Thursday, February 14, 2013

Teknik Penjagaan Hamster Syrian.

Assalamualaikum. Puas bercuti. Harini aku timbul balik utk buat update blog ni. Speciall topik untuk pembela atau bakal pembela hamster Syrian. 

10 Perkara penting jika anda ingin membela hamster syrian. Fakta ini adalah dari air tangan aku dan aku tak ciplak dari mana-mana blog atau laman lain. So maksudnya lain tuan, lain caranya. Lets see wat the top10 :

1. Ketahuilah bahawa Hamster Syrian merupakan sejenis hamster yang berbadan besar. Saiznya merupakan antara yang paling besar di kalangan jenis2 hamster yang lain. Tapi ingat, hamster dan tikus jauh bezanya. Jangan pernah samakan mereka berdua. Hamster adalah haiwan pembersih. 

2. Macam hamster lain jugak, sangkar atau cage mereka mestilah yg pertama bersih. Yang ke dua ditabur dengan serbuk kayu (biasa lihat benda ni kan? so never explain) Yang ke tiga air yang cukup. Sebenarnya air tak perlu sangat dekat hamster ni. Sebab the real habitat pon diorang duduk di kawasan2 gurun yang kering. But untuk tak nampak macam kau sangat kejam, kita buh la air sebotol kat dalam sangkar dia tu. Kalau ade yang kaya sikit, boleh campurkan cecair vitamin ke dalam air tersebut untuk kelihatan lebih sihat dan lebih tip top body dia. Mainan roda pon boleh bubuh jugak, utk lebih fun.

3. Sepasang hamster syrian yang suka sama suka / suami isteri yang patuh dan taat akan mudah mendapat zuriat. Begantung pada hormon dan aktiviti kesexualan mereka. Ada hamster yang menunggu bulan seperti bulan 2, bulan 4, 6 dan bulan 9 untuk "bermain" . Tapi Itu semua mungkin fakta kuno. Sebab bagi aku, bila-bila masa sahaja diorang boleh "bermain", its depend. Kadang-kadang kau boleh nampak dengan LIVE, dan mungkin rasa terhibur dan rasa mcm sangat sweet. Tunggu saja dalam 2 minggu. Lihat perut si ibu! pasti anda terkejut. Kalau tak berhasil, cuba lagi. Kalau nak cerita Bab Pregnant kan, mmg panjang sbb bab tu sangat penting. kalau fail habis lah...InshaAllah kalau rajin aku buat entry bab pregnant.

4. Cara pegang, cara belai, cara main. Itu adalah terpulang pada tuan nya. Mungkin kadang-kadang pernah hamster syrian menggigit tangan tuan nya dan time tu mungkin korang rasa nak bagi penampar je kat muka hamster tu. But kena lah sabar, mungkin kau tersalah pegang seperti kau saje-saje nak pegang dia punye tut tut, atau dia rasa terancam masa kau pegang tu, so sbb tu dia gigit kot. But percaya bahawa hamster syrian jarang sekali menggigit tuan nya. Dia akan gigit2 besi dan seluruh perkakas yang ade dalam cage dia. Itu normal sebab hamster adalah haiwan penggigit. Kadang-kadang untuk asah gigi, atau mungkin nak berus gigi kot. Tapi kan aku pon jarang la bawak hamster ni pegi tdo same, bawak pegi mall, tgok wayang semua tu. tak pernah aku buat lagi. cukup lah sekadar membelai dan begurau dgn mereka di waktu pagi, 15minit, siang 15minit dan malam 30minit. Belek-belek bulu dia, cek kesihatan, tanya kabar. suap menyuap. itu pun dah ok. selebihnya biarkan sahaja mereka bebas di dalam cage mereka. Diorang aktif tau, nnti korang rimas kalau asyik pegang je. Dan takut perkara-perkara yang tak di ingini berlaku seperti dia gigit saluran ink printer kau dan ink tu boco meleleh. Itu aku lah tu. Fuh! 

5. Bulu yang panjang. Ye! ini adalah bonus pax untuk hamster syrian long hair. Kelebihan ini membuatkan mereka kelihatan very the owesome comel lovely macam bear panda! Bagi yang pernah tengok secara live, semestinya akan terpesona melihat keunikan bulu hamster ini. Dan baka yang berbulu panjang atau bahasa london cakap long hair ini agak sukar untuk ditemui di pasaran, pasar pudu hanya menjual short hair shj begitu juga pets world di mid valey. Mungkin kalau ada pun dijual pada harga tinggi. Negara Indonesia banyak lah kot yang long hair ni. (research).

