Tuesday, February 19, 2013

PRAKTIKAL / LATIHAN INDUSTRI DI...

Assalmaualikum.

Ada sedikit perkongsian disini. Memandangkan ramai yang singgah ke blog ini secara kebetulan kerana ingin mencari info dan maklumat ttg praktikel, mereka kebanyakan nya secara kebetulan akan menemui entry lama aku di (sini). Dan kadang-kadang mereka teringin nak tahu lebih lanjut ttg bagaimana cara dan step untuk buat praktikal kat satu satu syarikat ni. So dah semakin kerap aku terima msg inbox / pm dan sbagainya dari mereka yg ingin details ttg praktikal. Harini aku bantu, moge-moge korang paham ape yg aku cuba nak sampaikan ni.

Macam aku dulu praktikal kat KWSP. So lepas aku cakap yang tak de elaun diberi masa praktikel kat KWSP tu, terus org diam, tak komen. Mungkin awal2 diorang dah reject KWSP, kan...heheh..tak pe, ade baik buruknya praktikel tanpa elaun ni. Hahaha...Cuma itu bukan lah tajuk utama yang aku nak cerita. Eh tapi tak tau lah sekarang, rasanya dah ade dah elaun..serius. pegi tanya dulu.

Susah sebenarnya nak explain. Mcm ni lah, mungkin korang tak de pembimbing seperti kakak, abang yang dapat memberi tunjuk ajar, sebab tu korang perlukan pihak ke3 untuk membantu. Banyak sebenarnya syarikat yang ada offer pelajar praktikel. Cuma korang je yg tak tahu mcm mane step dia atau korang bnyk sgt dgr persepsi negatif luar, so korang jadi takut? Ek? Maksud aku, korang kene buat research dulu! bukak laman web rasmi syarikat yg korang terfikir. PNB? MARA? MAJLIS PEMBANDARAN? MAJLIS DAERAH? JABATAN KERAJAAN? KEMENTERIAN? SYARIKAT SWASTA SEBELAH RUMAH KORANG? Hah...banyak kan? So korang boleh buat panggilan terus ke BAHAGIAN / JABATAN SUMBER MANUSIA dari syarikat tu. Dapatkan maklumat dari pihak mereka. Bukan apa, sebarang resume korang yang dihantar secara babibuta atau terus direct tanpa pertanyaan dan maklumat, sia sia sahaja, sebab kadang-kadang mereka tak pandang dan tak terima pun kita yang nak nak buat praktikal ni. Diorang anggap banyak lagi kerja aku nak setelkan kat office ni daripada nak layan budak2 praktikal ni.  So? better call dan research dahulu company tu. Tak delah korang kecewa nnti, lagi lagi ade 3 peluang je yg diberi utk cari tmpat kan?

Contoh / Step. Korang boleh ikut sama :

Bukak web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pergi ke bahagian kerjaya, atau soalan-soalan lazim. Tengok dekat situ ada tulis PERMOHONAN UTK PELAJAR YG INGIN MEMBUAT LATIHAN INDUSTRI. kan? ade tak? so dari situ kita boleh tahu, Oh...syarikat ni nak ambek budak praktikel lah, so boleh la aku call tanya ek. Cun!

Bukak web rasmi PTS / pts.com.my. Pergi ke bahagian Karier. Tengok dekat situ ada banyak sangat offer untuk student yang nak buat praktikel. Kan? Jumpe tak?? Lengkap, semua bidang ada, IT,Account,Design pon ade. So why not dari situ korang boleh call pentadbiran diorang, tanya lebih lanjut, mcm mane ye saya nak mohon praktikal di PTS? Cun!

Bukak web rasmi PUSPAKOM. Pergi ke bahagian CONTACT US. Cari perkataan CAREER. Tengok dekat situ ada tulis practical student. Korang klik situ, tgok die punye offer dan tengok kelayakan yg dia nak.  Ade kan? Cun!

