Saturday, May 11, 2013

Seketika.

Ini sembang serius.

Macam biasa, turun dari lrt
Objek pertama aku cari adalah
Kereta Mr.bean warna kelabu taik unta.
Cuma warna dia lebih metalik sikit.
Tiap hari aku dapat lot parking baik punye.

Aku senyum bila aku nampak
Objek tu setia tunggu aku pulang dari mencari duit.
Dia stay kat situ
Dia tak pegi mane-mane.

Start enjin.
Bukak radio.
Sekejap era sekejap hot.

Ucapan hari ibu.
Iklan berkaitan Ibu.
Lagu pon lagu untuk Ibu.
Ok, aku diberitahu oleh radio
Yang this weekend is hari ibu.

Ye hari ibu. em.

Benda pertama yg bermain dalam otak aku ialah.....

Seorang sahabat aku yang tiada ibu. Itu lah yg aku fikirkan.
Tak tau kenapa.
Patutnya aku fikirkan ttg ibu aku.
Tapi kenapa aku terfikir sahabat aku yang tiada ibu.

Persoalan timbul.
Akal fikiran itu datang dan terdetik dari Allah.
Aku cuma accept.

Dj pasang lagu burn, kasih ibu tajuk dia. (Its not mistaken)

Mata aku kaca-kaca bila dgr bibit-bibit lagu tu.
Aku teringat kat member aku.
Dia tak de ibu.

Masa tu jem panjang
Berator untuk lepas lampu hijau.

Tiba-tiba kaca yg bertakung kat mata aku tu pecah.
Terabor serpihan dia dekat pipi.
Aku biarkan.
Serpihan tu deras.

Aku bukak tingkap.
Tangan, aku biar keluar tingkap.
Ade gaya macam brader-brader sikit.
Aku tenung jauh
Tengok pemandangan.

Lampu Hijau
Aku pecut laju.

Lagu burn habis.
Aku kesat kaca tadi guna baju.

Aku tarik nafas.

Sampai rumah.
Lepas asar aku tadah tangan mohon doa pada Allah.

Semoga sahabat aku yg tiada ibu, dia tabah untuk lalui hari-hari mendatang.

Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah.

Sahabatku, jangan bersedih, Allah bersama kita.

Realy aku rindu kau dan rakan-rakan.

Senyuummm.....

Seketika waktu aku bermuhasabah diri menunggu azan maghrib.

#Harihariponhariibu. :)




1 comment:

  1. Bersyukur krn masih ada ibu utk membalas jasa sblm pergi buat slamanya :)

    ReplyDelete