Tuesday, February 19, 2013

RUMAH SEWA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM SELANGOR.

Assalamualaikum. Dah kire meletup la tajuk aku buat ni kan? hahaha... Bukan ape tau, Aku terpanggil malam ni untuk membuat sedikit hebohan atau perkongsian berkenaan dengan rumah sewa di sekitar kawasan POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Rumah sewa ini sebenarnya dah lama jugak aku tinggalkan. Lebih kurang dalam 3bulan yang lepas. Hari ni 18/2/2013.

Apa yang buat aku betul-betul nak kongsi ttg rumah sewa ni adalah sebab aku masih terima maklum balas dari ibu bapa student khususnya yang bertanya ttg rumah sewa kat sekitar poli tu, mungkin anak2 diorang tak dapat asrama. Mane kan mak bapak tak risau kalau anak tu baru nak masuk sem2! masih merangkak lagi untuk survive hidup kat luar kampus. So terpaksa mak ayah yang turun padang carikakan utk anak. InshaAallah disini saya bantu seada mungkin.

Maaf lah kalau ada soalan2 sebelum ni yg dihantar melalui PM di FB, saya tak balas kerana saya baru tau malam ni, cara nak tgok org PM. hahah. lawak nye. Tentang praktikel, ttg poli, ttg kemudahan semua dok tanye pakai PM kat FB, mane lah aku tau kewujudan benda alah tu. Maaf ye. Lain kali dinasihatkan tanya terus kat blog ni atau like dekat pg fb yg sunyi sepi tu. Hah kan senang....maaf sgt-sgt ye. Rase besalah tak dapat bantu.

Sambung balik ttg rumah sewa tadi.

Ibu bapa yang sedang mmbantu anak nya mencari rumah sewa di sekitar Poli tu, saya sarankan lihat dulu rumah sewa ini :

(Abaikan bendera politik itu, ia sekadar semangat anak muda & kereta itu adalah kereta saya..hehehe)

Ini  alamatnya, boleh datang servey dan tengok dahulu, dekat saje dengan poli tu :

LOT 2361 (D), TERATAK IBU RODIAH, 
JALAN SERI TANJUNG, KG SG APONG, 
PARIT BARU, 45100 SG AIR TAWAR, SELANGOR.

Kadangkala berkemungkinan rumah yang telah ditinggalkan oleh pelajar sem-sem akhir ini akan di pas kan atau di book oleh member-member lama diorang, atau kenalan diorang yang lebih awal dah cop kan, Tapi jangan risau. Call dahulu tuan rumah ini, dan bincang secara lanjut, teliti dan jelas. InshaAllah, ada jawapan dan jalan penyelesaian yang akan ditemui. Duduk bersama dengan teman2 baru yang lain kos pon ok jugak, mcm zaman aku dulu, kami bercampur kos juga. Ini no tel tuan rumah, call cepat dan terus book @ deposit kalau betul2 nak :

019 6467 445

Sedikit info ttg rumah :

Mempunyai 4 buah bilik. Berkapasiti besar! yang boleh memuatkan sehingga 12 org! Aku dulu duduk 8 org.. selesa dan sangat selesa. toilet mandi ada 2, jamban ada 2. So kalau berebut2 mandi kat jamban pon boleh. Belakang rumah ada parit @ longkang kecil yang penuh dengan anak ikan puyu dan haruan dan sepat, bagi mereka yang gemar memancing, ini lah lokasi anda! tapi air nya agak kotor sedikit lah. Mempunyai ruang laman yang cukup besar, tgok sendiri kat gambar. Boleh sumbat 3 kereta kat garaj tu. Peti ais ada, dapur pun masih ada rasanya dari peninggalan kami dulu, cuma TV, sofa, katil dan perabot lain tidak disediakan, anda perlu bawa seindiri atau beli...