Bukak web rasmi mcm2 syarikat dah. (yg kononyer dekat ngn rumah, senang transport nnti, jalan kaki je). Tapi malang sikit, korang tak jumpe perkataan praktikel kat laman web syarikat tu. Tak mengapa, macam step awal-awal tadi. Call dahulu! dan yang penting call ke bahagian PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. Jgn call ke bahagian-bahagian lain, takut-takut mereka tak dapat mmbantu pertanyaan kita nnti. Jawab acuh tak acuh je, sebab itu bukan urusan dia. Mana dia tau.

Kebanyakan dari kita nak praktikel kat syarikat-syarikat besar, gah dimata orang. Ofkos lah kan, semua orang nak macam tu. Even masa kerja nnti pon korang nak kerja di syarikat hebat. So perkara pertama yang perlu di titik beratkan adalah ttg bidang yang kita sedang pelajari. Contoh aku dulu ambil banking&finance. So fikir lojik eh, semua syarikat kat malaysia ni mesti ada bahagian kewangan/pentadbiran/accounting. So even aku mintak kat TENAGA NASIONAL BERHAD sekalipun, tiada masalah sebab mcm aku ckp tadi, semua syarikat ada department mereka masing-masing. Tak semestinya aku ambik kos banking, aku kene praktikel kat bank je...no! itu satu persepsi atau tanggapan yang salah dan tanggapan inilah yang kebanyakannya membantutkan minda kita. Aku ambek automotif? Boleh ke aku nak praktikel kat KWSP? Em.....maksud aku kat sini, ade part yg kita sendiri kene fikir bijak, kemana langkah yang sesuai untuk kita pergi praktikel. Agak-agak la ye..

Praktikel tu ape sebenarnye? Kongsi sikit eh. Masa aku praktikel dulu, aku berada di bahagian Kewangan dan Bajet. Kerja nya sangat rumit dan teliti sehingga pihak pengurusan tidak berani untuk serahkan kerja kerja rumit itu kepada aku sbb kurang percaya dan tak yakin pada kebolehan kita yg muda ni. Diorang bagi pon kerja-kerja ringan shj. Tapi itu pun dah merungut. Biasalah, jiwa org muda. So dari situ aku belaja ape?Blaja lah cara nak gune mesin fotostat berkapasiti tinggi, sampai kalau mesin fotostat tu jem, mmg org office akan panggil aku utk repair. Tengok? Berapa intim nya aku dgn mesin tu. Failing, key in data, susun fail, hancurkan kertas, tolong hantar surat ke department lain..dan macam2 lagi lah..ade gak kerja bajet yg mmg pening otak kau nnti. But itu semua pengalaman yang amat berharga dan tak kan kita dapat kat mane-mane. Sebab habis blaja nanti pon belum tentu kita ni dapat kerja mcm ape yg kita impikan. Ingat ye adik-adik nak cari kerja bagus-bagus zaman sekarang ni amatlah susah. Ramai graduan menganggur kat luar sana tu. Kita kena bersaing. Kesimpulnnya utk perenggan ni, korang kene fikir @ cari tempat yang sesuai utk korang praktikal. Senang bagi yg ambik account/admin sbb semua syarikat ada bahagian kewangan kan. :) Jangan lah sampai, kita ambik kos kejuruteraan awam, tapi bila praktikal buat kerja-kerja account..wEAK :( Silap masuk rumah namanya tu.

Elaun atau gaji. Itu susah nak cakap. Itu mungkin letak di no2 kot. Mcm aku dulu mane ade elaun? free free je tayang muka kat office tu tiap bulan. Sakit mmg sakit, tapi Alhamdulillah, ada lah juga sedikit wang dan saguhati peringatan dari KWSP tu buat diri aku. Aku tak kesah, syukur sgt dah bila dapat praktikel kat sana. Lagak gaya mmg tip top mcm pengurus besar aku time tu. Endon sapu sampah pon tunduk dekat kita. Automatik kita jadi mcm bangga sekejap. Hahahah..sekejap jelah. Sekarang dah habis blaja baru tau betapa susah nak cari duit. Ingat, jangan kita berhidung tinggi, berlagak, sombong, itu jauhkan dari diri kita. Tuhan kalau nak tarik nikmat, sekelip mata je. TOINGG! Jatuh longkang masa nak balik kerja, dah hilang sebelah kaki. Hah....kan. So? Moga-moga perkongsian aku ni dapat bantu korang untuk keep it up berusah mencari tempat praktikel yg terbaik yg korang impikan, tukang lap kasut Perdana Menteri ke, tukang urut bahu pemandu kapal terbang kat atas awan tu ke, hah itu pilihan masing-masing. Semoga berjaya dan ingat tips2 yang aku bagi tadi, research, bukak web rasmi, tgok bahagian kerjaya, call mereka, tanya dengan jelas. InshaAllah, korang dapat apa yg korang nak. Berani utk cuba. Kalau rezeki kan, ada company yg siap tempah kita awal2 "bila u dah habis blaja nanti, u dtg balik masuk kerja sini ya". Untonggg kau...

