Friday, May 10, 2013

Pukul 6 ptg.

Pukul 6 ptg di bandaraya kuala lumpur tidak sama seperti pukul 6 ptg di Kampung sungai air tawar, sabak bernam selangor. that is fact. aku pernah menetap di negeri paling kaya di malaysia itu lebih 3 tahun. (Mungkin bunyi mcm selangor tu jauh dia mcm nak pegi alaska).

Extra special bagi aku sbb masa di alaska selangor dulu, aku duduk di hujung tanjung atau kasar dia tempat jin bertendang. (Sg air tawar) aku tak cakap, orang yg cakap. Persisiran pantai selat melaka yg hanya sejengkal dengan kampus aku menjadi bukti keutuhan bahawasanya aku pernah menetap di sana.

Sebuah masyarakat perkampungan yg nun jauh di pedalaman. Suasana yang indah, bersih, nyaman, sepoi-sepoi bahasa. Jalan raya yang lengang pada pukul 6 ptg, nak buat drift xde masalah. sekali sekala biawak melintas, tak pandang kanan, tak pandang kiri....ketepekkkkkk syahid digilis tayar. 

Itu dulu, dan sekarang aku berada di tengah kota bandaraya kuala lumpur. 

Pukul 6 ptg di kuala lumpur. tiada apa yg boleh diperkatakan selain kesesakan, kebusukkan, kelaparan, kehangatan, kecepatan, ketahanan kekencingan, keminyakan kemukaan dan kan kan yang lain. semua orang nak cepat, semua orang nak perfect, semua org nak nampak hebat. Bak kate pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan tinggal di kuala lumpur.

*********





Sungguh, aku rindu angin disana. 









No comments:

Post a Comment