Sunday, April 14, 2013

Accept People As They Are.

Aku bukak Facebook, mesti akan terkeluar banyak status-status bodoh politik, kutuk mengutuk, budak-budak hingusan punya status yg tegedik-gedik, fitnah-fitnah politik dan macam-macam gaya lagi yang membosankan dan entah ape-ape. Sebab tu Dr.Mahathir cakap, Melayu mudah lupa. Lagi-lagi nak dekat Pilihan Raya. Semoga Malaysia diselamatkan.

Next,

Mungkin ade nampak pembaharuan yang aku buat kat blog ni. Kalau tak perasan tu, mungkin mereka yg tak pernah datang sini. Sebelum ni header aku tajuk orang putih, A New Day Has Come. Tapi malam semalam lepas balik kerja aku change, dan centre kan jadi nama aku sendiri AMIR 'IZZAT. Aku rasa perlunya aku buat sedikit adjustment macam tu agar blog aku masih ada gaya dan menambahkan selera untuk aku terus menaip, walaupun kadang-kadang dah tak de modal nak tulis ape. Harap masih jumpe blog ni. Alamat still sama, worldofamirizzat.

"Dalam perjalanan pulang melalui lorong hidup, pasti banyak cerita tersangkut di kaki limanya"

Next,

Harini weekend. Hari Ahad. Kalau dekat negeri Pantai Timur, ahad adalah hari pertama bekerja. Kelakar kan. Berbeza dengan kita yang berada di KL, Ahad adalah hari yang santai dan rehat lah sepuas-puasnya pada hari tersebut. Macam aku, tiap hari ahad aku akan spend kan waktu dengan bantal,selimut dan laptop. Dah jarang keluar rumah buat aktiviti, event senaman aerobik pun aku dah tak join. Lame dah. Dendam nak rehat akan aku kabulkan pada hari ahad. Lagi pon ptg ni aku kerja, balik lewat malam. See?

Next,

Pilihanraya ke13. Ofcourse disetiap ceruk kawasan perumahan event di jalan raya pun akan berkibar bendera pati politik. BN,PKR,PAS,DAP. Mereka bersaing untuk merebut kuasa pemerintahan kerajaan. Sudah tentu election kali ni adalah kalah mati dan disifatkan bagai "menang jadi nasi, kalah jadi bubur". Umur aku sudah selayaknya untuk pergi membuang undi. Aku dah daftar mengundi 2months ago, tapi bila aku semak daftar pemilih, nama aku still dikatakan dalam proses. Bingai je...Aku rase sgt rugi kalau aku miss election kali ni. Lagi pun ni 1st time bagi aku. Undi adalah rahsia. Cuma zaman sekarang slogan tu dah tak boleh pakai, dan bagi aku, aku akan pilih kerajaan baru yg akan diterajui oleh....

Ada orang ekstrem tidak bertempat, laung sana laung sini slogan sana slogan sini. Puiihh. Hakikatnya, dia sendiri tak tau apa dasar dan perlembagaan yang dia nak perjuangkan. Lihat sahaja negeri Sabah di lahad datu? Begitu mudah diceroboh pengganas. Aku bukan nak cakap ape lah. Aku tak pernah bualkan isu isu macam ni, tapi korang boleh lihat sendiri betapa lemahnya pertahanan kementerian kita yg sepatutnya  btanggungjawab menangani isu pencerobohan tu. Wallahu'alam. Semuanya telah diatur.

Lihat gambar bawah ni,


Ni bukan di Lahad Datu ye, Ni kesengsaraan Masyarakat Islam Rohingya, yang di ancam penghapusan etnik muslim di myanmar. Kerajaan Myanmar bertindak mendiamkan diri dan langsung tidak berperi kemanusiaan terhadap saudara Islam kita di sana. Berita ini kurang disensasikan, Mana rakyat-rakyat Malaysia yang pemurah? Mana Menteri-menteri Islam di Malaysia? Aku terharu tgok gambar kesengsaraan mcm ni. Wordless. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Semoga Allah beri keadilan dan perlindungan...


Peace be with you...



No comments:

Post a Comment