Friday, January 18, 2013

Temu & Tidak Terduga.

Assalamualaikum.

Rasanya banyak sangat perkara yang aku teringin nak kongsi. Bila aku cakap nak berkongsi, aku mengharapkan agar orang yang baca akan dapat muntah sedikit manfaat atau pengajaran dari kisah hidup aku. Kadang-kadang ketahui bahawa aku cuma bermain dengan perasaan, rasa menarik untuk dibaca silakan, tidak mahu tidak mengapa, butang pangkah tersedia di atas kanan sana. 

Hahaha...Aku tak serius pun malam ni, cuma hati tu sedikit tunggang langgang malam ni. Bercampur-campur perasaan aku. Biasalah, sebab tu ada ungkapan "Kekuatan manusia terletak pada hati".

Semalam. 17 Jan 2013. Aku terima 2 panggilan temuduga dalam satu masa. Rugi kalau aku tak muatkan cerita ni dalam diary blog aku. Aku pendekkan cerita, hanya 1 yg aku pilih. Anak syarikat Maybank @ Etiqa Maybank. Pagi tu aku pergi ke interview dengan jiwa dan perasaan yang kemas. Rambut belah tepi, tie hitam dan baju kotak-kotak biru, semua ni mengimbau kenangan masa belajar di politeknik dulu. Bila aku tengok diri aku kat cermin, seolah-olah aku sedang bersiap untuk masuk ke kelas pagi. Cepat-cepat aku padamkan kenangan yg menghantui fikiran aku di hadapan cermin, dan lekas bersalaman dengan ibu yg gelisah tengok aku mcm org gila dari tadi. 

Sepanjang perjalanan ke Masjid Jamik, mulut aku secara automatik bercakap sendiri. Aku bercakap tentang  nama penuh aku, umur aku, pengalaman kerja aku. Semuanya aku bercakap dalam bahasa orang putih. Dan aku rasa aku hebat pagi tu. Dan dari situ juga baru aku sedar yang aku sedang berlatih untuk persiapan interview 30minit akan datang. Jantung aku mcm digendang palu. Perlahan-lahan aku pujuk supaya dia bertenang kerana aku sendiri cool saje, kenapa dia plak yg lebih. Dalam pada masa yang sama kereta dipandu dengan begitu kencang. Bunyi sesuatu letupan kecil semasa aku pandu laju, dek kerana sedang giat berlatih bercakap, aku biarkan saja bunyi itu.

Aku merupakan calon awal. Aku ingat aku sorang je yg terhegeh-hegeh nak keje sini, rupanya datang 2 3 4 lagi calon lain. So total 4 org 2 lelaki 2 wanita. Yg penting aku dtg paling awal. "Duduk dulu dik" akak tu cakap mcm tu. Gaya dia bercakap seolah-olah tak hingin pon nak tgok muke aku yg masih hingusan ni. Time tu dia pasang lagu2 english maroon5 bagai. So aku pon duduk, surat khabar kat depan meja tu aku capai. The Sun. Sambil aku baca, sambil aku jeling-jeling suasana kerja di situ. Nyata tekanan bukan kepalang. Ngeri sampai ke tulang.

Aku sempat berkenalan dengan calon lelaki sorang ni. Dah 2 orang je jantan, tak kan itu pon nak menyombong ye dak. Salam dan perbualan dimulakan. Semakin rancak, jelas kelihatan aku rasa aku yang over. Mungkin tindak balas perasaan dan jantung yang nerves pagi tu. Dia dari UUM. Muke macam budak2, bila ditanya? dah 24 rupenye. Aku dengan selamber cakap.."lah, tak nampak mcm 24 pon? ingat mude lagi" dia gelak sambil cakap, "nampak mcm tak matang kan?". Kami gelak sakan. Office tu mmg kami yg punye. 2 calon wanita yg duduk bersebelahan diam saje. Mungkin tengah pasang telige. Curi-curi dengar perbualan kami. 

Kami dibawa ke tingkat 10. Bilik perbincangan. Interview bermula dengan calon yg paling awal datang. "Siapa paling awal dtg ye?" aku diam, buat-buat tengah kemas sijil. 4 saat berlalu tiada siapa menjawab persoalan tadi. Aku terpaksa mengaku. "Ye saya!". Dalam pada masa yg sama dia minta semua calon serahkan resume. 

