Wednesday, January 30, 2013

Ronda kota

Tok tok tok
Tak bukak pintu pula
Mungkin aku datang awal sgt
Tapi dah pukul 11.30

Matahari mula menyimbah bumi
Bias sisa-sisa silau mengecilkan mata

Akhirnya
Pintu terbuka
Baru bangon
Tiada kehairanan,
aku juga stiap hari begitu

Kami kadang-kadang tiada beza
Cuma harini aku sedikit luar biasa
Ada hal yang perlu disegera

Salam sahabat
Perkabaran ditanya

Tengah hari ronda-ronda kota
Helmet buat rambut aku jadi ketayap
Pandu laju, badan aku terangkat-angkat
Udara cemar
Kenderaan sesak
Itu biasa itu namanya kota

Ke PWTC cari "benda"
Demn! arrggh! masih tak jumpa
Jawapan sama
Tiada stock
Aku muka kecewa

Kami
Bersembang
Gelak
Ketawa
Diam seketika

Cucuk duit
Makan di MARA
Solat di MARA
Matahari diluar meriah
Sihat dan bertenaga

Anak bandar bersembang riang
Cukup rasanya untuk hari ini

Pandu laju menuju pulang
Bergegas aku pulang
takut nanti bertembung 4 5 petang
Orang pejabat pulang
Jalan jem
Rasa nak lempang


Hantar anak2 ke rumah Hazlan Derman, stay untuk 4hari. Tuan nak pergi outstation - Fb







No comments:

Post a Comment