Yang duduk dekat KL senang cari. Yang duduk kat pedalaman, kampung-kampung? betapa susahnya mereka nak cari tempat praktikel. So bersyukur lah.....Good luck!

P/S : Call tanya : "kalau praktikel kat sini ade elaun tak? Hahaha..soalan ni mcm mintak penampo je..tapi why not?

Assalamualaikum... 

44 comments:

  1. wah tips yang sangat berguna . thanks !

    ReplyDelete
  2. Thanx for the tips...

    ReplyDelete
  3. salam abg amir,bleh xklau sye nk mntk tlg abg email kn abg punye final report for li.sye stdnt psis jgk (dib),now tgh prktikl.sye nk jdikn report abg sbgai rjukn sye.hmm?

    ReplyDelete
  4. add dekat fb boleh tak? personal sikit. nama sape ni..

    ReplyDelete
  5. salam.. nak tnye, kwsp serap kerja x? mksudnye, bile sy abeh praktikal, dorg akan serap sy x kalau ada kekosongan jwtn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau praktikal semester akhir, inshaAllah, kalau praktikal sem4, susah lah sikit. ape pon kena hantar resume dan interview dulu utk kerja di sana.

      Delete
  6. salam..thnx.. info yg sgt berguna =)

    ReplyDelete
  7. salam...bole x sye mntk final report for LI?...saya tgh praktikal...so sye nk mntk utk dijadikan bahan rujukan...

    ReplyDelete
  8. aku baru je abis serabut kol cari tempat l.i merata malaysia ni aku kol haa.. semua aish. menguji kesabaran and kdit fon.. erm,. terjumpa blog ni. lepas bca, ak rsa lega ckit kot..mybe aku memang kne try semua jenis syarikat.. n tak terlalu berharap dgn satu syarikat! haaha..agkla semua nak cari temapt bagus2 je.. mungkin ad hikmah klu takat LI kt tempat bese2 eh. erm.. btw. thanks! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck bro, doa dan usaha lebih sikit, InshaAllah, tak lame lagi ade la rezeki tu. :)

      Delete
  9. salam..boleh tak saya nak mintak final report latihan industri kat tnb ni?? pening la..saya dah buat separuh tp masih ada maklumat ttg yg kurang... ni email sya jannatul_anbiaa@yahoo.com ....facebookk sy nama Cik Eyka Mohamad

    ReplyDelete
  10. sory..pembetulan, ni email saya atiqahnabiamohamad@yahoo.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..maaf, saya tak dapat nak beri, sbb softcopy dah tiada. maklumat yg kurang? apa maksud? tulis shja kerja2 yg dilakukan, dan jadikan ia 1 bab. Semoga diberi petunjuk.

      Delete
  11. terima kasih bro 4 tips ...sangat berguna bagi yang apply li lepas x dapt...mcm saya ..uhuhu

    ReplyDelete
  12. Thanks bg mklumat. .sgt berguna

    ReplyDelete
  13. bro,terima kasih atas info yang diberikan...ade lagi tak buku laporan yang bro buat di KWSP?..kalau ye bole mail kat saya..TQ

    ReplyDelete
  14. bole x share tugas-tugas yang diberikan sepanajang tempoh pratical di KWSP ?...terima kasih

    ReplyDelete
  15. Hopefuly dapat bantu. rujuk sini :
    http://worldofamirizzat.blogspot.com/2014/01/tips-penyediaan-penulisan-laporan.html

    ReplyDelete
  16. thanks for the tips :D tahu tak l.i dekat puspakom ada elaun tak ?

