Sunday, May 19, 2013

Peperiksaan memasuki perkhidmatan Penolong Juruaudit Gred w27.

Ini adalah tulisan berkaitan pengalaman.

Tahniah aku ucapkan pada mereka yang telah atau akan mengambil peperiksaan ini. Bagi aku, dah diterima tawaran dari SPA untuk amik exam ni pun dah difikirkan sangat bertuah dan harusnya kita bersyukur. Bayangkan lah berapa ribu rakyat Malaysia yg memohon jawatan ini, dan nama kita dipilih untuk di uji kebolehupayaan kita. well, nak jadi juruaudit, tak semudah 1 2 3 kan, banyak ujian kita kene harongi. Ini baru kali pertama lepas aku habis blaja, so given me lord of the ring. 

Aku tulis ni sebenarnya nak share pengalaman aku. Sikit sebanyak aku harap dapat bantu orang lain yang mungkin pada masa akan datang akan dipanggil untuk ambik exam yang sama macam aku ni. Pada waktu tu nanti sudah tentu GOOGLE akan menjadi teman hidup hampir setiap malam semata-mata untuk cari info atau maklumat yang dirasakan perlu untuk diri masing-masing. Especially yg baru 1st time mcm kita ni.

Masa mula-mula dapat tahu yang kita diplih untuk ambik exam ni, kita tak tahu nak study apa. nak baca apa. apa yg nak kena tahu macam mana bentuk soalan, dan macam-macam lagi lah. Sampai ke tahap yang serius ade orang terus give up. Kira redho jelah. Tak mengharap pon...KATENYER..

Macam aku gak la, aku cakap ngan Ibu ngn Abah awal2 yang exam ni susah, aku tak mengharap sangat, datang sekadar nak amek pengalaman ngn nak tahu macam mana rupa sebenar exam dengan SPA ni. Tapi tak semestinya bila kita tak mengaharap, kita tak payah prepare ape2! Buat la ape2 research yang difikirkan perlu. Kot kalau ade masa lah, sesetengah yang bekerja siang malam tu, mungkin mmg tak sempat lgsung. Masing2 dgn effort masing2 lah.

Individu yang dtg untuk ambek exam ni bukan lah calang-calang manusia. Macam2 latar belakang, yang pasti semua yg dtg tu mempunyai latar blakang ijazah mahupun diploma dalam bidang finance, account dan yang sama aliran dengannya. So nnti kat sana jumpe lah kawan baru yg mcm2 pesen.

Panduan umum peperiksaan bendalah tu mungkin semua orang dah tau dan semua blog pon tulis bendalah yang sama. So itu tak perlu cerita lah. Ade 3 seksyen. Pengetahuan Am 40soalan. Daya menyelesaikan masalah (maths) 40soalan dan yang terakhir penaksiran personaliti 185soalan.

Susah memang susah. Rasanya aku sendiri tak ada keyakinan langsung untuk rasa lulus, Tapi aku rasa aku dah curah sehabis daya menggunakan ilmu pengetahuan aku sepanjang aku belajar dulu, see? sekurang2 nya kita dah cuba habis baik, jgn sedih, jgn kecewa. Hohoho.

Berikut merupakan contoh soalan dan bayangan soalan. Ini pon berdasarkan memori aku. Ape yang masih aku ingat, aku share. 40soalan mane aku ingat semua..

Seksyen A : Pengetahuan Am. (Objektif)

1) Apakah laman web rasmi jabatan audit negara? 
2) Jabatan audit negara bernaung dibawah....?
3) Peranan ketua audit negara?
4) Akta audit 1957...
5) Sebelum laporan tahunan dibentang di parlimen, ianya perlu mendapatkan......
6)  Asset = ? - ? + ?
7) Syarikan A mendapat pulangan keuntungan pegangan syarikat sebanyak $$$, cukai apakah yg pelu   dibayar oleh syarikat A?
8) Seorang panel dari jepun, dtg ke malaysia utk membuat penilaian, dan kemudian dibayar gaji yang telah  dipotong dengan cukai tertentu, apakah nama cukai itu?
9) Bond, swap, option, 
10) Istilah-istilah perakaunan seperti asset semasa, terakru and whatever yang buatkan aku teragak2 nak pilih jawapan.

