Sunday, March 31, 2013

Costing.

Dulu belajar akaun 3 tahun. 
Debit kredit, Cash Flow, Income Statement, Balacne Sheet. dll.
Semua tu kena ingat formula celah mana nak bubuh.
Kalau tak tau buat, aku tiru kawan.
Masa final aku balun study habis-habis.
Yang penting lulus x ripit.

Semalam gaji part time dah keluar.
Berkurun lamanya aku tunggu. 
Aku cek pakai MYBNK2U.
Bila aku bukak akaun, cek baki..
Muka aku ada gaya mcm ni.

Aku fikir macam manalah nak survive hidup dengan gaji seciput mcm tu.
Thats why aku kerja keras. Bangla pun tewas dengan aku. 3-1
Taraf hidup di negara Malaysia semakin hari semakin meninggi. 
Aku benci dengan kerajaan sekarang. Sangat benci.

Gedebak gedebuk kerja, dapatlah gaji "bersih" 4angka.
Bersih! 4angka. Itu pun lepas tewaskan bangla 3-1 lah.
Kot kalau hidup senang 8-5ptg je keje.
Gaji bersih dah tentu tinggal 3angka. 
Kesian kan. Merempat di bumi sendiri.

Gaji bersih bagi aku bukan takat tolak EPF je semata-mata.
Tapi merangkumi semua aspek seperti,
Makan,transport, minyak, maintanance,bil,keselesaan hidup, dll.
Lepas ditolak semua tu awal-awal, baru boleh cakap "Gaji Bersih"
Hahaha...itu macam la budak akaun. Pandai buat budgetting! 
Bukan simply the best je guna duit. (Aku baru ade kesedaran)

Kau tengok eh calculation aku. Ni sebelum gaji masuk ni. Tolak awal2!

Makan sebulan dah 132.
Transpot awam di Malaysia, Touch n Go 145. Itu pun tak dapat duduk! Bediri!
Internet 24jam, Maxis topap 95. 
Shopping, makan tempat air-cond, baju baru, spende baru, dll
Mmg dah tak wujud peruntukkan yg berakhir dengan perkataan "baru".
Entertainment mmg tak de peruntukan dlm bajet. So 0.00 lah.
Maintanance kereta.Mudah,cepat,Selesa 70.
Lain-lain perkhidmatan (Operating expenses) 50.
EPF 11% tolak.

Tolak tambah bahagi.
Closing Inventory, Coast of Sale, Gross Profit, Duty Stem, Import Duties.
Bla bla bla semua. Baru kau boleh cakap itu "Gaji Bersih" So, ape je yang tinggal?
Kalau masih bediri dengan 4angka. Ok lah tu..
Kalau jadi Negatif 0.00 (-0.00)? Hahaha...
Tggu time dah berumah tangga nnti. Baru rasa jadi -0.00.

Kalau dalam akaun. Istilah dia Non-Balance. 
So mmg tak kan dapat markah penuh lah kalau macam tu.
Means perbelanjaan melebihi pendapatan.
Ade markah dekat statement-statement yg kau taruk je. 
Itu pun kalau betul debit kredit nye. Cube aku tanye eh...
"Payment to creditor".....Hah nak bubuh celah mane tu? Debit ke, Credit?
Haa...Tupon dah bepeluh nak menjawabnyerr....hahahha..


Sebenarnya bukan nak cerita ttg berapa gaji aku, 
Berapa peruntukkan yang nak dikeluarkan tiap bulan bagai semua tu, tak..
Itu bukan key point dia sebenarnya. Main-main je sume tu..
Matlamat hidup. Itu masing-masing punya cerita. 
Tak kesah lah kau belajar kos akaun ke, kos masak2 ke, kos main wayar elektrik ke,
Yang penting kita kena pandai uruskan duit. Itu saje. (Aku baru ada kesedaran)

Muda-muda macam ni, apelah sangat asset yang kite ade?
Umur pun baru belasan tahun kan, Ehem...ehem...
Iphone? itu bukan asset.
Baju melayu Omar Ali sepasang 200inggit? itu pon bukan asset.
Laptop? itu pon bukan asset.
So ape yg asset?
Assets = Liability + owner equiy.
So pandai-pandai lah fikir. Hahaha...

Pening kepala baca.

Tulah, kerja penat-penat.
Hujung bulan pening kepala buat costing budget.
Kesian kan? Entertainment tak de, Mega Sales tak dapat pegi,
Haiiiisshh..... tak baik mengeluh. Syukurlah pada Allah pemberi nikmat dan rezeki.
Dulu kau mengeluh tak de kerja, sekarang kau mengeluh gaji ciput. 
Bagus lah tu. 


"...Bila tido kita expect kita akan bangun. Bila kita tarik nafas kita expect yang udara tu sentiasa ada. ...sampai bila entah nak expect mcm tu..."




No comments:

Post a Comment