Aku tengok resume aku paling nipis. UUM dan 2 calon wanita kemain tebal nak mampos. Aku cuak. Rupenye diorang selitkan pelbagai sijil akademik diorang. Aku rasa tercabar lantas mengeluarkan salinan sijil2 aku yg tak seberapa nak ade. Ape yg ade je aku bagi. "Maaf kak, ini je yg ada, yg lain original, tak sempat nak fotostat". Aku nasihat kat korang agar jgn buat kesilapan bodoh ni masa interview kerja. Mungkin ini kali pertama, so aku maafkan diri aku. Kakak tu selak satu per satu. Dia persoalkan ttg slip result aku. Aku cakap transkrip belom dapat. Agak selamber kodok jawapan itu. Dia angguk tanda redha. Aku rasa aku je diploma. 3 calon lain tu ijazah. 

Ingat kan dia yg akan interview aku. Rupenye..."jom ikut akak" atau org putih ckp "lets come folow me".

Aku dimasukkan di dalam 1 bilik khas. Seorang wanita islam, seorang wanita india. Duduk dan bersedia menanti aku. Muke mereka macam "kisah firaun dengan hamba-nya". Tak tau lah kalau korang ade baca cerita firaun tu. Belum sempat aku nak duduk, dia dah suruh introduce diri. Nampak disitu ketidak sopanan mereka. Aku hulurkan fail aku dengan harapan dia bagi aku duduk dulu. Dan secara tidak sengaja aku telah pun duduk tanpa disuruh. Beri salam dan good morning dan aku memulakan sesi perkenalan diri. Yes, for sure ianya fully in BI. Tergeliat lidah aku. tapi aku dapat betulkan balik aku cover macho. Ibu jari kanan bertemu dengan ibu jari kiri. Celahan jari kanan bergabung dengan celahan jari kiri. Tangan aku tak reti duduk diam. Ade je gaya pelik terkeluar. Cume aku tak korek idung je depan dia. Satu ketika dia ade tanya benda lain, tiba2 aku jawab benda lain?! Nampak kecemerlangan aku disitu. Aku cover macho walaupun dalam hati dah rase macam malu dan rase nak menari gangnam style nak tegelak kuat-kuat. Tak sampai 15 minit pon. Aku dipersilakan keluar. Thanks you. aku beri pengormatan terakhir dan dia senyum..banyak dia cerita benefit dan tugas2 jawatan kerja. Agak menakutkan bila dengar sbb aku fresh kan :'(

Keluar dan terus balik. By3x UUM. tak sempat pon nak wish luck kat dia.

Sebelum balik ke rumah aku tiba2 ade niat nak keluarkan duit kat Bank. So aku jalan kaki 2km menuju ke ATM. Dengan rupa paras yg kemas, rambut belah tepi sambil pegang fail, semua mata menjeling ke arah aku. Mungkin tak pernah jumpe org hensem mcm ni. 

Masa aku lalu di depan bangunan KWSP....Terbayang lah waktu zaman aku praktikel. Aku rasa mcm hebat masa tu. Aku happy. Senyum. dan masa tu aku teringat zamir. Rakan baik aku masa praktikel. Hmm...lord of story.

Pendekkan cerita. RM200 dikeluarkan dari bank. Aku sendiri tak pasti mengapa aku keluarkan duit sebanyak itu. Memang aku perlukan duit, dompet aku hanya ade berapa not saje masa tu. Malu nak mintak kat abah apalagi pada ibu. Alhamdulillah, ade lagi duit dalam simpanan. Di dalam LRT. Aku duduk. Tiba2 ade org sapa aku!!!

Oh! Calon interview dari UUM rupenye! Lihat? Jodoh pertemuan di tangan Allah. Rezeki untuk kami berjumpa lagi. Aku gembira....semakin panjang lah cerita kami ber2..LRT tu mcm bapak kami yang punya.. sudah semestinya suara aku yg paling menyeralah. "mcm mane interview tadi?" bla bla bla bla bla aku rase tak de harapan bla bla bla bla... Sebelum aku turun LRT, aku sempat ambil no phone dia. Dan kami bersalam untuk mengakhiri pertemuan. Semoga Allah panjangkan perhubungan kami.

Aku berjalan menuju ke kereta....

Sampai di kereta. Aku terkejut!!!! aku tarik nafas panjang.............

Tayar belakang belah kanan pancit teruk.

Nasib baik tak pecah lagi. Mmg tak de angin. kosong. Mata aku melilau cari bengkel. Aku tak yakin nak paksa drive dlm keadaan tayar belakang mcm ni. Pendekkan cerita. Aku ambil keputusan untuk beranikan diri drive sedikit ke hadapan dgn keadaan tayar pancit bawa ke bengkel dan minta diisikan angin penuh. Aku tau, tayar tu dah boco. Tapi sekurang2 nya pam angin dapat naikkan semula tayar yang lembik tadi. 

