Sunday, April 7, 2013

Dan Bila April.

Hari lahir aku bukan jatuh pada bulan April.
Tapi tak tau kenapa.
Masa bulan Mac aritu,
Hati aku menjerit-jerit mintak dipercepatkan masuknya bulan April.
Sebenarmya tak elok macam tu.
Masa dan waktu tetap berputar,
Allah dah tentukan segalanya.
Tapi mungkin banyak faktor-faktor dalaman yg buatkan aku nak segera April datang.

Tiba 1 April yang DINANTI-NANTI.

Aku TERbangun sedikit lewat.
Tiba-tiba transport yg aku selalu guna utk ke office buat hal.
Aku cuba dapatkan kawan aku.
Tiba-tiba dia tak datang kerja di 1 April.
Aku terkejar-kerjar di pagi 1 April.
Aku masuk office lewat.
Aku masukkan punch card aku dalam mesin punc card.
Aku nak tarik balik punch card tu.
Tiba-tiba rasa tersangkut.
Ketat sangat. Aku tarik.
Tarik kuat-kuat.
Kuat lagi.
KRRAAKKK.....!!
Punch card aku terkoyak.
Dah lah 1 April.
Masuk lewat.
Punch Card colour Merah.
Pastu kad terkoyak pulak.
Buat muke sedih.
Duduk kat kerusi office.
Tak cukup air cond.
Pasang kipas.
Hala ke muka.
Mengeluh.

Oh 1 April yang dinanti.
Tak sangka kau jadi begini.

And so much more aku kena uji kat bulan APRIL.
Rasa macam nak cakap....
Yang aku tak sabar nak masuk bulan MAY!!

HAHA TIDAKKK...

*******

Dalam realiti macam ni lah kehidupan...
Kadang-kadang aku terlupa,
Yang bukan kita selalu senang.
Apa kau rancang, jadi.
Apa kau nak, dapat.
No...
Ingat...
Bukan kita sentiasa wangi.
Bukan poket sentiasa penuh.

Kadang-kadang kita perlu jatuh.
Baru sedar sikit diri kita kat mana.

Dah, jom tido.
Bagitau, harini dah 7 April.


No comments:

Post a Comment