Friday, February 22, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 PADA MAC 2013


Assalamualikum....

Disebabkan adik aku adalah salah seorang calon SPM pada tahun 2012 yang lepas, maka sudah tentu si abang sangat mengambil berat bab yg berkaitan dgn bila, tarikh keluar result SPM. Kerana si abg nya sangat komited untuk membantu si adik dalam urusan dunia akhirat...Chewahh...

Ok lah...this is the fact. Tarikh rasmi keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada bulan Mac 2013 nanti. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tersebut boleh diambil di sekolah masing-masing mulai 20 Mac 2013. Demi kemudahan pelajar, calon juga boleh membuat semakan menggunakan kaedah pesanan ringkas SMS seperti yang tertera dibawah. (Canggih betol skng ni kan).Semoga semua calon SPM 2012 mendapat keputusan SPM yang cemerlang pada tahun ini.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2012 :

Tarikh Keputusan SPM 2012 : 20 Mac 2013
Masa : Bermula 10 pagi (Mungkin korang tak tidur malam masa tarikh ni kan..heheh)

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara SMS :

Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Contohnya :
SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888.

Good luck adik-adik...Semoga peroleh result yang baik dan masa depan yang cerah, Wehooo :)

No comments:

Post a Comment