Sunday, March 24, 2013

Supplements.

Menjaga kesihatan. Puii!

Sarapan Pagi 1 Kewajipan.
Setiap pagi aku akan mengambil sekurang-kurangnya 5 keping biskut gula atau berkrim atau roti untuk dicicah dengan air Spirulina+cofee+susu kambing. Semua ini didatang khas dari rumah dan free dari office, just aku kena merajinkan diri untuk bancuh sendiri. Self service. The key point kat sini ialah, semuanya adalah free dan aku tidak keluarkan duit untuk sarapan pagi! Hahaha. (JIMAT!) Tenaga yang terhasil dari breakfirst ringan ini bukan saje boleh bertahan sampai waktu lunch, malah melawan rasa ngantuk. Sbb dalam campuran spirulina tadi ade selitan cofee. So sweet aroma dia. Tapi tipulah kalau aku kate aku tak teliyo dengan nasik lemak telo bagai semua tu untuk breafirst kan, tapi kat sini point dia ialah mcm mane kita kontrol kita punya selera. Itu saje. Depend on person. Badan aku kecik boleh lah..

Minum Air Secukupnya.
Aku pun jarang teguk air mineral kat office. Bila kita asyik dengan kerja, manakan nak datang masa untuk teguk air. Lagi-lagi kerja bawah air cond. Jarang rasa dahaga. Lain lah kalau bawah matahari! 2 tempayan air pun tak cukup rasanya. Tapi apa salah nya kalau seteguk air itu diminum untuk sengaja membasahkan tekak dan melembapkan kekeringan bibir. Gitu...

Sesuatu Yang Menyokong.
Itu lah yang dikatakan supplements. Atau vitamin yg padat dgn energy, iron, carbohidrat, dan lain-lain. Just drop 1 tablet sahaja, dia akan bertindak sebagai pemberi tenaga sampingan kepada sistem dalam badan kita. Kita tak nampak dia bekerja, tapi kita akan rasa. Macam aku, aku telan BLACKMORES je..seketul masuk dalam badan lepas breakfirst tadi. (Itu pon kalau ingat larrr..). Penah dgr pati ayam brands x? Yang jenis tablet punye..fuh itu lagi betol2 bagus untuk badan. U never filing tired kalau telan tu. Cer try beli. 

Makan Tengah Hari.
Hah, yang ini mmg aku akan balun habis-habisan. Selalunya duit aku habis paling banyak pada waktu lunch. Lauk aku mesti banyak. Tak ikan, ayam, lepas tu wajib ade sayur, dan seterusnya seafood atau ape saje yg boleh penuhkan lagi polistrin tu. Total selalu makan tgh hari aku 5-6 ringgit. DAN! Tiada air manis untuk makan tgh hari. Air sejuk kosong sahaja. Terpaksa cakap "air kosong kan sedaaap" nak jage hati. Bukan ape, Nafsu makan aku mmg kuat utk mkn tgh hari. Ikutkan hati, mcm2 aku akan beli, buah jambu, air jus, desert cokelat, mmg habis duit utk makan je nnti. Gaji kalau 1juta tak pe, So aku elakkan nafsu boros mcm tu. Belajar saving sikit.

Makan Petang Itu Perlu.
Waktu ptg macam dah pukul 4 akan ade satu jak air tea panas terhidang depan meja kat ofice aku tu. Mak cik cleaner yg buat kan. Maka kelihatan lah seorang demi seorang staff mengambil cawan dan tuang tea tadi utk dicicah dgn biskut yg mmg terhidang kat tepi meja tu hampir setiap hari. Kelebihan makan ptg adelah. Ianya dapat support otak kita yg tgh lesu atau ngntok kesan dari tindak balas perut kenyang lepas lunch tadi. Bila minum air suam tea, body kita sedikit sebnyak kembali bertenaga, sbb dia "touch" kita punya saraf. Nak bertenaga lagi, tumpahkan air tea tu dekat meja kita, hah! lagi bertenaga rasanya nnti.

Balik Awal!
Hah ini mungkin lari topik sikit lah. Tapi jenis aku, selagi tidak memerlukan diri aku untuk bekerja lebis masa, no way aku akan duduk kat office tu lame-lame. Aku balik pukul 5ptg. so bila dah sampai masanya, silakan berambos. Bukan apa, rumah den jauh, berliku-liku rintangan nak kena redah. Selalunya sampai rumah dah pukul 6ptg. Penat tu tak yah cakap lah. Kalau aku taruk je kepala kat bantal. 2 saat je aku dah bedengko. Cerita kemain lagi, suplement lah, apelah...las las tesungkor jugak. So sbb tu aku nak balik awal kalau boleh, sekurang-kurangnyer aku boleh rehat lebih sikit disamping elakkan jem dan org bepusu-pusu nak naik LRT. Bayang kan pulak macam mane that time aku ada kerja part time malam? Sampai rumah, mandi, solat asar, terus pecut pegi part time pulak. Tecungap-cungap, dengan mata mengantuk. Tak payah cerita bab tu sume..sbb aku yg mintak kat tuhan utk buat 2 kerja., Tuhan dah bagi, jgn banyak mengeluh. Selagi boleh, aku akan tahan. 

That said aku jaga pemakanan aku dari pagi sampai lah ke ptg, dan ambil ape2 supplements sbagai penyokong. Awal-awal dulu mmg aku tesungkur, tepaksa bangun telan panadol extend yang paling kuat tu. Mmg berkesan, hilang penat. tapi panadol tak baik untuk badan kita. Tapi sekarang aku ok jer..

Alllaaahai manje betol..buruh kasar tak cerewet mcm ni tau. But serius tiap hari aku mmg tak cukup tdo :(


"....Untuk sihat, untuk kaya, untuk bahagia" You have to work for it...never shortcuts.." 


p/s : SPM dulu pernah ambek subjek Pengetahuan Sains Sukan. Hahaha..

No comments:

Post a Comment