"Tayar bocor" cina tu cakap. Dalam hati aku "Ye saya tau". Aku bersyukur sebab jumpe bengkel betol2 depan tempat aku paking kereta. So perjalanan mencari bantuan sangat singkat dan terasa begitu mudah.
Time tu aku ucap banyak terima kasih kat cina tu even dia hanya bantu aku isi angin bukan tuka tayar.

Aku terus bawak balik kereta ke rumah. lebih kurang 5km aku drive. Masa drive, mata aku menjeling jeling ke arah tayar belakang yg bocor tadi. Cermin sisi mainkan peranan penting time tu. Dengan harapan tayar tu masih bertahan untuk bawa aku terus sampai ke rumah. Alhamdulillah....aku sampai saje di kawasan rumah, terus aku bawak kereta pegi kedai "tayar aku". Ye! hanya kedai ni saje yang layak menyentuh tayar kereta aku. Aku pernah ke situ sebab tu aku dah biasa dengan dia.

Pendekkan cerita, aku terpaksa tukar tayar. Ye tukar. Nak tau ape punca bocor? pada mulanya aku pon tak tau....tapi lepas dia tanggalkan tayar...jeng jeng jeng..."u tgok ni" cina tu menunjukkan ke arah satu kilawan besi yg terbenam dalam menusuk ke tayar aku. Dan bila dia pisahkan tayar dgn rim. Dan aku tergamam apabila besi yg menembusi dalam tayar itu sebegini sekali rupa....


Baru aku fikir, kenapa Allah arahkan aku untuk keluarkan duit di bank sebelum balik tadi. Aku redha dengan duit tu. Rupa2 nya ianya dikeluarkan untuk tukar tayar baru. Baru aku fikir betapa sayang nya Allah dengan aku, dia nak selamat kan aku, dia tunjukkan aku keadaan tayar pancit depan mata aku sebelum aku mulakan perjalanan, kalau aku tak perasan tadi, mungkin tayar akan meletup di tengah highway. Bahaya dan malang akan menimpa. & Dalam keadaan yang susah, aku ditemukan pula dengan pertolongan bengkel kereta yang hanya brape meter dari tempat parking aku. Hmmm....Syukur kepada Allah yg memberi pertolongan.

Ingat lagi aku ade cakap, aku terdengar bunyi letupan kecil masa aku ondewei ke interview? tapi aku bodohkan saje. Hm.. Mungkin Allah arahkan aku untuk tidak ambil peduli agar aku tidak cemas dan tidak menggelabah masa tu, dan Allah suruh aku pergi Interview dgn tenang dahulu, Dia tak nak aku serabut.

Aku rasa banyak bena pengajaran yang aku dapat harini. Tak payah lah aku cungkil 1 per 1. A sampai Z aku dah cerita. Macam cerita drama kat tv1 pon ade. Pengalaman tercipta untuk mematangkan diri aku. Baru keluar dari tempurung, sudah di uji oleh Allah. Mungkin ini 1 peringatan! buat hamba-Nya yang selalu ingkar dan mudah leka. Aku terima sebagai pengajaran dan pengalaman.

Notaringkas : Rasanya aku dah tak larat nak taip lagi. aku nak tdo. End of the story, kenalan dari UUM msg aku tgh hari tadi. "Mir, member aku kerja sana dia cakap dalam ke empat-empat orang calon yang datang temuduga tadi, sorang pon tak de yang sangkot dapat, sedih la cenggini" Aku diam seketika. Dan reply dengan nada yg gembira sambil selitan nasihat agar teruskan usaha dan yg penting jgn mengalah!

Lihat kuasa Allah? Sekali lagi aku diberi petunjuk. Aku tak perlu ternanti-nanti akan keputusan temuduga tadi, kenalan yang baru dikenali dari UUM telah memberi tahu aku terlebih awal akan keputusan nya. Lega rasa. Semoga kau berjaya diluar sana kawan. Ade rezeki kita berjumpa lagi # 

By! Salamualaikum.







 

3 comments:

  1. wahhh dah dapat kerja ke ? all the best n good luck :)

    ReplyDelete
  2. membantu sangat, huhu dapat panggilan interview etiqa maybank juga...
    sehari sebelum chrismas ni.. sebenarnya ada banyak benda nak tanya ni...!

    ReplyDelete