Sunday, April 21, 2013

Tell the truth, im not a very good person.

Assalamualaikum to all beautifull girl and macho boy.

Bukan semua orang suka dengan pekerjaan yang "makan gaji". Maksud dia gaji akan masuk pada hujung-hujung bulan. Standard lah, mana ade kerja gaji dok masuk sehari-hari, melainkan kita berniaga. Hadis ada menyebut bahawa 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada berniaga. Abah aku seorang business man yg berjaya. Boleh dikatakan tiap-tiap hari rezeki dia "masuk". Aku sebagai anak hanya menompang kesenangan dan melihat kehebatan dan ketabahan abah aku mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sungguh aku kagum dengan abah. 

Gaji (aku) tak banyak pun, sekangkang semut je. Aku seorang si pemakan gaji. Tapi kita (aku) kena yakin dengan rezeki pemberian Allah. Ade orang gaji banyak, tapi tak cukup-cukup pun, ade orang gaji ciput je, tapi hidup selesa dan serba mencukupi. (Cuba nak sedapkan hati sendiri), Belive, Allah yang Maha Pemberi. Susah kadang-kadang nak sedapkan hati sendiri, pujuk lah macam mana pun, sehari dua hari mungkin boleh pujuk, tapi hari-hari berikutnya hati mula memberontak balik. Apa yang boleh kita buat? Tepuk dada tanya selera + sedar diri + bersyukur. 

2 kerjaya aku sekarang bakal dan akan aku hentikan / terpaksa dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Tak pasti sama ada pengangguran akan menjadi kawan baik aku semula dalam masa terdekat ni. Entah lah...aku buntu, bosan pon ade. Kelam dan kabut.

Pejam celik pejam celik. Eh dah nak tamat bulan April. Kadang-kadang aku rasa lama. Kadang-kadang aku rasa sekejap. Aku sekarang tengah giat dok mengumpul duit. Ehem. Adelah kumpul sikit-sikit untuk masa depan. HAHAH. Macam tak percaya aku kumpul duit. Dulu masa pinjam duit ptptn aku tak pernah lekang dengan sikap boros. Ape je aku nak mesti dapat. Selesa masa tu. Tapi sekarang tidak lagi...Bukan ape, aku nak simpan duit ni untuk aku sambung belajar nanti, InshaAllah kalau ade rezeki lah. Mungkin kalau tak dapat simpan banyak pon, sikit pun dah memadai utk sara hidup kemudian hari nanti. Aku tak obses dengan duit dan aku tak nak jadi hamba duit. Hidup aku sederhana. 

**********
Amer,

Kekadang hati kau gundah bukan sebab kau rasa sedih atau sesuatu yg boleh membuatkan lau rasa marah...tp hakikatnya ia kosong..tak diisi dengan zikruallah, xdiisi dengan bacaan Al-Quran..sbb itu sabda Allah kata dalam Furqan, "...sesiapa yg tidak mengingati Allah, Allah akan isikan hatinya syaitan, dia dan syaitan bersahabat baik..'

Astaghfirullah hal'azim...moga aku diselamatkan.

Ye, Kadang-kadang aku terasa diri aku lalai. Tapi aku kuat untuk sentiasa minta doa dgn Allah utk kuatkan hati aku dan aku mohon diberi petunjuk. 

Tell the truth, im not a very good person.

Rasanya kurang 80 hari lagi. Countdown for Ramadhan. Semoga aku sempat bertemu dengan bulan yang mulia itu nanti.. InshaAllah.













No comments:

Post a Comment