Tuesday, May 14, 2013

Tangisan yang tiada erti buat diri.

Aku rasa aku dah macam tak ade tenaga dan bosan dengan diri aku sendiri. Tak tau lah, mungkin iman aku kurang, aku banyak buat dosa, aku banyak umpat orang atau sifat-sifat buruk yang lain yang aku dah buat sampai Allah marah kan aku, dan Allah kosongkan hati aku, that said aku rase mcm benci dengan diri sendiri. 

Aku banyak buat silap dalam hidup. Sebab tu ramai kawan-kawan tak suka kat aku. Tak ape, aku dah biase hidup sendirian. Itu macam bunyi orang yang sangat kecewa. Ya, itu adalah aku.

Aku cuba jadi yang terbaik, aku aplikasi kan dalam hidup seharian, tapi itu semua tak menjamin untuk ia berlaku dalam masa yang berpanjangan. Iman aku macam lalang, mudah je ditiup angin. Bila angin kejahatan tiup, pantas aku terikut. Zalim. Aku rasa aku zalim dengan diri sendiri. Doa sepanjang hari ayat yang sama, "Ampunkan dosa ku ya Allah" selang waktu berlalu, masih lagi buat maksiat. Seolah-olah aku menipu diri sendiri. menipu dengan tuhan. 

Aku tak pasti macam mana nak jadi manusia baik. manusia yang sentiasa tenang dengan ujian, manusia yang sabar dengan dugaan. 

Sungguh, aku tidak sempurna, aku orang yang lemah.

Ya Allah, tunjukkan aku hidayah-Mu, pimpin aku ke jalan-Mu. 



No comments:

Post a Comment