Saturday, March 23, 2013

"..Lambat atau cepat je dia datang.."

Assalamualaikum.

Aku terkenang zaman belajar kat Politeknik dulu. (mmg aku rindu poli pon sbnrnye) Heaven gile zaman blaja dulu. Seronok ade, stress ade, hampir nak jadi gila pon ade. Kadang2 aku merungut, melepet kat mak aku buat aduan, aku tak puas hati, sume aku adu kat mak aku. Itu baru diploma dah letih lesu merungut. Macam mane nak sambung masuk U nanti. ("Ini ayat Ibu aku, dia selalu ckp kt aku camtu"). Aku sengih je dgr.

UPU dah bebulan keluar. Heboh satu dunia. Opkos ramai budak2 yang apply, member-member aku tak kurangnyer, ade yg nak sambung degree, ade yang tak nak, ade yang nak ke tak nak ek? Entah...

Cita-cita aku setinggi gunung everest. Aku percaya, bukan aku sorang yang ade cita-cita setinggi gunung macam tu, wa'ima orang gila kat tepi jalan tu pon ade cita-cita yang tinggi jugak. Kita mana tahu.

Awal jugak aku siapkan urusan upu. Sebab masa tu aku menganggur lagi kat rumah. so daripada aku duduk melepet depan astro, baik aku uruskan upu tu. So tak dinafikan, aku mmg berusaha habis-habisan untuk setel kan semua perkara A to Z berkaitan dgn permohonan ke Universiti bla bla bla. Tiap-tiap malam aku fikir ttg dokumen, sampul surat lah, stem lah, fotostat lah, key in data sume, gile aku rasa time tu mmg kalau adik aku TERtutup suiz laptop aku ni, mmg kene tamparan jepun masa tu jugak. But Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan aku lega bila dia tulis "Permohonan anda berjaya dihantar bla bla bla.."

Ade 8 pilihan untuk UPU right? So ke 8 8 pilihan tu aku isi dengan betul dan penuh kewarasan. Tak de lah aku pi pilih kos yang ngarut2 tak de kaitan, tersimpang pilih nursing ke, masak-masak ke, mekap mekap..hah tak waras lah tu. Tak payah la aku crite kos ape yg aku pilih, malu..aku tak bagus sgt mcm korang. Biase-biase je. Ade la 2 3 kos yg mcm "kos lelong murah-murah" tapi kos lelong skalipon yg penting aku mmg nak sambung blaja. Lantak pi. Dulu zaman diploma aku amek Kewangan dan perbankan islam. So untuk degree lebih kurang ar...cuma dok lencong sikit ke ekonomi. Ops terbagi tau pulak...Bagi aku lah, kos ape pon yang kau ambik, walo kos tu tak glemer, tak hebat macam engeneering, Medic, tapi kalau kita rajin berusaha, patuh ajaran tuhan, semangat blaja, InshaAllah rezeki tu sentiasa melimpah, cuma lambat atau cepat je dia datang. Kan...mula dah aku ceramah motibasi. Ok lah back to the main topic.

Dalam 8 kos yang aku mintak, 
4 daripadanya berada di UUM.
2 daripadanya berada di UPM
1 daripadanya berada di UM
1 daripadanya berada di UKM

1 daripadanya lagi special permohonan, kat USM.

UUM sampai 4 kos aku pilih, tak tau pesal, U ni jadi pilihan pertama aku dari sem4 lagi. Zamir tau kot pesal pe. Ramai org tak tau yg UUM ni Univesti terbaik dan terkemuka dalam bidang pengurusan kat Malaysai ni. So why not to be my 1st choice, Tapi baru-baru ni aku dok wat research ttg UUM, ramai org complain, itu tak kene, ini tak kena, tak bagus la pot pet pot pet, Universiti Ulu Malaysia, bla bla bla...aduh, mau aku tak down?? Luntur colour semangat aku dibuatnye bila baca negatif2 thingking mcm tu. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat beliau kerana yang penting beliau dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan membanggakan mak ayah beliau. Itu sudah baik rasanya. Dan 2 pilihan kat UPM pulak sbb UPM dekat ngn umah aku. tuje nak cakap. Hahaha tu pon nak citer.

Sekarang ni baru nak masuk ke bulan 4. Ape ke gampang je aku rasa otak aku ni sbb asyik dok pikiaq ttg nak sambung blaja, nak sambung blaja...tak henti-henti otak aku fikir topik tu. Mungkin suasana tempat kerja aku skrg yg buat aku lagu tu kot. Mane tak nye office mmg bnyk berurusan dgn pelajar degree. Bla bla bla, tukar Univesti lah, tukar kos lah, mintak loan jadi biasiswa lah. pot pet pot pet. Karut semua tu. Anyway result upu kuaq bulan 6 tak silap aku. So rasanya lewat lagi kot. Cool down bro, kalau ade rezeki tuhan nak bagi, ade lah, tak de siapa boleh halang rezeki tu. Kalau tak daq, mungkin itu yg terbaik. kau mana tahu. 

Tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Semoga ade rezeki aku untuk ke menara gading lagi sekali.

P/S : Sejak dah keje ni aku asyik fikir duit je... Hai! baru kau tahu susahnye nak carik duit mer...dulu kemain sedap guna duit PTPTN. Mengalir mcm air. Sekarang ambik. Ikat perut, ikat kaki, ikat tangan, semua kena ikat. Mengengsot-ngengsot aku jalan. Puii...










1 comment:

  1. Wahh . Tahniah bang sbb dapat masuk ke U . Mas pun tengah usha-usha lagi , kang pejam celik pejam celik dah pun habis Diploma . HUHU :)

    ReplyDelete