    ReplyDelete
  17. Tq amir. Tips yg menyedar kan sy..mencari tempat praktikal

    ReplyDelete
  18. salam bro amir, berapa lama masa utk kita dapat jawapan dari pihak kwsp? amalina2892@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama pun, sebab selang seminggu i terus dapat contact dari HR. Kalau x dapat, sis call hr dia. tanya status mcm mana..

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam.. boleh sya tahu awak hantar reume melalui apa?? means awak pergi serah kan sendiri or melalui email???

    ReplyDelete
    Replies
    1. im giving by email sis, but its also can if u want by hand. wish u good luck.

      Delete
  22. salam, saya pun dapat praktikal di kwsp bulan 9 ni..jadi saya nak tanya dan minta tolong, boleh tak encik bagitahu saya contoh report praktikal untuk kwsp? dan lagi satu kalau encik dapat sent softcopy report kat saya, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, skrg intern for diploma atau degre? Contoh report kwsp adalah based on kerja dan tugas awak semasa praktikal. kwsp tidak memainkan peranan dalam penghasilan report pelajar. format dan cara penulisan report adalah berpandukan dari universiti atau politeknik. dpt praktikal disana ke?

      Delete
    2. Salam, boleh saya dapatkan emel kwsp untuk hantar resume?
      Emel - norhidayah_shaari@yahoo.com.my
      Terima kasih

      Delete
  23. Salam, boleh saya dapatkan emel kwsp untuk hantar resume?
    Emel - norhidayah_shaari@yahoo.com.my
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis buka laman web kwsp. bahagian HR. lebih baik pos.

      Delete
  24. As salam apa yg perlu di bawah masa interview intern kt kwsp n apa question might be asking

    ReplyDelete
  25. Salam....Kalau dapat buat praktikal di LHDNM , mereka ada offer kerja???

    ReplyDelete
  26. Salam....Kalau dapat buat praktikal di LHDNM , mereka ada offer kerja???

    ReplyDelete
  27. Assalam ..macam mana ye nak apply untuk praktikal di TNB..saya cari dalam portal dia tak jumpa link yg direct ke latihan praktikal? terima kasih untuk respon :)

    ReplyDelete
  28. Terima kasih utk tips yg bermanfaat ni..moga diprmudahkan urusan sbb brother amir dh mudhkan urusan org lain.
    P/s: sy tengah cuba apply intern fr degree in biotech di tnb research lab. Mohon sesiapa yg terbaca komen ni doakn juga ya..terima kasihh

    ReplyDelete
  29. Salam bro.. nak tanya.. dlu apply practical kt kwsp tu dia bg tempat random or kita boleh pilih?

    ReplyDelete
  30. boleh saya dapatkan email untuk li kwsp

    ReplyDelete
  31. Salam, Mcmne ye sy nak dptkan no tnb? Sbb no tnb sy call 2 3 hari berkali kali ynb tak jawab .

    ReplyDelete
  32. Budak-budak practical cari tempat biarla releven dengan kos. Satu lg jangan mengharap elaun je. Elaun no. 2 pertama spjg practical apa Yang kita dapat belaja, tulis dalam Buka journal setiap hari, ingat pengalaman tu yg penting.. sebab dunia bekerja/berkejaya bukan la semudah dan seindah disangka. Tahun depan ni je 4org company saya amek student practical. Company sy biasa² je. Tp saya jamin banyak benda korang akan belaja nt terutama utk student pengurusan, keusahawanan. Ingat jangan banyak merungut Masa menjalani latihan nanti. Jadi kan ianya seolah situasi sbenar yg korang akan tempuh nt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alaik kakak.Sy student pengurusan sumber manusia. Sy tengah survey company untuk buat li bulan 7 nanti. Agak agak kena tak kos yang sy amik ni dengan company akak tu?

      Delete
    2. Salam, boleh saya tahu nama company dan tempat company cik/pn sue? Saya mmg ambil course pentadbiran perniagaan keusahawanan dan sdg cari tempat praktikal. Harap sudi respon

      Delete