6. Kalau aku jual aku punye yang long hair ni..Aku jual RM60. Puas hati kalau siapa dapat memilikinya. Sebab Super duper sihat. Cuma tak reti dok diam aktif betol. itu biasalah...kot diam lemau je...nak mampos dah tu! So nak beli tak? 

7. Makanan? Em. Mungkin korang boleh tgok sendiri dekat kedai pets, ade jual makanan hamster yang campuran. Yang itu standard punye. Bagi golongan yang tak mampu macam aku ni, aku prefer yang itu lah. Kalau jenis anak-anak datin, korang boleh beli yang super duper punye, branded penuh kalsium, vitamin A sampai Z pon ade. But ketahuilah bahawa kalau kita bagi makan buah-buahan fresh dan sayur-sayuran fresh lagi ade Um! Karet, kacang panjang dan salat adalah favret diorang. Penah dgr fakta ttg kuaci tak? Ye! kuaci ialah makanan paling digemari oleh hamster. Tapi ade kesan tak baik utk kesihatan diorang mcm keguguran, kencing manis, darah tinggi....ok tipu. Keguguran je btol. kegemukkan pon ade gak kes.

8. Ape lagi nak ckp ni? 

9. Emm....Mandi! ok bagi aku tak yah la over sampai sibuk sangat nak mandikan hamster ni seminggu sekali bagai. Buang karen je. Mcm aku cakap kat no1 tadi hamster syrian adalah sgt pembersih dan tidak mengeluarkan bau busuk pon. Kalau dah kotor sangkar tu, pandai lah kau bersihkan ye dak. Mandikan guna air tak berapa elok sebenarnye, takut dia terkejut beruk nnti. mati keras plak kang. tapi kalau nak mandikan jgak, guna air boleh jer, nasihat aku, gunakan air yang suam-suam baby, pandai-pandai lah ye. Aku percaya tak de org bodoh yg mandikan guna air panas menggelegak tu, ni bukan zaman pak pandir. Ape? Rumit?. Kalau rasa rumit atau leceh, mcm aku cakap tadi. tak perlu mandikan. atau beli saja pasir mandi hamster dalam lingkungan harga RM7 mcm tu. Ade macam-macam haruman, Rose, Lemon, Stoberi, Tom Yam, Gulai Ikan Masin, hah...tipu lagi. So korang boleh la beli yg itu. (Aku pernah gatal tangan pegi beli haritu. Diorang tak mandi pon kat pasir-pasir tu! demn gile, buang duit je, aku beli) See? mcm aku cakap tadi la, diorang sejak azali mmg pembersih. setakat pasir bau rose bagai sume tu, air liyo diorang lagi wangi kot.

10. Cukup dah 10 kan? Tujelah. Panjang perkongsian ni. Aku harap ade manfaat untuk yang benar-benar minat dan berpengalaman mungkin korang lebih familiar kan, komen kalau ade soalan, kita share same-same...Kot yang tak pernah bele, mungkin akan cakap ape kejadah la yang merepek panjang-panjang cerite tentang cencorot ni!. Fuh!! Ok lar. Selamat membela dan membelai hamster anda! Semoga hobi ini diberkati oleh yang Maha Pencipta.



Ni lah Hamster Syrian Long Hair! Lawa dia punya bulu kan!
Ok, Bai bai...

Nak lihat hmaster2 aku? boleh klik di link berikut :

1
2
3
5
6
7









5 comments:

  1. mmg best... Smart r lps nih nk cari jenis syrian.. Senang sikit bwk g jln kn...

    ReplyDelete
  2. Mmg betul... Saya setuju... Hamster Syrian ni mmg aktif... Mlm2 dok gigit sangkar dia... Nasib baik roommate x marah.... Nak marah pun x leh sbb dia cute sgt! Saya punya Jacob short hair... Baru beli dalam 1 bulan tapi kitorang dah bonding... Siap jln atas bdn kita lagi... Hahaha...

    ReplyDelete
  3. sy lak lain kes.terasa nk jual je hamster robo ni.nk beli yg syrian.sungguh la sy xpnyabar nk jinakkn dia.

    ReplyDelete
  4. sy lak lain kes.terasa nk jual je hamster robo ni.nk beli yg syrian.sungguh la sy xpnyabar nk jinakkn dia.

    ReplyDelete
  5. tumpang tnya, mcm mane kalau tuan/puan pergi bercuti atau balik kg? cmne tuan/puan sediakn makanan n minuman utk hamster selama tuan/puan tiada dirumah? mohon share tips

    ReplyDelete