Saturday, July 13, 2013

KEPUTUSAN UPU 2013

Assalamualaikum to hensem boys and beutiful girls. Salam Romadhan 1434H.

Keputusan upu bagi sesi kemasukan akademik 2013/2014 sudah pun tersiar pada 11julai2013 yang lepas. Seperti tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Itulah perumpamaan bagi semua pelajar yang membuat permohonan. Detik 1jam terakhir sebelum keputusan nak keluar tu dirasakan bagai nak tercabut tulang-berulang di badan. But bagi diri aku, Alhamdulillah lah, makan masa berbuka puasa kemain kenyang, tidur malam kemain lena, dan mandi pon sampai basah belenjun-lenjun. Means tak delah terlajak risau sangat tentang keputusan tu....hahaha ayat manis.

Nafas aku dah tak berapa nak speed normal bila baca status-status kat fb ttg result upu bagai. Neves je rase. Tambah pulak time tu aku kat office kemain pulak bizy buat kerja, dan dan time result upu nak keluar lah dia bagi kerja banyak. Aku check pakai phone. Rasa macam canggih sikit dan cepat sikit. Sikit jela tak banyak pon.

UPU RESULT (IC) send to 15888.

Kruk kruk kruk. Bunyi cengkerik. Lama gak aku tggu UPU ni tak balas pon msg aku? Hati dah lain macam. Masa berjalan. Punggung dah tak senang duduk. Kerja office terbengkalai. Keluar jap jalan-jalan. Kehulur Kehilir. Duduk balik. Tak de siapa perasan kelakuan pelik aku masa tu.

Kring-kring. My frend call.

Hello?
Hello?
Kau dapat x?
Belum cek, dia tak balas msg aku lah?
Kau tanya aku, Kau dapat x?
Hehehehe...
Gelak happy ni, dapat la ni ek?
Hehehehe....
kat mana dapat?
Heehehehe.....
Cepat lah bagi tau!
Hehehe....

**********

Dan dalam masa berbual. Msg reply dari UPU sampai juga akhirnya. Aku bukak dan aku baca. Dan orang pertama yang dengar apa yang aku baca is kawan aku dalam phone nilah. Masa dah tau result tu. Aku diam. Dia diam. Ade rase macam babak dalam filem sonata musim salju. Perasaan sejuk dan berbunge-bunge.

My fren dapat UUM. Dan aku plak dapat.


How to describe this feeling? for sure air mata pasti seakan hendak terkeluar dari kelopak mata ku ini. Oh man.....Ibu dan Abah, mereka bangga dengan kejayaan ini. Begitu lama penantian, Hari ini Allah sudah beri apa yang aku mahukan. Ini adelah pilihan pertama dari 8 pilihan. Macam tak percaya dapat 1st choice. Sebab ape ekonomi? sebab satu-satunya A dalam SPM aku ialah subjek ekonomi? Kan? Not bad. Hahaha.

Rasa perasaan yang begitu kemas sekali namun disebalik semua ni, aku sedih juga kerana terpaksa/bakal tinggalkan office tersayang dan for sure jugak rasa sedih pada kawan-kawan yang tak dapat. Never mind lah..macam aku cakap. Allah nak beri kita sesuatu yang lebih baik. 

Berita baik juga sebab 3-4 orang member sekelas masa diploma haritu dapat kos yang sama dan UKM jugak. Ade jugak yang dapat kos gempak tahap maximum belaka seperti di UMS, UMT, UUM, UNISZA oh begitu Tahniah sekali aku ucapkan. Semoga berjaya lah kau orang semua geng DIB6. Will miss u very much and aku tak kan lupa semua kenangan kita di PSIS. Dimana bumi dipijak, disitu langit ku junjung.

**********
Sedikit tentang UKM.

  • Universiti tertua di Malaysia ditubuhkan pada 1970
  • Keunikan tersendiri kerana menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disamping tidak menjejaskan penggunaan Bahasa Inggeris. 
  • UKM satu-satunya Universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia dan budaya serta adat melayu diperkenalkan kepada masyarakat asing.
  • UKM merupakan Universiti ke2 dalam ranking universiti tebaik di Malaysia
  • dan 261 di Ranking dunia.

Perasaan kurang yakin bermain dalam hati aku. Aku tak pasti macam mana nak bersaing dengan begitu hebat di Universiti no2 macam ni. pasti yang lain juga hebat-hebat belaka. Semoga Allah permudahkan dan baik-baik saja kehidupan aku disana nanti. 

P/s : Aku tak buat pon lagi pengesahan tawaran setuju diterima atau tidak. Mungkin esok, mungkin lusa. Bila-bila bila dah sedia. Sayang gak nak tinggalkan dunia pekerjaan aku sekarang ni..beri aku masa.





3 comments:

  1. woahh, tahniah beb.

    btw, aku baru jumpa blog kau ni. best la gak layan

    ps: all the best for future then, gutluck!

    ReplyDelete
  2. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    semakan upu

    Melihat Untuk yang semakan upu di malaysia. Myupu kongsikan informasi dan panduan bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma & Matrikulasi.

    Visit Now - http://myupu.co/semakan-upu

    ReplyDelete