Thursday, February 7, 2013

Diluar lingkungan.

Nah! berat badan aku maintain je. tak naik-naik pon. badan aku kecil dan kering atau lebih manja lagi org kata comel. Even aku kunyah nasi berhari-hari, ayam berkepak-kepak, ikan berekor-ekor. berat aku still sejemput tu jer. Tanpa senaman disertakan dengan tidur yang berpanjangan sepanjang hari ditambah dengan melepet depan tv, nyata ia nya satu senaman yang luar biasa. Antibodi aku stabil sehebat PSY yg asyik berjoget kuda gangnam style. Dia tak jemu dan tak penat pon. Syukur pada Allah pemberi nikmat.

Bulu kaki yang agak lebat dan beralun sering menarik pandangan wanita-wanita especially masa aku berjalan menuju ke kereta dengan berseluar pendek paras-paras aurat lelaki. Malang sekali wanita-wanita yang dimaksudkan itu adalah golongan wanita yang bergelar mak cik dan golongan oldies. Mata mereka tak kelip-kelip pandang aku. Tunggu line clear, agak-agak aku dah masuk kereta. Mulut diorang akan bercakap sesama sendiri. Diorang ingat kereta aku tak ada cermin sisi ke hah? So pada detik dan saat itu, hati aku akan "Bersangka Baik"....Mungkin diorang sedang puji aku.

"Rajin nya anak Rosli ni ya" -END-



No comments:

Post a Comment