Rasanya itu sahaja, semoga terjawab soalan2 anda, dan semoga info ini dapat membantu. Seperti yang kita tahu, rumah sewa di kawasan sana mmg laku macam goreng pisang panas! untung siapa yang ada tanah di sana. Letak je harga berapa, komferm ade yg call nak sewa. Untung mereka kan...So? have a nice day! ade soalan lagi, komen atau like di fb. Harap dapat mmbantu anda yg sedang mencari tu..By..Salamualaikum.

19 comments:

  1. rumah sewa ni utk laki ke pempuan ?

    ReplyDelete
  2. mesin basuh xde ker ? sewa RM brape yer ?

    ReplyDelete
  3. salam, rumah sewa ni pada asalnya lelaki yang duduk. tapi tidak ada masalah kalau perempuan nak duduk. kene book awal2 lah sebelum lelaki duduk. sebulan RM600. Bahagi lah dengan kwn2. tpi tak tau lah harga sewa skrg. but tuan rumah dia mmg baik. boleh je tawar menawar. mesin basuh ada. peti ais pun ada.

    ReplyDelete
  4. salam nk tnya btol ke klau rmh mkin dkt dgn poly so sewa mkin mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak. standar jer. ade yg sewa rumah, ade yg satu kepala RM100. biasanya harga tu based on kelengkapan dan keselesaan,

      Delete
  5. salam.boleh tak bagi no mana2 perkhidmatan kereta sewa di sekitar poli atau sabak bernam?

    ReplyDelete
  6. Saya bakal masuk psis isnin ni 1 Julai 2013. Tapi saya risau pasal rumah sewa. selain rumah sewa yang ada dalam gambar tu, ada lagi tak rumah sewa lain yg berdekatan dgn psis? And saya nak tanya pengalaman awak duduk rumah sewa dulu kos sewa rumah + bil api & air berapa sebulan? Tolong reply secepat mungkin. tq.

    ReplyDelete
  7. kenapa tak cari awal2? kalau lewat, alamatnye dah penuh la semua rumah sewa.. sewa rumah dulu sebulan 600, kongsi2 ngn romate. rumah besar, selesa. depend lah, lain rumah lain cag dia. overal duduk luar lgi best rasanyer :)

    ReplyDelete
  8. Salam semua.saya mencari kawan untk menyewa.saya da booking satu rumah yg boleh memuatkn 6 orang.so saya mencari 5 orang lg.rumah memang dkt dgn poli.lelaki sahaja k.pape trus cll saya 01123650021 ame

    ReplyDelete
  9. Salam semua.saya mencari kawan untk menyewa.saya da booking satu rumah yg boleh memuatkn 6 orang.so saya mencari 5 orang lg.rumah memang dkt dgn poli.lelaki sahaja k.pape trus cll saya 01123650021 ame

    ReplyDelete
  10. rumah untuk disewa oleh student wanita berhampiran pencawang TNB - rumah dilengkapi katil kayu single + tilam, almari baju, TV, mesin basuh fully auto, peti sejuk, dapur masak, rumah "tile" penuh, 3 bilik + 3 bilik air - satu rumah 6 orang @ sebilik 2 orang - amat selesa.

    ReplyDelete
  11. sila hubungi 019-2050620 - razmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya next sem 3 ..mencari rumah sewa lelaki... ada ke..

      Delete
  12. rumah sewa tuk bulan 12 ada tak.untuk lelaki sahaja

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum rumah sewa untuk 16/6/2016 masih ada kekosongan lagi x...

    ReplyDelete
  14. Ni laki ke ppuan ? Sy nk cr housmate ppuan
    Ws 01129171228

    ReplyDelete
  15. rumah untuk disewa oleh student wanita berhampiran pencawang TNB - rumah dilengkapi katil kayu single + tilam, almari baju, TV, mesin basuh fully auto, peti sejuk, dapur masak, rumah "tile" penuh, 3 bilik + 3 bilik air - satu rumah 6 orang @ sebilik 2 orang - amat selesa. HUBUNGI 012-3633017 RAZMI

    ReplyDelete