Friday, February 15, 2013

Dengan Secara Kebetulan.

Hai. Salamualaikum.
Semalam dan hari ini ada dua perkara yang benar-benar menekan jiwa dan mengetuk sanubari. Dan aku rasa ia nya datang dengan secara kebetulan / Rezeki kurniaan Tuhan.

Sad.
Sedih sebab semalam aku ada baca buku cerita. Tajuk dia 100 senjata mukmin terbongkar. Buku tu aku pinjam dari kawan aku. Masa zaman belajar dulu aku selalu pinjam buku tu dekat dia, tapi tak habis baca. So aku niat nak pinjam lagi. Kalau korang pernah baca, mesti korang kata buku tu best dan penuh dengan inspirasi dan padat dengan motivasi. Tapi sebab ape aku sedih? sebab aku rasa diri aku hina dan banyak sangat melakukan dosa. Buku tu banyak sentuh emosi aku menekan jiwa dan mengetuk hati. Malam sebelum tidur aku memohon pada Allah agar aku diampunkan dosa, di beri petunjuk dan pastinya dimurahkan rezeki. Terlintas rasa rindu pada teman-teman aku dan saat itu aku sebut nama-nama mereka dalam doa aku. Semoga kita semua diberkati di dunia ini. 

Funny.
Malam semalam aku tengah dalam lamunan. Dan aku terfikir nak beli buku baru dekat UTC Pudu. Ye aku masih dalam angan-angan.

5minit kemudian aku bukak facebook. Eh! ade 1 inbox chat masuk lah. Aku baca. 

"Esok jom teman pergi Pudu? teman kan beli someting"

Dan pada saat itu aku rasa mcm Allah sgt mendengar dan membaca isi hati aku. Tersengih-sengih kerang Tersipu-sipu siput aku dibuatnyer. Kebetulan member aku ni ada beberapa keping voucher RM50 utk beli buku atau stationary yang pak jib bagi, dan dia offer nak belanja aku pakai voucher tu :) So siang tadi kami ke sana untuk menunaikan hajat yg dikatakan kebetulan itu. So bila dah sampai ke kedai buku tu....apa lagi? Buku yang aku pilih semestinya buku yang mengetuk pintu hati aku semalam.

"100 senjata mukmin terbongkar"  dia lah yg belanja aku...hihi..mcm2 lagi sebenarnya, tapi tu semua utk adik aku lol. Bertuah nyer...hahah..lawak pun ada. kwkwkkw..kebetulan kan!

(Terima Kasih dekat kawan aku yang belanja belikan buku tu siang tadi. Aku hargai dan rasa sgt bertuah sbb aku mmg niat nak beli sendiri buku tu. Las-las kau dah belanje kan. Lepas ni tak payah pinjam kat org dah. Hihihi..Murah nya rezeki kita)

Yang ke2 pulak.

Mase balik dari pudu tu kan, aku ada nampak sweet buah ciku. Ciku tau bukan kuaci. Buah tu cute je dia potong dan pack dalam plastik. (Bapak den pon jual buah tu, sepeket RM2 so den tak delah batak sgt, cuma perasaan terliur tu tiba-tiba nak mai). Mungkin suasana yang kering dan mungkin letih nak habeskan voucher RM50 tadi buatkan hormon tekak aku mengada-ngada mintak buah. Tapi aku tak layan sangat, walaupun akak tu dah offering dekat aku sbb dia nampak aku mcm nak beli jer..(walaupon time tu tgh jalan) sempat jgak dia offer, al maklum, adat berniaga. Yang sure aku pun tak pasti buah tu zaman bila dia potong kan, kot yang dah berabad punye ke, siapa tau? Aku mmg cerewet. Tapi masa tu aku cool jer, dan bersangka baik. Aku pujuk tekak aku untuk mengatakan "tak payah la mer.." duit dalam kocek pon tinggal berape rupiah je. Aku berlalu tinggalkan sweet ciku tadi.. :(

Seterusnya...

Malam tadi lepas makan malam. Macam kebiasaan lah, rumah aku makan malam adalah pada jam 9.30 hingga 10.30 pm. Lepas makan malam wajib utk kami sekeluarga menjamah pencuci pinggan mulut iaitu buah-buahan. Abah berniaga buah, so tiap-tiap hari rumah mmg berbuah. ape aku ckp ni?. Next. Si tukang pemotong buah adalah si tangan kidal. Sape lagi individunya kalau bukan aku. So macam biasa, aku akan ke sudut dapur untuk tengok buah apa yang abah beli harini. Aku bukak plastik buah yang abah bawak balik, plastik tu warna merah. Ape agaknye buah hari ni ye...mangga? manggis? menggo? melon? so aku pun bukak plastik tu.. 

Sekali lagi aku tersenyum siput dan aku sangat berasa syukur kerana Allah betul-betul dengar isi hati aku. Senyum dan terus senyum sambil mengupas kulit-kulit ciku yg kasar dan sedikit berbulu. Perlahan demi perlahan, 3biji ciku siap dikupas dan sedia untuk dimakan. Ya! Abah beli buah ciku hari ni!! Hihihihi...kan? siapa tak tersenyum gembira kalau apa yang diniat dan diinginkan semua nya ditunaikan. Sesusngguhnya Allah itu Maha Mendengar. 

Syukur Alhamdulillah. :)


Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba Nya. 
[Isra : 30]

No comments:

Post a Comment