ujian itu memang tak pernah putus. Tersungkur dan merangkak. Secara positifnya, Itu tanda cinta Allah pada hambaNya, lihat harini? kita semua bergembira menyambut hari kemenangan dan korang pun semakin matang hensem dan lawa-lawa macam retisss pon ade. Doa kita untuk berjaya telah termakbul oleh Allah.


Figura yang membesarkan aku. Tersirat dalam hati memang rasa terharu dengan kedua orang tua aku yang susah payah seawal 4pagi bangun, drive jauh untuk hadir ke majlis konvokesyen aku. Betapa gembira nya aku bila orang tua aku dapat tengok kejayaan aku harini, Aku jalan dengan penuh segak dengan jubah mengembang yang macam kepak burung merak kwekk kwekk aku jalan menuju ke org tua aku, mencapai tangan diorang dan hadiahkan salam serta ciuman. Sebuah nikmat besar yang tidak semua orang dapat merasai nya.

Awal pagi tu PSIS dihujani dengan rintikan hujan, bagi aku ia turun sebagai hujan rahmat yang mengiringi kejayaan kitorang semua. Bumi PSIS dan sekitar sabak bernam basah dan subur menjelang tengah hari. 

Matahari gigih bersinar terang menerangi bumi. Pacak nya tepat berada di atas kepala.

"Abang, panasnye.....peluh-peluh dah sya.." Adik aku
"Alaaaaaahhh....Abang ni tiap-tiap hari dulu pegi kelas paking nuuun kat sana, pastu jalan pegi kelas jauh tau, hah lagi dasyat..." Aku

Aku tak banyak dapat bergambar dengan member2 yang lain, tak sempat jumpe pon..Lepas keluar dewan besar, masing-masing carik boyfren mak ayah untuk ambik bunge besalam-salaman, begambar kenangan dan sebagainya, so kebanyakan seawal keluar dewan dah terpisah. memang susah nak bejumpe balik. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya jugak satukan diorang, walaupon tak semua, tapi adalah jugak daripada tak ada. Pada yang lain, maaf sbb tak sempat bergambar. Nani kechik tak sempat nak jumpe ucap tahniah, kau dapat award jabatan. Tahniah kitorang ucapkan. 

We will miss the moment tau.

Ade banyak gambar yang ditangkap semalam. Kamera masing-masing canggih. Tak mustahil lah aku kate kamera aku ni ade ratusan gambar aku korang...Kan, in the end dapat jugak kita buat macam-macam aksi menakutkan iklan tv, dah macam duta politeknik pon ade gak aku tgok, boleh buat poster tampal kat tepi jalan nak masuk Sg.Air Manis tu, bagi semangat kat adik2 yg bakal masuk poli. 

Dan gambar-gambar ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila. 


Sempat bersama dengan diorang ni je, yg lain tak jmpe :'(



Gembira dan berasa kemas di dalam hati. 
Ade gaya-gaya macam bakal dapat isteri.



Hidup seorang anak hanya akan bahagia dan sebahagia-bahagianya dengan redho dari Ibu Bapa..Umur orang tua kita makin lanjut dan aku pasti, mereka semakin kurang bertenaga. Mereka bukan perlukan wang dari kita, (Yeke?) tetapi mereka mungkin harapkan dan dahagakan kasih sayang dari anak-anak dia. Nye pon adoi. Bekerja keras lah aku untuk membalas jasa ibu dan abah.


2 orang adik gua yang tersayang. Sebab tu tiap hari kena marah dgn gua.
Jangan tanye kenapa dia lagi tinggi.



Abah dengan Alcatel pemberian aku, mmg tak dapat dipisahkan.


Zamir, Rizal, Adam, Afiq, Lan, Achai, Shah, Rajih, Faisal, Gmok, Aril. Aku kadang masih rasa bersalah sebab mungkin ada dosa dan keterlaluan yang aku buat pada korang selama aku kenal korang. Tak ada gading yang tak retak. Manusia semua tidak sempurna. Kehadiran korang memberi kesan baik dalam perjalanan hidup aku. Warna warni hidup aku dicoret oleh korang. Namun apekan daya, perpisahan dah pon tiba dan tak salah kalau aku katakan bahawa korang ni semua adalah sahabat yang terhebat yang tak pernah aku jumpe selama 21 tahun aku hidup. Tak boleh lah aku nak luahkan dengan percakapan. 3 Tahun beb. Ya Allah, lindungi sahabat2ku sebaiknya.



Ni tak tau nak explaination mcm mane ni..


Ini Abang aku yg membesarkan aku masa kat rumah sewa. Tapi dia lagi besar lah. 
No celengess.




Terima Kaseh kawan2 yang sudi bersama merakam kejayaan.



Ini kawan perempuan aku, semoga tiada salah tafsiran.
Mohon jangan mengorat mengarot.


My junior yang sangat owesome from school until now. ever. Junior sangat!


Mak-mak yang sangat cantik.............baju dia.


Dan,
Dengan segak gayanya aku berjalan menuju ke
Tan Sri Rozali untuk ambik skroll. 
Saat nama aku diumumkan,
Terasa kemas di dalam hati.


Tahniah Amir.
Peluh kat dahi aku lap pakai tangan.
Itu hari aku rasa sangat gumbira, sedih pon ade sebab
terpkasa bepisah ngn mereka-mereka.
Apa pun I'm bery hepy for them.
Cuma yang tak hepy nya pesta konvo tu mcm 
Indah kabar dari rupe, mcm taik ayam je.

"Terima Kasih yang cukup istimewa buat Ibu Abah tersayang. Cikgu dan pensyarah yang terlalu besar pengorbanan mendidik aku yg kurang pandai ini. Kawan-kawan yang dari kecil sampai ke besar, yang baik mahupun yang nakal, semuanya menjadi watak hebat dalam hidup aku. Semua rezeki pertemuan ini datang nya dari Allah. Ilmu yang kita peroleh juga hanya pinjaman dari Allah, semoga kejayaan kita diberkati."


*****

Bermulalah sebuah perjalanan "angan-angan" yang indah..
Gud bye..have a nice journey.




Konvokesyen PSIS Ke8.
Diploma Kewangan & Perbankan Islam
3 Julai 2013#













2 comments:

  1. Tahniah Abg Amir . Tiba2 sy rasa tak sabar nak konvo . Seronoknya :D

    ReplyDelete