Sunday, July 28, 2013

Flashback.

Dah nak Raya. 
Dulu masa kecik-kecik,
Ibu bawak pegi shoping baju raya kat jalan TAR.
Kalau bab sepende, ibu bawak masuk Sogo.
Ibu cakap kat Sogo banyak pilihan.
Dari aksesori hujung rambut sampai hujung kaki.
Semua ibu belikan. Ibu sponser.
Merata-rata ibu bawak aku. Aku ikut je.
Kalau aku dah tak larat nak jalan, ibu dokong.
Kalau Ibu dah penat, ibu suruh aku jalan sendiri.
Even aku kene jalan sendiri,
Dia still pimpin tangan aku. 
Kuat-kuat tangan aku kene pegang.

Tapi,

Sekarang tak lagi...pandai-pandai lah kau hidup.
Dulu asal raya je, sepende baru. 
Sekarang dah berapa kali raya agaknye.
Bab tu, Tak pernah beli baru pun.
Yang lain tak yah cakap lah.

Ibu ada jugak tanya-tanya tentang aksesori raya aku tahun ni.
Aku senyum je.. 
Aku cakap tak payah lah semua tu bu..
Pakai je yang lepas-lepas.
Ye. Aku ikhlas jawab macam tu.

Tengok? zaman dulu Ibu design aku sampai hensem mcm ni rupa.
Aku tak pasti ibu guna software ape.
Kasut tu bila aku jalan ade lampu lip lap keluar.
Sangat power rangers aku rasa.

Hmm...Flashback zaman dulu,
Semuanya dirasakan klasik.
Tali pinggang senget macam tu pun dah dikira klasik.
Agaknyelah.
Sangat berharga semuanya.
Bertuah nya zaman kecik-kecik dulu.
Kan?

Zaman sekarang aku rasa aku makin selekeh.
Tengok lah malam ni,
Aku cuba mintak kat ibu software yang dia pakai,
Untuk kemas kan aku semula.

Ok, Selamat Hari Raya.


No comments:

Post a Comment