So kesimpulan dia, sebenarnya korang boleh buat latihan awal2 ttg pengetahuan am macam ni dekat buku2 yg ada jual kat kedai buku macam ni atau ni atau apa2 yg dirasakan sesuai, buku "Malaysia Kita" ker, hah, sesetengah orang kate buku tu mmg banyak membantu......membantu untuk tidur.

Macam aku, satu buku pon aku tak sempat nak beli, harapkan internet ngn adelah nota 28m/s berkaitan audit, tupon kawan aku yg suapkan..kalo tak meraba-raba je cari maklumat tgh malam. Exam ni mmg memerlukan kita berfikiran luas dan pendek kata semua kene tahu! hahahaha..kejam bunyiknyer..

Seksyen B : Matematik. Ni aku jumpe kat blog orang, mohon paste ye. Lebih kurang sama bentuk soklan dia dgn time aku exam. Ni pon objektif gak 40 soklan. mmg aku fail bahagian ni. Calculator is cannot! Mmg terseksa jiwa raga bila tpakse kira pakai manual...time tu aku rasa macam tak cukup jari.

Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 27     B. 30     C.33     D. 36

8 pasukan bola sepak megambil bahagian dalam sebuah petandingan. jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berpakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dlaam pertandingan tsebot?

A. 28     B. 49     C. 56     D. 62.

Seksyen C : Penaksiran personaliti. 185 Soalan objektif. Korang kena jawab bahagian ni dengan pantas sbb soalan dia mudah dan just guna coomon sens dan kejujuran. Kalo tak de jwapan yg sesuai just bulatkan ?..

Senang, cume soalan dia sampai cecah 185 soalan yang buat rasa macam nak tecampak pensel tu dok tekan nak hitamkan jawapan. Pastu tambah plak ramai org dah keluar awal, pastu tgok jam tinggal 10 minit, Hmmm.....time tu mmg mcm iron man dah.

Contoh soalan die eh...

Saya mendapati ramai dikalangan sahabat saya menikam saya dari berlakang semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

A. Kadangkala     B. ?     C. Kerapkali

Saya lebih cenderung untuk mendiamkan diri semasa perbincangan di dalam kumpulan. 

A. Benar     B. ?     C. Tidak benar 

Saya lebih suka melakukan aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan daripada melakukan dengan beseorangan.

Saya boleh menghabiskan keseluruhan waktu pagi tanpa memerlukan orang untuk bercakap.

A. Benar     B. ?     C. Tidak benar 

Amacam? Hahahah.... 

Lucu kan? Aku tau ade kawan-kawan aku yang sedikit kecewa sebab tak dapat buat yang terbaik exam tadi, termasuklah diri aku sendiri, masa yg diberi mmg sekejap. Yelahkan, kejayaan tu bukan dtg dengan mudah, pada mereka yang akan ambil exam ni, aku harap apa yg aku kongsi ni sedikit sebanyak boleh jadi panduan utk persediaan di hari esok. 

Ramai rakyat Malysia yang nak kerja di sektor awam, tapi kadang-kadang masih tak ada atau belum diberi rezeki untuk peluang itu...

Tak dapat nak dinafikan, bekerja di sektor awam sememangnya memberikan jaminan masa depan buat diri kita dan keluarga, parents mana yang tak bangga kalau anak dia dapat kerja kerajaan. Biarlah orang kata keje ngn govement gaji ciput, tapi bagi sesetengah orang, masa depan telah terjamin dgn mcm2 kelebihan yg diberi bila kita kerja di sektor awam. Tak de risiko yang tinggi utk dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi spti apa yg berlaku di sektor swasta. Macam-macam lagi lah ayat manis-manis..kang sampai besemut-semut rasanya kalau semuanya nak ditulis.

Semoga berjaya...kite tunggu result dia maca mana nanti, kalau ade rezeki tu tak kemana...


18/5/2013
SMK DATO ONN.








4 comments:

  1. Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it helped
    me out a lot. I hope to give something back and
    aid others like you aided me.

    My web site :: novoline automaten kaufen

    ReplyDelete
  2. Aku pass exam ni. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Pakej Rujukan Penolong Akauntan Gred W27 sudah dibuka.
    Klik sini dan terus dapatkan rujukan ini -> http://j.mp/PenolongAkauntanGredW27

    #spa #peperiksaanspa #penolongakauntan #penolongakauntanw27 #panduanspa #kerjakerajaan

    ReplyDelete