Saturday, February 23, 2013

Cerita Sodey

Salamualaikum :)

Malam ni malam minggu. Aku tak rasa pun yang aku perlu tidur awal macam budak sekolah. Memang mata aku selalunya bertahan sampai jam 2pagi. Selayaknya aku kerja shift tgh malam kan. Tapi aku tak mau. Tak elok sangat lawan arus. Malam kita tidur dan rehat, siang kita kerja. Itu adalah sistem hidup yang betul lagi semporna.

Bila kebosanan aku suka bukak blog orang, means blog yang tesenarai kat list celah kanan blog aku ni lah. Mana la tau kan, ade cerita gosip-gosip artis terbaru ke, Shila amzah lari rumah ke, Mislina dah pakai tudung ke, atau yg meriah sikit, ade org nak offer aku bawak gi melancong ke Sabah 5hari 4malam dengan tiket kelas pertama Malaysia Airlines beserta diskaun 50% untuk penganggur muda ke, ade orang nak beli Hamster Syrian aku dengan harga 5juta dengan bayaran tunai dan pakej tangkap gambar bersama untuk dijadikan cover dalam majalah mangga World Animal ke, Haaahh...banyak andaian aku sebenarnya tau. 

Dan tiba-tiba lepas semua andaian aku tak mengena, aku tersangkut lah dekat blog sorang ni.....Amboi lagu tema blog dia kemain kau. Aku ingat lagu celah mana pulak bebunyi ni, upenye lagu dari blog dia...layan jelah. Baca perenggan pertama. Mak ai sodeh nye. Terus sambung perenggan ke2. UUiiihhh habis lecak-lecak pipi aku basah. Perenggan ke 3 4 dan seterusnya. Ya memang sedih. Kisah hidup seorang manusia yg diadaptasi kan jadi sebuah cerita ringkas di laman blog, dah cukup buat aku terkesima dan tersentuh. Syedih. 

Macam tulah kehidupan, tak semua orang hidup dalam kemewahan macam korang, tak semua orang hidup penuh dengan kasih sayang ibu bapa, ada yang orang tua mereka dah meninggal, mereka hilang tempat mengadu, mereka hilang kasih sayang, ada yang hidup dalam kesusahan, ada yang tak de internet kat rumah, nak cek facebook pon setahun 3x je, tak macam kita, kat tempat kerja, kat rumah, kat toilet pun boleh bukak fb 24jam. 

Hmmm...kadang-kadang benda-benda macam ni lah yang buat aku tersipu insaf, termenung jauh, dan dari pembacaan macam ni jugak buat aku rasa diberi hidayah untuk aku berhenti on9 dan pergi ambil wuduk dan sembahyang isyak! Ye aku belum smayang isyak lagi, tengok jam pukui brape? 2.05 pagi! So? aku nak tido dan...Have a nice day, Selamat Malom. HAHA! Cerita Tegantong lah aku ni!

P/S : Kadang-kadang aku ade rasa macam nak tulis blog, tapi tak de idea. ketandusan dan kehabisan ilham. tapi semangat tu ada! Aku paksa jugak nak tulis supaya tak terbawak dalam mimpi time nak tdo nanti, paksa punye paksa..hah, ni lah hasilnya entry nya "CERITA SODEY". Kalau masuk pertandingan menconteng, boleh la kot hadiah sagohati...SODEY tu maksud dia sedih lah, cume gaya pronounce dia mmg mcm tu spelling dia sbb member aku yg ajar ckp mcm tu. SODEYY lah kau ni mer....

No comments:

Post a Comment