Tuesday, February 5, 2013

KL-SIBU-SARIKEI-SIBU-KL

Awal bulan 2 lepas aku merantau ke negeri orang. 
Tujuan utama adalah untuk ke perkahwinan saudara.
Beliau kawin dengan anak dara kelahiran Sibu.
Air Asia bersama keluarga dan abg ipar terbang ke Sibu, Sarawak.
3 hari disana. Sepanjang perjalanan tidak lekang dari perasaan batak dan jakun.
Abah terutamanya, gelabah dia lain macam. Biasa lah, orang tua.

Ini bukan kali pertama aku terbang ke awan. 
Dan bukan kali pertama juga aku pijak negeri sarawak.
Ini kali ke2. Kali pertama semasa PLKN tahun 2009. Juga di sibu. 
So aku dah biasa dengan suasana tempat tersebut.
Masih segar dalam ingatan bagaimana ceruk-ceruk bangunan disana.
Perumahan dan perkampungan disana juga aku masih ingat.

Semasa perjalanan pergi ke Sibu aku duduk paling tepi. Sebelah tingkap.
No 17 seat yg serata dengan sayap kapal terbang. Bunyi enjin kuat.
Sebelah aku china dia dan kawan dia. Aku sorang.
Majoriti dalam flight semua china. 
Sebab apa? sebab Sibu adalah 80% penduduk nya berbangsa china.

Dlm flight.
Masa pramugari tu offer makanan, aku tak beli pon. 
Tapi org china sebelah aku dia beli.
Chiken Rice dan air ribina dia order. 
Kemain lagi makan. Cemburu aku masa tu.
Aku buat-buat tidur masa dia tgh makan. 
Tapi kadang-kadang aku bukak mata sikit-sikit.
Nak tengok dia punya nasik ayam best ke tak. 

Sampai kat Sibu.
Alhamdulillah, di sana aku ada mak angkat.
Ya aku kenal mak angkat aku masa aku PLKN dulu.
Anak dia sama PLKN dengan aku.
Mak angkat aku sangat baik dan sgt mesra org nya.
Pandai buat kek lapis dan kuih-kuih.
Ayah nya juga macam tu. 

Bawa kami semua pusing-pusing bandar.
Sampai ke SARIKEI pun kami dibawa oleh nya.
Hakikat nya tiada apa yang menarik pun di sarikei.
Cukup lah sekadar mencuci mata dan melihat pasar2 mereka.
Untuk pengetahuan,
Kebanyakan pelancong luar akan ke KUCHING apbila dtg ke sarawak.
Jarang org ke Sibu. Tiada apa disana tu...

Perkahwinan saudara aku disana dirai dengan penuh kesederhanaan.
Biasa-biasa sahaja.
Sempat juga aku dan keluarga beli belah brangan dari sibu sebagai tanda kenangan.

Sebelum pulang mak angkat beri mcm-mcm kuih muih dan sedikit barangan kenang2an.
Syukur, terima kasih mak. terima kasih ayah.
Terima kasih bumi sibu.
Entah bila aku akan pijak bumi Sibu lagi.

Terbang ke awan.
Pulang ke Bumi Kuala Lumpur. 
Banyak gambar yg sempat dicaptur, 
Tapi tak rajin nak upload :(
1/2/13 - 3/2/13.

Teringin sangat nak pergi melancong dengan kawan-kawan aku.


Tahniah Abg fahmi dan Kak Wana. Semoga Bahagia hingga anak cucu.


















No comments:

Post a Comment